LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

19 August 2009

Teksi ooo Teksi

Anda pernah naik teksi? Sudah tentu pernahkan? Saya juga pernah naik teksi tetapi jarang sangat, berbanding mereka yang selalu menaiki teksi sama ada untuk ke tempat kerja dan urusan-urusan lain. Selain menaiki teksi di Malaysia, sebagai ex-pelaut membolehkan saya merasai pengalaman menaiki teksi di beberapa tempat di dunia seperti di negara Asean, India, Pakistan, Dubai, Italy, Barcelona, France, Romania, China dan beberapa tempat lain. Lain tempat lainlah servisnya. Di Dubai mereka mengunakan kereta mewah sebagai teksi dan bayarannya boleh dikatakan standard. Di China teksinya dilengkapi dengan pemisah ditengah-tengahnya. Biasanya ia diperbuat dari gentian plastik lutsinar, perhubungan dengan pemandu teksi hanya melalui tingkap kecil yang di tebuk di tengahnya. Di India dan juga pakistan, teksinya agak hardcore. Satu teksi boleh diisi seramai 7-8 orang termasuk pemandunya. Di India juga kalau anda bekesempatan menaiki "tut-tut" betul ke ejaan dia tu?.. Hmm naik tut-tut nie macam naik vespa, boleh isi maksima tiga penumpang. Kalau vespa, isi minyak dekat bawah seat kan? macam motor lain lah, berbeza dengan tut-tut, isi minyak di hadapan.

Saya tak tahu kalau di luar saya tak berkira dengan duit tambang teksi, pakai hulur jer dekat pak pak teksi tu. Tapi bila di tempat sendiri, saya dah start berkira. Saya pun tak tahu kenapa? Sesiapa seafarer yang membaca post nie boleh komen tak? Adakah korang dalam situasi yang sama?. Perangai berkira saya dalam membayar teksi local bertambah bila dapat tahu yang teksi nie tak pakai meter. Pernah dulu  (8-9 tahun lepas) saya terpaksa membayar RM 25 dari Puduraya ke Lowyat!! Mahal tu RM 25 pada tahun tu, sedangkan Puduraya dengan Lowyat bukan jauh sangat pun, nasib baik barang yg dibawa saya agak berat masa tu.....huhuhu. Itu belum masuk mereka yang tak mahu guna meter kerana jalam "jammed". Tetapi saya beranggapan bukan semua pemandu teksi Malaysia beperangai macam tu. Masih ada yang berhati mulia dan bekerja dengan jujur demi menyara keluarga. Tetapi kerana reputasi buruk nie lah semua pemandu teksi Malaysia menjadi mangsa, ditambah pula dengan kehadiran pemandu teksi haram.

Sambil menulis posting nie saya nak juga menyiarkan email yang diterima dari rakan pejabat mengenai insiden ketika menaiki teksi. Bukan tujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi sebagai peringatan. Selamat membaca.
KL Taxi Driver....Ladies please read this!!!!
>
> Please take a few minutes to read this and please pass it on to every
> female you know and care about.. On Saturday, 4th July 2009 at 6:45pm my
> sister boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of
> the road, the taxi driver stopped to pick up another male passenger who
> seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect
> anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and
> she was in a hurry.. Little did she suspect that she was in for a huge
> trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where
> she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said
> that since they were already nearer to his place, why not send him off
> first and the driver politely asked my sister if that's ok and she thought
> she was doing a good deed! As soon as they got to the end of the housing
> area next to the big walls of the Academy TV3, the male passenger, locked
> all the doors and leapt to the back and held a knife at her throat and
> forced her to bend her head down - she had to give up her jewelry, and the
> $200 cash she had. Not satisfied with only that much, they threatened for
> more so they drove off to Maybank Jln Setapak and took out everything she
> had that was around 7:30pm ....The driver returned the card after clearing
> the account! Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and
> dropped her off there. Left her with only $10 and ask her to take another
> taxi home! My sister had to walk a long way back to the main road to get
> help and she is really traumatised by all these. Later at the police
> station we found out that she was victim #3 that same day! Let's remind
> everyone we know, as it could easily happen to us too or to anyone we care
> about.
>
> The lesson to be learnt here:
> 1.. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
> 2. always check the other things that a taxi should have - the driver's
> ID, the inside number etc, etc.
> 3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter what!
> If they do, get off and just pay the man.
> 4. avoid taking the taxi alone, if you can.
> 5. be extra careful if it is after office hours.
>
> Note : Luckily the victim was not raped and/or killed as well, as in this
> case they were just after her jewelery and money.
>
> *for Guys, Pls 4wd this mail to all gals u know...

14 July 2009

You got the talent? How about them?






Watch it and rate it. For me, frankly speak they don't have any talent at all......hehe

12 July 2009

Selamat Pengantin Baru


Song: Love Story by Taylor Swift

Jumaat lepas saya ke Putrajaya menghadiri majlis pernikahan Rohaizad dan isterinya Shafara bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sebenarnya majlis ini adalah majlis di belah pegantin lelaki, manakala majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan lima hari sebelumnya di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Untuk memudahkan perjalanan ke Putrajaya saya membawa bersama adik saya yang sememangnya belajar di Cyberjaya yang lebih maklum akan selok belok di situ. Saya bertolak ke Putrajaya selepas solat Jumaat dan tiba di sana petang sebelum singgah ke rumah En. Rizal sebagai perhentian untuk mandi dan menukar pakaian.
Majlis bermula pada waktu malam, saya dan adik ditempatkan di meja bulat bersama-sama rakan-rakan satu batch di ALAM, Melaka dulu. Turut hadir bersama ialah Haris Hamdan, Iyadzree dan isteri, Johan dan isteri dan beberapa senior kami di ALAM dulu.

Rohaizad segak mengenakan blues hitam kapal beserta peak cap manakala isterinya mengenakan persalinan moden warna putih. Selepas sesi bergambar bersama pasangan pegantin kami pun meninggalkan dewan dengan doa agar pasangan Rohaizad dan Shafara kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Gambar di majlis akad nikah. Ihsan: fatiniz.com

05 July 2009

Teka-teki dari Einstein. Apa macam ada berani?


Can you solve Einstein's riddle?

Einstein wrote this riddle early during the 19th century. He said 98% of the world could not solve it. Its not hard, you just need to pay attention and be patient.
There are 5 houses in 5 different colors. In each house lives a person with a different nationality. The 5 owners drink a certain type of beverage, smoke a certain brand of cigar, and keep a certain pet. No owners have the same pet, smoke the same brand of cigar, or drink the same beverage.

The question is: Who owns the fish?

Hints:

* The Brit lives in the red house.

* The Swede keeps dogs as pets.

* The Dane drinks tea.

* The green house is on the immediate left of the white house

* The green homeowner drinks coffee.

* The person who smokes Pall Mall rears birds.

* The owner of the yellow house smokes Dunhill.

* The man living in the center house drinks milk.

* The Norwegian lives in the first house.

* The man who smokes Blend lives next to the one who keeps cats.

* The man who keeps the horse lives next to the man who smokes Dunhill.

* The owner who smokes Bluemaster drinks beer.

* The German smokes prince.

* The Norwegian lives next to the blue house.

* The man who smokes Blend has a neighbor who drinks water.

Nak jawab teka-teki Einstein ni, saya syorkan korang buat satu table, dan susun maklumat (hints) ikut tempat. Selamat Berjaya.....

P/S katanya hanya 2% jer penduduk dunia yang boleh jawab soalan nie. Adakah anda termasuk dalam golongan ni? hehe......Cuba jangan tak cuba.

04 June 2009

Tutup buku Lumut

Salam semua, minggu lepas adalah minggu terakhir saya, Rohaizad dan Nik berada di Lumut. Isnin lepas juga pada 25 May merupakan hari terakhir kami mengikuti pelayaran PV03 yang juga dikenali sebagai K.D Perak. Sedar tak sedar hampir 3 bulan lebih saya dan kawan-kawan bekerja sebagai commission engineer bersama-sama team commisioning dari Boustead BNS.

Hari semalam juga 3 Jun 2009 kapal K.D Perak telah ditauliahkan oleh Yg Mulia Sultan Perak dan K.D Perak akan meneruskan operasi dari pengkalan TLDM Kuantan. Perasaan bangga dan gembira juga melihat upacara pentauliahan yang disiarkan oleh TV3 di dalam slot Buletin Utama. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kapal perang pertama buatan Malaysia!

Sepanjang berada di Lumut banyak pengalaman berharga dapat dikumpul buat panduan masa depan. Terus terang saya katakan pengalaman bekerja di Lumut amat berlainan dari bekerja di atas kapal. Mahu pulak kami bertindak sebagai commission team yang bertujuan untuk menguji sistem-sistem yang terdapat di atas kapal "perang" yang nyata amat berlainan dari sistem di atas kapal dagang. Sebelum sesuatu sistem hendak diuji, beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti FAT (Factory Acceptance Test), STW (Setting to work), QIR (Quality Inspection Result) dan HAT (Habour Acceptance Test). Setiap ujian ke atas sesuatu sistem perlu mendapat pengesahan dari Class Surveyor ( utk PV ship, ialah Germanischer Lloyds) dan client utama kami iaitu RMN (TLDM).

Mana-mana kritikal machinery dan sistem juga perlu lulus SAT (Sea Acceptance Test) yang dimana sistem itu memerlukan kapal berada di tengah laut. Agak lama juga tempoh sea trial utuk K.D Perak ini, mengambil masa selama sebulan untuk memenuhi segala ujian termasuk sistem persenjataan. Satu yang saya kesali ialah tahap workmanship pekerja tempatan (yang dibekalkan oleh kontraktor tempatan) amat menyedihkan. Sepatutnya K.D Perak boleh disiapkan mengikut jadual tetapi disebabkan oleh kekurangan pengalaman kontraktor dan beberapa masalah teknikal memburukkan lagi keadaan.

Segala pengalaman seharusnya dijadikan iktibar oleh BNS untuk meneruskan pembinaan, lagi tiga buah kapal P.V 04-06. Pemantauan yang berterusan perlu bagi memastikan hasil dan mutu kontraktor terpilih menepati kehendak. Akhir sekali ucapan tahniah buat ITT Team iaitu Mr. Gerry, En. Fairuzkhan, En Ismail, En. Rizal, En Rashid, Shahrizal, Suhazmi, Azas, Naim  dan beberapa junior exec seperti Mukmin dan Azhar. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua......full stop

07 May 2009

Kasih tak bertepi.....

 

Mama, Emak, Ibu, Umi, Mom ataupun apa saja panggilan kamu dirumah, pasti semua akan membayangkan seorang insan berhati mulia, yang membenarkan kita lahir dan melalui kehidupan dunia. Memang tidak cukup sekadar satu hari (10 Mei) dinobatkan sebagai hari Ibu, sedangkan mereka begitu mulia hatinya telah menjaga dan membesarkan kita sejak lahir. Saya mendapat satu email yang rasanya menarik dikongsikan bersama. Jom baca......

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)      
 
Bila dahaga, yang susukan aku....mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari....
mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                            
Aku selalu teringatkan ....
mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                              
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak                    
Yang selalu berleter kat aku...
mak                                
Yang selalu puji aku....
mak                                    
Yang selalu nasihat aku....
mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak    
               
Aku ada pasangan hidup sendiri....
     
                         
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
Bila sedih, aku cari....
mak
                                   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak    
                         
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku  
                           
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak  
                         
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

               
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
                                   
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon
mak
                               
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak      
                   
Renungkan:  

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
               
Berderai air mata jika kita mendengarnya........  

                   
Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....  MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....      
 
 
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

P/S: Selamat Hari Ibu...

19 April 2009

Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim

Sempena dengan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Perak ke-81 tahun, Lumut akan diistiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh pekan kecil ini. Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Tentera Laut Lumut, merupakan pusat operasi terbesar negara dan bolehlah dianggap base TLDM ini sebagai penempatan kecil yang dimana di dalamnya terdapat pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, pejabat pos, bank, pasar dan sebagainya. Manakala di pekan Lumut pula menjadi pusat kemasukan pelancong ke Pulau Pangkor, dimana terbina sebuah jeti untuk bot servis yang membawa pelancong ke pulau terkenal tersebut. Lumut juga menjadi pusat perkhidmatan maritim dengan wujudnya Pelabuhan Lumut dan beberapa dockyard yang membina dan membaiki kapal.

Secara peribadi saya tertarik dengan keindahan dan kedamaian Lumut ni, walaupun cuaca panas terik sentiasa membakar perit kulit saya yang sawo matang nie....hehehe. Bentuk geografi Lumut yang berbukit-bukit dan berpantai amat unik sekali bagi saya. Tambahan pula saya sekarang menetap di apartment yang berada di sebuah bukit dimana dengan senangnya saya menikmati keindahan waktu pagi dan senja di Lumut ini. SubhanAllah, indah betul bumi ciptaan tuhan.  Oh yaa hampir saya terlupa dalam waktu yang sama juga TLDM akan meraikan Jubli Intan (sambutan 75 tahun) penubuhannya. Sejajar dengan itu pelbagai program telah dirancang seperti konsert Jom Heboh TV3 yang akan diadakan pada minggu depan. Dibawah adalah antara beberapa program yang dirancang bagi memenuhi hari sambutan TLDM ke-75.
PERTUNJUKAN :
  • Demontrasi menyelamatkan kapal dari rampasan di MV Setia Cekal yang bersauh di dalam Basin.
  • Pertunjukan bot laju (CB90 & RHIB).
  • Pertunjukan penerjunan bebas oleh Persatuan Payung Terjun TLDM.
  • Perarakan Seperbike dan demontrasi Motosikal SIC.
  • Pertunjukan Bunga Api pada setiap malam.
  • Demonstrasi PASKAL SPECIAL Tuanku Sultan Selangor.
  • Pertunjukan Mass Assault oleh Markas UDARA.
  • Pertunjukan Precision Drill oleh PROTELA.
PERTANDINGAN :
  • Pertandingan Mewarna.
  • Pertandingan Memancing.
  • Sukaneka kanak-kanak (Telematch).
  • Hoki Geladak Sukan Air.
  • Polo Air.
  • Perahu Panjang dan kenu.
  • Tangkap itik.
  • Renang selat.
  • Pukul bantal Gladiator.
  • Tiang licin.
  • Pertandingan Jet Ski Open di Sungai Dinding.
PAMERAN :

  • Pameran Kerjaya TLDM.
  • Pameran Pelbagai Kenderaan.
  • Lawatan Ke Kapal-kapal TLDM.
  • APMM dan MISC.
HIBURAN DAN RIADAH :

  • Konsert Gelombang Biru di tapak Jom Heboh TV3.
  • Senamrobik.
  • Konsert TV9.
  • Konsert Jom Heboh TV3.
  • Jemputan artis & personaliti dari Media Prima Sdn Bhd.
  • Boat Ride.
  • Kereta api kanak-kanak.
  • Cabutan bertuah dan teka kacang.
  • Kugiran di beberapa kapal besar.
  • Human Balloon.

29 March 2009

Earth Hour cara kami sendiri!

Korang semua nak tahu? Saya balik agak lewat ke rumah hampir jam 12 tgh malam. Lepas tu baru saya log on balik internet dan baca posting blog2 yang saya sempat lawati yang menceritakan serba sedikit sambutan Earth Hour mereka semua. Alamak baru saya teringat rupanya saya dah ketinggalan untuk turut berkempen demi Bumi yang saya cintai. So apa yang saya nak report sekarang bukanlah mengenai kejadian bergelap yang tak sempat saya laksanakan, tapi usaha lain yang saya dan housemate saya lakukan demi menyokong kempen ini secara tidak sengaja (tanpa sedar).
Berikut merupakan aktiviti yang dijalan semasa kempen Earth Hour oleh kami serumah...hehe
1930 hrs- Solat maghrib.
1950 hrs - Keluar dari rumah dan menuju ke Sitiawan Cineplex.
2015 hrs - Sampai kat Cineplex beli tiket untuk movie Dragon Ball Evo.
2030 hrs - Sampai di pasar malam berhampiran Giant Manjung.
2120 hrs - Movie start....
0000 hrs - Tiba balik di rumah selepas makan di Lumut Ikan Bakar.
Langkah yang diambil demi menyokong kempen Earth Hour dan kesan2 nya seperti berikut:

  1. Mematikan semua lampu kat rumah dan switch off air cond unit kat dalam bilik tidur. (Kesan: Jimat tenaga).

  2. Matikan engine kereta tepat jam 8.30 malam dan merayau-rayau di pasar malam! (Kesan: Mengurangkan perlepasan gas ekzos kereta di jalan).

  3. Bergelap dalam cineplex setelah tayangan bermula....hehe (Kesan: Boleh pakai ke point nie?).
Apa-apa pun korang kena tahu lah kan dengan jimatnya pengunaan elektrik ia mampu untuk mengembalikan kesejahteraan bumi yang dicintai. Lagi pun untuk pengetahuan korang daerah Manjung ni, mengunakan arang batu untuk generate electrical power (sama macam kat Kapar, Kelang tu.) Kurang bebanan kuasa maka secara otomatiknya kuranglah bahan bakar.
Seharusnya kempen ni tidak tamat untuk tempoh ini sahaja. Ia harus diteruskan demi kesejahteraan kita semua penduduk Bumi. Didiklah generasi muda terutama anak2 anda mengenai kepentingan menjaga bumi. Bak kata pepatah mat saleh
We not enherit this world from our encestor, but We borrowed it from our children.

22 February 2009

Seminggu di Lumut

Sudah seminggu saya berada di Lumut, dan menimba sedikit demi sedikit ilmu-ilmu baru di Boustead Naval Dockyard. Ia adalah situasi yang sangat berbeza dengan alam pekerjaan saya sebelum ini iaitu sebagai jurutera marin di atas kapal dagang. Jika sebelum ini, diatas kapal kami hanyalah operator yang mengoperasi dan menjalankan kerja-kerja membaik-pulih sesuatu mesin (machinery) tetapi di sini ia sebaliknya. Ia adalah pengalaman baru dimana anda diberikan tugasan untuk memulakan sesuatu sistem di atas kapal. Di Lumut ini, saya diserapkan ke bahagian ITT (Inspection, Test And Trial) dimana bahagian ini mempunyai tangungjawab untuk menguji setiap sistem atau mesin (machinery)  sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kapal.

Namun begitu kerja kami tidak dapat dijalankan dengan lancar sekiranya sesuatu sistem atau mesin masih belum dipasang atau disiapkan. Semuanya memerlukan kerjasama dari setiap bahagian (department) yang berlainan disini. Tanpa semangat kerja berpasukan, koordinasi dan komunikasi yang berkesan, sesuatu kerja pasti akan gagal. Tambahan pula disini memerlukan anda berkomunikasi antara rakan dari department yang berlainan ataupun para kontraktor dan pekerjanya yang menjalankan tugas. Nyata sekali keadaan ini amat baru bagi saya dan ia mula membuka mata saya mengenai bidang pembuatan kapal yang tidak saya fahami akan kerumitan dan masalahnya sebelum ini.    

Buat masa ini kami sedang sibuk menyiapkan sebuah kapal, PV3 yang akan dinamakan sebagai KD Perak oleh pemiliknya RMN (Royal Malaysia Navy). Ia merupakan projek pertama kapal yang dibuat di Malaysia dalam kelasnya dan sudah lama terbengkalai semenjak tahun 2001-2002 lagi. Kerja-kerja hanya giat dilakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, dan dijangkakan kami akan menyiapkan dan menyerahkannya secara rasmi pada bulan hadapan. Kapal yang dijana oleh dua set enjin Caterpillar, dimana setiap set mengandungi 16 unit dan setiap set main engine akan menjana satu unit Controlable Pitch Propeller (CPP). Sesuai dengan fungsinya kapal ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan senjata dari Italy. Ia juga dilengkapi sistem yang canggih dan tidak akan didapati di atas kapal dagang (merchant ship). Apa-apa pun kami berdoa agar dateline untuk menyerahkan kapal akan dipenuhi. Masih ada beberapa minggu lagi untuk menyiapkan segala kerja yang belum selesai sebelum kapal di bawa keluar ke laut untuk sea trial. Fullstop

p/s: Sorry lama tak update blog, sibuk skit kat Lumut ni, plus terkena demam selsema 4 hari lepas.

09 February 2009

Silap kah mata dan telinga saya?

Terkejut juga saya, dalam saya mencari video klip artist yang nak disedut di youtube tersempak pula dengan satu video ini. Penyanyi ni saya agak minat lah suara beliau dan group nasyid beliau. Kini  dorang sudah dewasa, berpecah dan bawa haluan masing-masing. Betul ke beliau kembali dengan imej terbaru......huk huk terbatuk-batuk saya dibuatnya! silap ke mata dan telinga saya? sound check....sound check..... Alamak nampaknya another Faizal Tahir's clone already born. Anda lihat sendiri youtube nie pastu beritahu saya? adakah ia benar? Ingat tengok vdo nie dalam rate 6 minit keatas....


Anda boleh buat perbandingan di sini (laman web saujana) check nama beliau sama tak? Dr Khairul Idzwan Baharin. Aduss....silap kah mata dan telinga saya?.....huhuhu

p/s: pelanduk dua serupa??

04 February 2009

Second Class Oral Question (MOTOR)

Saya hampir terlupa kepada request En. Rohaizad yang menanyakan mengenai senarai soalan Oral exam untuk 2nd Class Engineer (motor). Seperti yang diamalkan kini oleh Pihak Jabatan Laut, ujian lisan telah melalui satu format baru, tidak seperti apa yang saya alami dua tahun lepas. Pengenalan format baru ini adalah terdiri dari empat soalan utama yang wajib untuk dijawab oleh calon kesemuanya. Sekiranya tidak maka calon secara automatik gagal dalam ujian tersebut. Selain empat soalan utama, terdapat juga beberapa soalan lain sebagai tambahan kepada soalan utama tadi.  Maafkan saya soalan ini tidak mengikut urutan. Saya hanya menulis apa yang masih terlekat di kepala saja. Harap Ijad puas hati....hehe
Senarai soalan:

  1. You found during normal check, that the level of lube oil for your air-cond compressor is low. How you refill the lube oil into compresser and explain me in other case procedure to fill the Freon into air-condition system.

  2. State the chracteristic of Lube oil and refrigerant that can be used for air condition plant.

  3. What items that you checked during conduct the main engine crancase inspection and state the reasons why you must carry out that inspection.

  4. How you conduct the cranshaft deflection check? Explain what is vertical and horizontal deflection. (complete with table).

  5. Sketch for me boiler safety valve (full lift type).

  6. How you set the boiler safety valve, what is setting value?

  7. What is boiler safety valve blowdown rate? Explain me accumulation test for boiler safety valve.

  8. What is electrical shock? As Second Engineer on board how will you avoid such accident regarding electrical shock?

  9. How you deal with a condition to save the person that having the electrical shock just infront of your eyes?

  10. What is earthing? How you carry out Megger Test for electrical equipment?

  11. Explain the procudure from start until end, how you carry out main engine piston overhaul.

  12. How you determine the main engine performance? Show me how take the power and draw card by using pressure indicator device.

  13. Show me some fault that can be found for a power card such as early and post combustion, etc.

  14. What is function weak spring diagram, sketch me that diagram.
Tips:
  • Always practice to draw any line diagrams such as main engine lube oil system, etc. Make sure to label and write the diagram title.
  • Clearly label every item when examiner ask you to make a sketch like boiler safety valve.etc.
  • Always answer your question with the view of safety aspect. (really important).
  • Be confident, listen your qustion carefully and think first before answer the question.
  • Last but not least "experience is a good teacher".

28 January 2009

Beware of this fraud e-mail from ''maybank2u"

Sebentar tadi saya ada menerima satu e-mail mengenai akaun maybank2u yang bermasalah. Bagi saya perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang hampir tujuh tahun saya aktif mengunakan perkhidmatan maybank2u ini. Maka saya mengambil langkah dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Jawapannya pihak maybank tidak pernah menghantar sebarang e-mail untuk meminta pelanggannya memasukkan sebarang no pin peribadi, password ataupun klik kepada sesuatu link, seperti kes ini saya diminta untuk klik kepada satu link bagi mengaktifkan akaun saya yang kononnya bermasalah.

So ingatan kepada semua penguna maybank2u, sila abaikan sebarang e-mail yang meminta anda mengaktifkan semula akaun maybank2u anda. Beringat sebelum kena, dan tolong sebarkan berita ini kepada semua.

11 January 2009

Lama tak makan J.Co Donuts

Huish meleleh air liur gue apabila gue diberitahu oleh adik gue bahawa dia membelikan gue satu dozen pelbagai perisa donut keluaran J.CO Donuts di Pavilion, Kuala Lumpur. Kenapa gue mengunakan bahasa Indonesia kerana J.CO ini sendiri pertama kali diasaskan di sana. Kenapa saya memilih J.CO berbanding pesaing terhebat pembuat donut-donut seperti Big Apple Donuts, Dunkin Donut dan sebagainya? Gue suka makan J.Co Donuts kerana rasa donutnya yang lembut meskipun sudah lebih satu hari dibiarkan. Selain kelembutan donut nya rasa nya yang kurang manis juga jadi pilihan saya. Favorite saya ialah Green Tea dan Tiramisu.
Malang bagi saya di Kuantan ini tidak terdapat sebarang francais J.Co Donuts disini. Yang ada cuma Big Apple Donut di East Coast Mall emm Dunkin Donuts....langsung tiada. So kalau nak makan J.CO nie adalah semasa saya berada di lembah kelang, sama ada di Pavilion ataupun Sunway.
Untuk pengetahuan anda hanya ada empat sahaja outlet J.CO Donuts di Malaysia ini, iaitu di Pavilion, Sunway Piramid, Giant Kota Damansara dan JB City Square. Mungkin satu kelebihan sekiranya saya berada di Singapura kerana ada dua outlet J.CO Donut yang saya amat familiar di sana iaitu di Raffles City dan Bugis Junction. Pada yang belum merasanya akan kelembutan donut J.CO cepatlah datang mengunjungi outlet mereka disini. Jangan lupa untuk melawat website mereka disini. Selamat Mencuba...

09 January 2009

Peluang Kerja bersama Bumi Armada

Hai salam semua. Just nak berkongsi peluang kerja kosong dalam bidang perkapalan. Dapat e-mail nie semalam tapi sibuk sangat preparing untuk Oral Examination di Jabatan Laut, Kuala Terengganu yang dijadual 18hb Januari ini iaitu sehari lepas Pilihanraya Kawasan Kuala Terengganu. Iklan ini disiar oleh Bumi Armada. Sesiapa nak mencuba nasib dan berkelayakan boleh cuba, malah tahu anda sudah nak settle down dan bekerja di darat dan ini satu opsyennya.

BUMI ARMADA is the largest owner and operator of offshore and marine support vessels in Malaysia. We are an established and trusted service partner in the oil and gas industry with over decades of experience. We are now growing in FPSO and Brownfield Installation and currently serve clients in Malaysia, Brunei, Congo and Nigeria.

Crewing Officer(Terengganu - Kemaman)

Responsibilities:

  • Assist Crewing Manager on the day to day activities.
  • Support Crewing Manager in managing the crewing department and to provide administrative support to the crewing department especially in training, invoicing, filing, traveling, and other jobs.
  • Assist Crewing Manager for any crew traveling for signing on or signing off (to liaise with the travel agent in issuing the air warrants once the bookings are confirmed to assist with land transportation).
  • Dealing with all vessel crew for any issue involving crewing matters.
  • Assist crew who are required to attend offshore training, Rigging and Slinging, other related training courses for the crew as and when required by the Charterers and to liaise with the training provider on the possible dates and confirmation.

Requirements:

  • Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Engineering (Petroleum/Oil/Gas), Engineering (Marine) and Maritime Studies.
  • 5 years of working experience in Oil & Gas or Marine industry is required for this position.
  • Good communication skills.
  • Good negotiation skill with travel agent, crew and other department.
  • Able to complete urgent jobs quickly and on time.
  • Fast learner.
  • Able to work under pressure

Interested applicants should submit a detailed curriculum vitae, recent photo, current & expected salary and contact number by email size not more than 10MB to: -

E-mail: onshorerecruitment@bumiarmada.com


(Only short listed candidates will be contacted)


:puteh_27:

31 December 2008

Blogger Award 2008?? +Tag from apple sweet


Hari ini adalah pengakhiran hari untuk tahun 2008 saya telah di Tag oleh apple Sweet dari post terbaru beliau Award+Tag. Terima kasih atas award dan tag tersebut, mungkin kerana blog saya nie ada colour pink, bab tu yang cute kot..hehe. Anyway award2 juga ada tag yang perlu dijawab.
10 fakta mengenai saya:

  1. Lelaki, belum kawin lagi (belum ada jodoh).

  2. Suka berjalan tempat orang (sebab tu kerja kapal).

  3. Suka akan segala macam gadjet, termasuk lah kumpul majalah Stuff, HWM, FHM Singapore.

  4. Suka tengok kartun Ninja Boy (himu himu himu) kat Astro Ceria tu.

  5. Agak pemalu dan pendiam pada orang yang tak dikenali (org kata sombong, tapi bukan).

  6. Suka mengusik dan kacau orang (pada orang yang dikenali).

  7. Ada sikit2 kemahiran buat lawak bodo (tapi x nak lah masuk Raja Lawak)

  8. Bersemangat untuk buat perkara baru tapi selalu tak habis....huhu. (ni lah kelemahan aku yang).

  9. Suka muzik, apa pun boleh masuk, nasyid, rock, R&B dan semuanya ikut mood.

  10. Suka akan senibina dan designer.
Pehh....berpeluk gak nak menjawab soalan nie, yalah apa lagi kalau melibatkan diri sendiri, hehe... Kalau orang lain punya fakta senang sikit, sampai 100 fakta pun boleh list down. Tapi bab diri sendiri ni, susah sikit kerana kurang kenal diri sendiri walaupun nak hampir tiga dekad tinggal bersama. Wallahua'lam.
Sekarang tibalah saat yang dinanti-nantikan, senarai pemenang Cute Blogger Award 2008 yang seterusnya. Mereka adalah:










Peraturan untuk menerima award ini ialah:

  1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

  2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

  3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

  4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

  5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog Catatan Seorang Pelaut untuk mendapatkan award anda".

30 December 2008

Novel Ayat Ayat Cinta

Sudah lama saya menonton filem Ayat Ayat Cinta tetapi masih tidak berpeluang membaca novel asal karya Saudara Habiburrahman. Kebetulan ketika mencari artikel mengenai penderitaan saudara seagama kita di Palestin, saya menziarahi satu laman blog yang menarik dari Keluarga Ambuyat. Untuk mengoptimakan pembacaan sila ikut arahan di bawah. Selamat membaca.




Ayat-Ayat Cinta

28 December 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430




Masuknya waktu maghrib sebentar tadi maka bermulalah satu lagi lembaran baru tahun Hijrah yang mengikut perkiraan sistem kalendar Islam. Bermula dengan amalan Doa Akhir Tahun dan disambung pula Doa Awal Tahun memohon ampun dan memohon perlindungan dari Allah.


Seiring dengan itu saya ingin berkongsi satu program yang mungkin bermanfaat dan boleh digunakan oleh kita semua. Program ini ditulis dalam format Excel oleh pengarangnya saudara Taufan dan hanya sebesar 44.5 kB. Anda boleh masukkan tarikh kelahiran anda (kalendar Masihi) dan tekan "OK". Sejurus kemudian anda akan tahu pada hari apakah anda dilahirkan dan tarikh kelahiran anda dalam bulan Islam. Selain hari lahir anda, anda juga boleh menyemak tarikh-tarikh lain seperti hari pemergian seseorang, mahupun tarikh istimewa lain bagi anda. Dibawah saya sertakan sekali screenshoot untuk rujukan anda. Selamat Mencuba.


Untuk download sila klik disini. Semoga kita semua mendapat rahmat.

26 December 2008

Let Play together...

Hai kali nie duke nak share dengan kamu semua satu games yang menarik iaitu Sponge Bob Monopoly. Bertemakan subjek kartun yang diminati ramai (termasuklah duke), pasti anda akan gembira dengan game ni. Bermainlah dengan keluarga atau kawan-kawan (maksima 4 pemain), anda boleh memilih karektor di dalam kartun ini seperti Sponge Bob, Squidward, Patrick dan Sandy. Nak download sila klik sini. Dibawah adalah beberapa screenshoot games ini untuk anda lihat.





Selamat mencuba. Download klik sini


p/s kredit to nudra kerana share game yang best nie

19 December 2008

Symbian 60 v3 download

Rasanya esok sudah cukup seminggu saya berkepit dengan handphone baru saya Samsung Innov8 (i8510). Dalam masa yang sama juga saya terasa macam makhluk asing dari planet Marikh yang baru mengunakan handphone. Mana taknya bangun pagi raba hanphone, masa tak tidur lagi lah datang gilanya. Sampai tidor pun peluk hanphone ganti bantal guling. Bantal guling saya tolak jatuh bawah katil...hehe.

Dalam masa seminggu ini puas juga saya membelek atau melayari website2 untuk mendownload theme menarik untuk handphone sumsang saya tu. Hanya tiga theme yang diberikan oleh samsung untuk innov8 dan ternyata themenya tidak menarik dan dari apa yang digelarkan oleh adik saya membosankan. Akhirnya terjumpa lah saya beberapa website untuk memuat turun theme handphone sumsang innov8.

Onsmartphone.com, klik sini menawarkan koleksi theme-the menarik yang dikelaskan di bawah kategori dan juga pereka theme itu sendiri. Saya hampir bertuah kerana Samsung Innov8 mengunakan perisian symbian60 version3 yang biasanya dipelopori oleh Nokia. Jadi tak ada masalah untuk saya mengunakan software yang biasanya direka untuk telefon Nokia.

symbianaplication.blogspot, klik sini pula menawarkan pelbagai pilihan software dan mobile games untuk anda download. Di bawah adalan beberapa screen shoot yang duke masukkan bersama. Selamat mencuba.