LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label engineer. Show all posts
Showing posts with label engineer. Show all posts

04 June 2009

Tutup buku Lumut

Salam semua, minggu lepas adalah minggu terakhir saya, Rohaizad dan Nik berada di Lumut. Isnin lepas juga pada 25 May merupakan hari terakhir kami mengikuti pelayaran PV03 yang juga dikenali sebagai K.D Perak. Sedar tak sedar hampir 3 bulan lebih saya dan kawan-kawan bekerja sebagai commission engineer bersama-sama team commisioning dari Boustead BNS.

Hari semalam juga 3 Jun 2009 kapal K.D Perak telah ditauliahkan oleh Yg Mulia Sultan Perak dan K.D Perak akan meneruskan operasi dari pengkalan TLDM Kuantan. Perasaan bangga dan gembira juga melihat upacara pentauliahan yang disiarkan oleh TV3 di dalam slot Buletin Utama. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kapal perang pertama buatan Malaysia!

Sepanjang berada di Lumut banyak pengalaman berharga dapat dikumpul buat panduan masa depan. Terus terang saya katakan pengalaman bekerja di Lumut amat berlainan dari bekerja di atas kapal. Mahu pulak kami bertindak sebagai commission team yang bertujuan untuk menguji sistem-sistem yang terdapat di atas kapal "perang" yang nyata amat berlainan dari sistem di atas kapal dagang. Sebelum sesuatu sistem hendak diuji, beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti FAT (Factory Acceptance Test), STW (Setting to work), QIR (Quality Inspection Result) dan HAT (Habour Acceptance Test). Setiap ujian ke atas sesuatu sistem perlu mendapat pengesahan dari Class Surveyor ( utk PV ship, ialah Germanischer Lloyds) dan client utama kami iaitu RMN (TLDM).

Mana-mana kritikal machinery dan sistem juga perlu lulus SAT (Sea Acceptance Test) yang dimana sistem itu memerlukan kapal berada di tengah laut. Agak lama juga tempoh sea trial utuk K.D Perak ini, mengambil masa selama sebulan untuk memenuhi segala ujian termasuk sistem persenjataan. Satu yang saya kesali ialah tahap workmanship pekerja tempatan (yang dibekalkan oleh kontraktor tempatan) amat menyedihkan. Sepatutnya K.D Perak boleh disiapkan mengikut jadual tetapi disebabkan oleh kekurangan pengalaman kontraktor dan beberapa masalah teknikal memburukkan lagi keadaan.

Segala pengalaman seharusnya dijadikan iktibar oleh BNS untuk meneruskan pembinaan, lagi tiga buah kapal P.V 04-06. Pemantauan yang berterusan perlu bagi memastikan hasil dan mutu kontraktor terpilih menepati kehendak. Akhir sekali ucapan tahniah buat ITT Team iaitu Mr. Gerry, En. Fairuzkhan, En Ismail, En. Rizal, En Rashid, Shahrizal, Suhazmi, Azas, Naim  dan beberapa junior exec seperti Mukmin dan Azhar. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua......full stop

04 February 2009

Second Class Oral Question (MOTOR)

Saya hampir terlupa kepada request En. Rohaizad yang menanyakan mengenai senarai soalan Oral exam untuk 2nd Class Engineer (motor). Seperti yang diamalkan kini oleh Pihak Jabatan Laut, ujian lisan telah melalui satu format baru, tidak seperti apa yang saya alami dua tahun lepas. Pengenalan format baru ini adalah terdiri dari empat soalan utama yang wajib untuk dijawab oleh calon kesemuanya. Sekiranya tidak maka calon secara automatik gagal dalam ujian tersebut. Selain empat soalan utama, terdapat juga beberapa soalan lain sebagai tambahan kepada soalan utama tadi.  Maafkan saya soalan ini tidak mengikut urutan. Saya hanya menulis apa yang masih terlekat di kepala saja. Harap Ijad puas hati....hehe
Senarai soalan:

  1. You found during normal check, that the level of lube oil for your air-cond compressor is low. How you refill the lube oil into compresser and explain me in other case procedure to fill the Freon into air-condition system.

  2. State the chracteristic of Lube oil and refrigerant that can be used for air condition plant.

  3. What items that you checked during conduct the main engine crancase inspection and state the reasons why you must carry out that inspection.

  4. How you conduct the cranshaft deflection check? Explain what is vertical and horizontal deflection. (complete with table).

  5. Sketch for me boiler safety valve (full lift type).

  6. How you set the boiler safety valve, what is setting value?

  7. What is boiler safety valve blowdown rate? Explain me accumulation test for boiler safety valve.

  8. What is electrical shock? As Second Engineer on board how will you avoid such accident regarding electrical shock?

  9. How you deal with a condition to save the person that having the electrical shock just infront of your eyes?

  10. What is earthing? How you carry out Megger Test for electrical equipment?

  11. Explain the procudure from start until end, how you carry out main engine piston overhaul.

  12. How you determine the main engine performance? Show me how take the power and draw card by using pressure indicator device.

  13. Show me some fault that can be found for a power card such as early and post combustion, etc.

  14. What is function weak spring diagram, sketch me that diagram.
Tips:
  • Always practice to draw any line diagrams such as main engine lube oil system, etc. Make sure to label and write the diagram title.
  • Clearly label every item when examiner ask you to make a sketch like boiler safety valve.etc.
  • Always answer your question with the view of safety aspect. (really important).
  • Be confident, listen your qustion carefully and think first before answer the question.
  • Last but not least "experience is a good teacher".

15 January 2009

I can't sleep well.....Ohh dimana si dia?

Seawal empat pagi saya bangun semenjak tiga-empat hari ini. Ini semua gara-gara si dia. Si dia begitu bermakna untuk saya. Saya sudah menyesal kerana kegagalan saya mendapatkan si dia setahun lepas. Mungkin bagi anda si dia tidak begitu penting, tetapi bagi saya sebaliknya. Dia begitu penting bagi saya untuk perjalanan hidup seterusnya. Tanpa dia saya boleh lagi bernafas tapi tidaklah semegah sekiranya saya berjaya mendapatkan si dia. InsyAllah saya akan mendapatkan si dia kali ini. Saya bermohon pada Allah supaya hajat saya kali ini akan tercapai. Saya juga ada berniat untuk bernazar, sekiranya saya berjaya memdapatkan si dia. Hampir-hampir saya demam, bertarung masa dan tenaga untuk dia. Dalam doa selepas solat pun, saya tetap memohon pada Allah agar memudahkan urusan dan perjalanan saya untuk mendapatkan si dia. Hehe....jangan marah ya!!! Si Dia yang dimaksudkan di sini adalah ujian lisan 2nd Class saya. Beberapa hari lagi saya akan ke Kuala Terengganu untuk menduduki ujian tersebut di Jabatan Laut Kuala Terengganu. Perjalanan seorang marine engineer tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan kerjaya ke tahap tertinggi iaitu 2nd Class Marine Engineer dan seterusnya 1st Class Marine Engineer. Dan sekarang saya berada beberapa langkah  untuk ke tahap itu. Bukanlah bagi saya tiada 1st/2nd Class tidak boleh hidup....tapi tak lengkap lah. Ia merupakan tiket besar yang boleh digunakan sebelum saya berhenti dari bekerja di laut biru nanti. Bak kata orang moden ada full package lah. Ada ilmu, ada pengalaman dan ada tiket.....bukankah itu suatu kelebihan? Tetapi adanya semua itu tidaklah menjamin hidup sekiranya malas berusaha bukan?


Perjalanan seorang marine engineer bermula dari tamatnya pengajian dan lulus ujian lisan Kelas 4 (4th Class Marine Engineer). Sebagaimana Pegawai Deck dan Enjin, kami perlu lulus kedua-dua ujian, sama ada bertulis mahupun lisan. Tanpanya kami tidak akan layak mendapat sebarang tiket kelas tersebut. Dengan Jurutera Kelas 4 (4th Class) anda boleh bermula dengan Junior Engineer (5th Eng), 4th Engineer dan seterusnya 3rd Engineer. Untuk menjadi Jurutera Kedua (2nd Engineer) dan Ketua Jurutera (Chief Engineer) anda perlu mendapatkan 2nd Class dan 1st Class tiket. Sebelum mendapatkan 2nd dan 1st Class anda perlu menyambung kembali pelajaran di akademi, kemudian mengambil ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga keperluan lain yang perlu anda ada iaitu sea time. Seperti juru terbang pesawat yang memiliki flying hours, kami yang berkerja di kapal dagang mempunyai sea time. Sea time boleh dirujuk sebagai jumlah masa servis bekerja di atas kapal, dan biasanya ia dikira mengikut bulan. Sekiranya anda berkhidmat selama enam bulan, maka enam bulanlah seatime anda. Ok lah rasanya disini saja saya boleh berceloteh, masa untuk "masuk kelas" dah bermula. Ada dua hari lagi untuk saya bersedia, hari Sabtu minggu ini saya akan bergerak ke Kuala Terengganu. Jumpa anda untuk laporan kemeriahan proses membuang undi kelak. Adios...........

24 December 2008

Blackout..worst case on board.


Bekalan kuasa elektrik di atas kapal adalah datang dari sumber kuasa yang dijana oleh generator. Kebiasaannya jumlah dan saiz generator yang dipasang adalah mengikut kadar beban maksimum (maximum load) yang diperlukan oleh sesebuah kapal. Semakin banyak dan besar mesin-mesin (machinery) yang dipasang semakin besarlah kuasa yang perlu dijana oleh generator. Seperti di kapal lepas M.V Bunga Pelangi Dua, terdapat empat generator (main generator) dan satu emergency generator. Jumlah kuasa yang mampu dijana oleh sebuah generator ialah 2200kW pada 100% bebanan. Tetapi sebagai langkah keselamatan dan penjimatan minyak, sebuah generator hanya dijalankan atas 70% bebanan atau kira-kira 1500kW.

Di laut kebiasaannya hanya sebuah generator akan berfungsi untuk membekalkan kuasa ke seluruh bahagian kapal. Manakala 3 buah lagi adalah diletakkan dalam keadaan bersedia (stand by). Third Engineer lah yang dipertanggung jawab untuk menjaga generator ini. Beliau hendaklah sentiasa peka terhadap setiap masalah yang dialami oleh generator dari segi penyelengaraan (maintenance) dan juga spare part inventory. Semua kerja-kerja penyelenggaraan adalah mengikut plan maintenance ataupun running hour sesebuah generator. Sudah menjadi kemestian setiap rekod penyelengaraan, (maintenance record), rekod ujian keselamatan (safety inspection) akan dikemaskini dan diserahkan kepada Ketua Jurutera (Chief Engineer) pada akhir bulan.

Bagi saya sebagai Third Engineer (dan juga Third Engineer lain), adalah menjadi satu trauma atau kebimbangan apabila insiden "blackout" berlaku di atas kapal. Kebimbangan semakin teruk apabila insiden itu terjadi ketika kapal berada di dalam laluan trafik yang sibuk ataupun pada malam hari. Meskipun kapal telah dilengkapi dengan sistem terkini dan canggih, tidak mustahil sekiranya satu masa sistem ini juga kadangkala gagal berfungsi. Apa akan terjadi sekiranya blackout? Keseluruhan operasi kapal akan terhenti serta merta, termasuk kapal juga akan berhenti dan kawalan kemudi (steering) turut gagal. Dapatkah anda bayangkan betapa berat tugas seorang Third Engineer di atas sesebuah kapal.

Fungsi emergency generator amat penting disaat kapal kehilangan keseluruhan bekalan kuasa elektrik. Emergency generator akan berfungsi secara automatik setelah mengesan ketiadaan bekalan elektrik pada saluran utama (main circuit breaker). Sesuai dengan namanya emergency generator tetap menpunyai fungsi yang terhad tidak seperti main generator. Ia hanya membekal kuasa kepada lampu-lampu kecemasan, alat komunikasi dan perhubungan an beberapa machinery lain.

Alhamdulillah setakat ini walaupun sudah beberapa kali mengalami insiden blackout ini ianya tidak begitu serius. Biasanya bekalan kuasa dapat dipulihkan semula dalam masa kurang 15 minit dan kapal dapat meneruskan perjalanan semula selepas itu. Setelah insiden ini berlaku, kami akan memeriksa masalah (trouble shoot) ataupun menyiasat apakah punca penyebab kepada kejadian itu. Apa yang begitu saya harap ialah generator saya tidak mempunyai sebarang kerosakan selepas blackout terjadi. Paling penting kapal kami selamat dan kami juga yang berada di dalamnya selamat. Semoga Allah sentiasa melindungi saya dan mereka yang belayar bersama saya. Tidak lupa juga semua pelaut-pelaut di luar sana.... Moga Allah melindungi kita dan keluarga yang kita tinggalkan di darat. Akhir kata saya ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1430 Hijrah .

p/s: malam semalam bergelap di rumah coz blackout.hehe
dan von voyage pada En Azuwan yg akan naik Melati Satu.... baik2 yaa..