LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label safety. Show all posts
Showing posts with label safety. Show all posts

19 August 2009

Teksi ooo Teksi

Anda pernah naik teksi? Sudah tentu pernahkan? Saya juga pernah naik teksi tetapi jarang sangat, berbanding mereka yang selalu menaiki teksi sama ada untuk ke tempat kerja dan urusan-urusan lain. Selain menaiki teksi di Malaysia, sebagai ex-pelaut membolehkan saya merasai pengalaman menaiki teksi di beberapa tempat di dunia seperti di negara Asean, India, Pakistan, Dubai, Italy, Barcelona, France, Romania, China dan beberapa tempat lain. Lain tempat lainlah servisnya. Di Dubai mereka mengunakan kereta mewah sebagai teksi dan bayarannya boleh dikatakan standard. Di China teksinya dilengkapi dengan pemisah ditengah-tengahnya. Biasanya ia diperbuat dari gentian plastik lutsinar, perhubungan dengan pemandu teksi hanya melalui tingkap kecil yang di tebuk di tengahnya. Di India dan juga pakistan, teksinya agak hardcore. Satu teksi boleh diisi seramai 7-8 orang termasuk pemandunya. Di India juga kalau anda bekesempatan menaiki "tut-tut" betul ke ejaan dia tu?.. Hmm naik tut-tut nie macam naik vespa, boleh isi maksima tiga penumpang. Kalau vespa, isi minyak dekat bawah seat kan? macam motor lain lah, berbeza dengan tut-tut, isi minyak di hadapan.

Saya tak tahu kalau di luar saya tak berkira dengan duit tambang teksi, pakai hulur jer dekat pak pak teksi tu. Tapi bila di tempat sendiri, saya dah start berkira. Saya pun tak tahu kenapa? Sesiapa seafarer yang membaca post nie boleh komen tak? Adakah korang dalam situasi yang sama?. Perangai berkira saya dalam membayar teksi local bertambah bila dapat tahu yang teksi nie tak pakai meter. Pernah dulu  (8-9 tahun lepas) saya terpaksa membayar RM 25 dari Puduraya ke Lowyat!! Mahal tu RM 25 pada tahun tu, sedangkan Puduraya dengan Lowyat bukan jauh sangat pun, nasib baik barang yg dibawa saya agak berat masa tu.....huhuhu. Itu belum masuk mereka yang tak mahu guna meter kerana jalam "jammed". Tetapi saya beranggapan bukan semua pemandu teksi Malaysia beperangai macam tu. Masih ada yang berhati mulia dan bekerja dengan jujur demi menyara keluarga. Tetapi kerana reputasi buruk nie lah semua pemandu teksi Malaysia menjadi mangsa, ditambah pula dengan kehadiran pemandu teksi haram.

Sambil menulis posting nie saya nak juga menyiarkan email yang diterima dari rakan pejabat mengenai insiden ketika menaiki teksi. Bukan tujuan untuk memburukkan sesiapa tetapi sebagai peringatan. Selamat membaca.
KL Taxi Driver....Ladies please read this!!!!
>
> Please take a few minutes to read this and please pass it on to every
> female you know and care about.. On Saturday, 4th July 2009 at 6:45pm my
> sister boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of
> the road, the taxi driver stopped to pick up another male passenger who
> seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect
> anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and
> she was in a hurry.. Little did she suspect that she was in for a huge
> trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where
> she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said
> that since they were already nearer to his place, why not send him off
> first and the driver politely asked my sister if that's ok and she thought
> she was doing a good deed! As soon as they got to the end of the housing
> area next to the big walls of the Academy TV3, the male passenger, locked
> all the doors and leapt to the back and held a knife at her throat and
> forced her to bend her head down - she had to give up her jewelry, and the
> $200 cash she had. Not satisfied with only that much, they threatened for
> more so they drove off to Maybank Jln Setapak and took out everything she
> had that was around 7:30pm ....The driver returned the card after clearing
> the account! Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and
> dropped her off there. Left her with only $10 and ask her to take another
> taxi home! My sister had to walk a long way back to the main road to get
> help and she is really traumatised by all these. Later at the police
> station we found out that she was victim #3 that same day! Let's remind
> everyone we know, as it could easily happen to us too or to anyone we care
> about.
>
> The lesson to be learnt here:
> 1.. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
> 2. always check the other things that a taxi should have - the driver's
> ID, the inside number etc, etc.
> 3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter what!
> If they do, get off and just pay the man.
> 4. avoid taking the taxi alone, if you can.
> 5. be extra careful if it is after office hours.
>
> Note : Luckily the victim was not raped and/or killed as well, as in this
> case they were just after her jewelery and money.
>
> *for Guys, Pls 4wd this mail to all gals u know...

14 July 2009

You got the talent? How about them?






Watch it and rate it. For me, frankly speak they don't have any talent at all......hehe

02 April 2009

Dua hari yang berasap.....

Alhamdulillah....setelah sebulan di sini akhirnya tiba juga hari yang warga-warga Boustead melakukan sea trial ke atas kapal PV siri 3 mereka. Saya terlibat sama sebagai team testing and commisioning team di bawah ITT Department. Setelah engine dan generator disiapkan dan dijalankan semua pekerja yang terlibat bersedia di tempat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Para OEM, contractor dan pekerja BNS sendiri kira-kira 80-100 orang telah menyertai misi sea trial yang pertama ini. Tujuan sea trial ialah untuk melakukan beberapa siri ujian keatas alatan (machinery) kapal seperti main engine, generator dan pelbagai kelengkapan dek mahupun weapon equipment!.

Namun begitu, kapal baru tak bermaksud semuanya indah..... pelbagai kerumitan dan masalah timbul sepanjang dua hari ini. Untuk dua hari pelayaran ini saja telah terjadi kebakaran kecil yang menyebabkan kami terpaksa menjadi bomba. Untuk pengetahuan apabila kebakaran berlaku di dalam bilik enjin (engine room) ia akan menyebabkan asap yang terlalu tebal kerana biasanya engine room ini adalah ruangan yang hampir tertutup dan dikelilingi oleh tangki-tangki bahan api.

Namun begitu kebakaran kecil ini hanyalah disebabkan oleh kebocoran di bahagian exhaust engine yang menyebabkan compartment engine itu dipenuhi asap tebal yang amat memedihkan mata dan memeritkan saluran pernafasan. Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan exhaust lagging (penebat) yang masih lembab dan mengeluarkan asap hasil dari pemanasan bahan fiber glass (digunakan sebagai penebat). Hari ini kami tidak belayar kerana kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan keatas bahagian yang terbakar. Alhamdulillah juga keadaan sangat terkawal dan tiada kerosakan jiwa atau harta berlaku.

p/s : esok sea trial akan dijalankan untuk hari ke-3

23 January 2009

Emergency drill on board ship

Emergency drill atau latihan kecemasan yang dijalankan di atas kapal sangat penting dalam menyiapkan diri anak kapal bagi menghadapi situasi kecemasan di laut. Seperti yang anda maklum situasi kecemasan di atas kapal sangat berbeza, tiada talian kecemasan 999 untuk menghubungi pihak polis, bomba mahupun pasukan perubatan. Di atas kapal kami hanya bergantung kepada kemahiran dan latihan yang dijalankan selama ini bagi menghadapi saat-saat genting begini.

Oleh yang demikian setiap majikan akan merangka pelan kecemasan seperti yang diwajibkan oleh ISM (International Safety Management) dibawah kod 8, Persediaan menghadapi kecemasan (Code8: Emergency Preparedness). Di sinilah fungsi HSE (Health, Safety & Environment) menyediakan senarai semak (checklist) dan prosedur2 tertentu dalam menghadapi sesuatu kecemasan.

Master (Kapten) iaitu selaku ketua pentadbiran tertinggi di atas kapal, akan merangka dan memastikan setiap latihan kecemasan akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Seperti yang diamalkan di atas setiap kapal MISC Bhd, anak-anak kapal akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang pastinya mempunyai tanggungjawab tersendiri ketika berlaku sesuatu kecemasan.

Struktur pasukan kecemasan biasanya terdiri dari empat kumpulan utama iaitu Control Party, Support Party, Attack Party dan Support Party. Control party akan diketuai oleh Master (nakhoda) dan dibantu oleh 2nd Officer dan beberapa orang dek krew. Mereka akan berada di anjungan kapal (bridge) untuk mengawal setiap langkah, dan dalam masa yang sama akan mewujudkan komunikasi dengan pihak lain sama ada kapal, agensi penyelamat atau syarikat. Setiap kejadian dan operasi keselamatan akan dicatit sebagai bukti.

Technical Party pula diketuai oleh Chief Engineer dan dibantu oleh 3rd Engineer, Jurutera Elektrik (electrician) dan seorang engine crew. Biasanya kumpulan ini akan berkumpul di dalam engine room dan bersedia memberikan perkhidmatan teknikal sewaktu kecemasan.
Attack Party pula diketuai oleh Chief Officer dan 2nd Engineer. Kenapa sampai dua ketua? Sebenarnya sekiranya kecemasan berlaku di engine room, maka 2nd Engineer akan mengetuai kumpulan ini kerana beliau dianggap lebih paham selok-belok dan keadaan di engine room. Attack party dianggap penting kerana kumpulan inilah yang mula-muka bertindak, sesuai benar dengan namanya Attack Party.


Manakala Support party pula diketuai oleh 3rd Officer. Tugas pasukan ini ialah sebagai pembantu atau back up team kepada Attack Party. Support Party juga mempunyai Strecher Party yang dianggotai oleh Catering Department. Kekerapan latihan kecemasan selalunya 3-4 kali sebulan dan hanya diadakan sekiranya kapal berada di tengah laut. Setiap minggu Master akan merangka satu latihan yang berbeza sesui dengan kehendak syarikat. Latihan kecemasan ini juga terbahagi kepada beberapa jenis seperti: 
Maka setiap minggu ketiga-tiga jenis latihan ini akan diadakan dan minggu demi minggu corak dan situasi kecemasan berbeza akan disusun oleh Master. Fire fighting melatih anak kapal bagaimana untuk melawan atau mengawal kebakaran mengikut kelas api  (fire class) itu sendiri. Life Boat pula melatih anak kapal bagaimana untuk meninggalkan kapal engan mengunakan bot penyelamat. Security Drill pula melibatkan aspek keselamatan terutama ancaman pengganas dan yang sewaktu dengannya.

Master selalunya akan menjalankan latihan keselamatan pada hari sabtu pada sebelah petang. Sudah menjadi kemestian bagi kami juga untuk memeriksa setiap alatan keselamatan seperti alat pemadam kebakaran, bot penyelamat, jaket keselamatan diperiksa pada hari yang sama. Ianya bertujuan supaya alatan ini senantiasa berada di dalam keadaan baik setiap masa. Pada hari minggu (ahad) pula sesi menonton video keselamatan pula akan dijalankan dan semua anak kapal adalah wajib untuk menghadirinya. Bak kata aspek keselamatan senantiasa diingatkan dari masa ke masa. Ya lah kerja di kapal ini berbahaya dan berisiko terutama mereka yang berkerja di atas kapal tangki dan gas. Tapi bagi kami yang belayar di atas kapal kontena ini, kami tidak pernah lupa akan perihal keselamatan. Seperti pepatah mat saleh "sign on one piece and sign off also one piece" maksudnya naik kapal dalam keadaan elok, turun kapal pun mesti elok tubuh badan, takde lah hilang satu jari dan sebagainya. Wallahua'lam.

02 January 2009

Tahniah TLDM

TLDM gagalkan lanun
Publish at Scribd or explore others: African Politics Pirate




Semua sedia maklum akan tugas yang dijalankan oleh pasukan TLDM kita di perairan Teluk Aden, berhampiran Somalia semenjak kes penahanan dua buah kapal milik MISC Bhd iaitu M.T Bunga Melati 2 dan M.T Bunga Melati 5. (M.T is stand for Motor Tanker). Saya turut berpeluang berlayar bersama-sama pasukan Paskal (pasukan khas TLDM), yang biasanya diangotai seramai lapan orang ahli dari pelbagai pangkat.



Tidak ketinggalan ialah ada seorang sniper (penembak tepat) turut berlayar bersama-sama kami menyeberangi teluk Aden. Kebiasaanya beberapa buah kapal yang akan menyeberang Teluk Aden akan berkumpul dan kemudian barulah konvoi dijalankan, diketuai oleh kapal TLDM sendiri dan dibelakangnya ialah kapal-kapal dagang MISC Bhd.

Sepanjang perjalanan semua langkah keselmatan diambil seperti menyediakan pasukan kawalan atau (look out) yang biasanya dilakukan oleh krew kapal sendiri. Semua lampu yang tidak perlu akan dimatikan, termasuk lah langkah menutup semua bukaan tingkap (port hole) dan pintu (accomodation door) dengan kertas gelap bagi mengelak perhatian lanun ketika waktu malam. Hos- hos air (fire hose) juga turut dipasang dibeberapa kawasan strategik seperti belakang kapal (aft station) dan tangga masuk (accomodation ladder). Pasukan kawalan keselamatan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Captain, dengan giliran setiap empat jam.
Kami yang bertugas di atas kapal dagang tidak memiliki sebarang senjata untuk melindungi diri kami, mahupun kemahiran mengunakan senjata. Itulah salah satu kelemahan yang terpaksa kami akui. Semasa kadet dulu pun hanya belajar berkawat , hidup dalam disiplin ketenteraan tetapi tidak belajar memegang senjata. Mungkin satu pendekatan baru atau modul baru boleh digubal memandangkan industri perkapalan sekarang berdepan dengan masalah besar iaitu lanun dan terrorisme. Tapi sudah pasti perkara itu tidak akan terjadi semalaman, ia memerlukan kajian demi kajian di pihak IMO (International Maritime Organization) yang menjadi badan bertindak di atas segala urusan perkapalan seluruh dunia.