LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label ship building. Show all posts
Showing posts with label ship building. Show all posts

04 June 2009

Tutup buku Lumut

Salam semua, minggu lepas adalah minggu terakhir saya, Rohaizad dan Nik berada di Lumut. Isnin lepas juga pada 25 May merupakan hari terakhir kami mengikuti pelayaran PV03 yang juga dikenali sebagai K.D Perak. Sedar tak sedar hampir 3 bulan lebih saya dan kawan-kawan bekerja sebagai commission engineer bersama-sama team commisioning dari Boustead BNS.

Hari semalam juga 3 Jun 2009 kapal K.D Perak telah ditauliahkan oleh Yg Mulia Sultan Perak dan K.D Perak akan meneruskan operasi dari pengkalan TLDM Kuantan. Perasaan bangga dan gembira juga melihat upacara pentauliahan yang disiarkan oleh TV3 di dalam slot Buletin Utama. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kapal perang pertama buatan Malaysia!

Sepanjang berada di Lumut banyak pengalaman berharga dapat dikumpul buat panduan masa depan. Terus terang saya katakan pengalaman bekerja di Lumut amat berlainan dari bekerja di atas kapal. Mahu pulak kami bertindak sebagai commission team yang bertujuan untuk menguji sistem-sistem yang terdapat di atas kapal "perang" yang nyata amat berlainan dari sistem di atas kapal dagang. Sebelum sesuatu sistem hendak diuji, beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti FAT (Factory Acceptance Test), STW (Setting to work), QIR (Quality Inspection Result) dan HAT (Habour Acceptance Test). Setiap ujian ke atas sesuatu sistem perlu mendapat pengesahan dari Class Surveyor ( utk PV ship, ialah Germanischer Lloyds) dan client utama kami iaitu RMN (TLDM).

Mana-mana kritikal machinery dan sistem juga perlu lulus SAT (Sea Acceptance Test) yang dimana sistem itu memerlukan kapal berada di tengah laut. Agak lama juga tempoh sea trial utuk K.D Perak ini, mengambil masa selama sebulan untuk memenuhi segala ujian termasuk sistem persenjataan. Satu yang saya kesali ialah tahap workmanship pekerja tempatan (yang dibekalkan oleh kontraktor tempatan) amat menyedihkan. Sepatutnya K.D Perak boleh disiapkan mengikut jadual tetapi disebabkan oleh kekurangan pengalaman kontraktor dan beberapa masalah teknikal memburukkan lagi keadaan.

Segala pengalaman seharusnya dijadikan iktibar oleh BNS untuk meneruskan pembinaan, lagi tiga buah kapal P.V 04-06. Pemantauan yang berterusan perlu bagi memastikan hasil dan mutu kontraktor terpilih menepati kehendak. Akhir sekali ucapan tahniah buat ITT Team iaitu Mr. Gerry, En. Fairuzkhan, En Ismail, En. Rizal, En Rashid, Shahrizal, Suhazmi, Azas, Naim  dan beberapa junior exec seperti Mukmin dan Azhar. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua......full stop

02 April 2009

Dua hari yang berasap.....

Alhamdulillah....setelah sebulan di sini akhirnya tiba juga hari yang warga-warga Boustead melakukan sea trial ke atas kapal PV siri 3 mereka. Saya terlibat sama sebagai team testing and commisioning team di bawah ITT Department. Setelah engine dan generator disiapkan dan dijalankan semua pekerja yang terlibat bersedia di tempat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Para OEM, contractor dan pekerja BNS sendiri kira-kira 80-100 orang telah menyertai misi sea trial yang pertama ini. Tujuan sea trial ialah untuk melakukan beberapa siri ujian keatas alatan (machinery) kapal seperti main engine, generator dan pelbagai kelengkapan dek mahupun weapon equipment!.

Namun begitu, kapal baru tak bermaksud semuanya indah..... pelbagai kerumitan dan masalah timbul sepanjang dua hari ini. Untuk dua hari pelayaran ini saja telah terjadi kebakaran kecil yang menyebabkan kami terpaksa menjadi bomba. Untuk pengetahuan apabila kebakaran berlaku di dalam bilik enjin (engine room) ia akan menyebabkan asap yang terlalu tebal kerana biasanya engine room ini adalah ruangan yang hampir tertutup dan dikelilingi oleh tangki-tangki bahan api.

Namun begitu kebakaran kecil ini hanyalah disebabkan oleh kebocoran di bahagian exhaust engine yang menyebabkan compartment engine itu dipenuhi asap tebal yang amat memedihkan mata dan memeritkan saluran pernafasan. Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan exhaust lagging (penebat) yang masih lembab dan mengeluarkan asap hasil dari pemanasan bahan fiber glass (digunakan sebagai penebat). Hari ini kami tidak belayar kerana kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan keatas bahagian yang terbakar. Alhamdulillah juga keadaan sangat terkawal dan tiada kerosakan jiwa atau harta berlaku.

p/s : esok sea trial akan dijalankan untuk hari ke-3

22 February 2009

Seminggu di Lumut

Sudah seminggu saya berada di Lumut, dan menimba sedikit demi sedikit ilmu-ilmu baru di Boustead Naval Dockyard. Ia adalah situasi yang sangat berbeza dengan alam pekerjaan saya sebelum ini iaitu sebagai jurutera marin di atas kapal dagang. Jika sebelum ini, diatas kapal kami hanyalah operator yang mengoperasi dan menjalankan kerja-kerja membaik-pulih sesuatu mesin (machinery) tetapi di sini ia sebaliknya. Ia adalah pengalaman baru dimana anda diberikan tugasan untuk memulakan sesuatu sistem di atas kapal. Di Lumut ini, saya diserapkan ke bahagian ITT (Inspection, Test And Trial) dimana bahagian ini mempunyai tangungjawab untuk menguji setiap sistem atau mesin (machinery)  sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kapal.

Namun begitu kerja kami tidak dapat dijalankan dengan lancar sekiranya sesuatu sistem atau mesin masih belum dipasang atau disiapkan. Semuanya memerlukan kerjasama dari setiap bahagian (department) yang berlainan disini. Tanpa semangat kerja berpasukan, koordinasi dan komunikasi yang berkesan, sesuatu kerja pasti akan gagal. Tambahan pula disini memerlukan anda berkomunikasi antara rakan dari department yang berlainan ataupun para kontraktor dan pekerjanya yang menjalankan tugas. Nyata sekali keadaan ini amat baru bagi saya dan ia mula membuka mata saya mengenai bidang pembuatan kapal yang tidak saya fahami akan kerumitan dan masalahnya sebelum ini.    

Buat masa ini kami sedang sibuk menyiapkan sebuah kapal, PV3 yang akan dinamakan sebagai KD Perak oleh pemiliknya RMN (Royal Malaysia Navy). Ia merupakan projek pertama kapal yang dibuat di Malaysia dalam kelasnya dan sudah lama terbengkalai semenjak tahun 2001-2002 lagi. Kerja-kerja hanya giat dilakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, dan dijangkakan kami akan menyiapkan dan menyerahkannya secara rasmi pada bulan hadapan. Kapal yang dijana oleh dua set enjin Caterpillar, dimana setiap set mengandungi 16 unit dan setiap set main engine akan menjana satu unit Controlable Pitch Propeller (CPP). Sesuai dengan fungsinya kapal ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan senjata dari Italy. Ia juga dilengkapi sistem yang canggih dan tidak akan didapati di atas kapal dagang (merchant ship). Apa-apa pun kami berdoa agar dateline untuk menyerahkan kapal akan dipenuhi. Masih ada beberapa minggu lagi untuk menyiapkan segala kerja yang belum selesai sebelum kapal di bawa keluar ke laut untuk sea trial. Fullstop

p/s: Sorry lama tak update blog, sibuk skit kat Lumut ni, plus terkena demam selsema 4 hari lepas.