LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

02 January 2009

Tahniah TLDM

TLDM gagalkan lanun
Publish at Scribd or explore others: African Politics Pirate




Semua sedia maklum akan tugas yang dijalankan oleh pasukan TLDM kita di perairan Teluk Aden, berhampiran Somalia semenjak kes penahanan dua buah kapal milik MISC Bhd iaitu M.T Bunga Melati 2 dan M.T Bunga Melati 5. (M.T is stand for Motor Tanker). Saya turut berpeluang berlayar bersama-sama pasukan Paskal (pasukan khas TLDM), yang biasanya diangotai seramai lapan orang ahli dari pelbagai pangkat.



Tidak ketinggalan ialah ada seorang sniper (penembak tepat) turut berlayar bersama-sama kami menyeberangi teluk Aden. Kebiasaanya beberapa buah kapal yang akan menyeberang Teluk Aden akan berkumpul dan kemudian barulah konvoi dijalankan, diketuai oleh kapal TLDM sendiri dan dibelakangnya ialah kapal-kapal dagang MISC Bhd.

Sepanjang perjalanan semua langkah keselmatan diambil seperti menyediakan pasukan kawalan atau (look out) yang biasanya dilakukan oleh krew kapal sendiri. Semua lampu yang tidak perlu akan dimatikan, termasuk lah langkah menutup semua bukaan tingkap (port hole) dan pintu (accomodation door) dengan kertas gelap bagi mengelak perhatian lanun ketika waktu malam. Hos- hos air (fire hose) juga turut dipasang dibeberapa kawasan strategik seperti belakang kapal (aft station) dan tangga masuk (accomodation ladder). Pasukan kawalan keselamatan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Captain, dengan giliran setiap empat jam.
Kami yang bertugas di atas kapal dagang tidak memiliki sebarang senjata untuk melindungi diri kami, mahupun kemahiran mengunakan senjata. Itulah salah satu kelemahan yang terpaksa kami akui. Semasa kadet dulu pun hanya belajar berkawat , hidup dalam disiplin ketenteraan tetapi tidak belajar memegang senjata. Mungkin satu pendekatan baru atau modul baru boleh digubal memandangkan industri perkapalan sekarang berdepan dengan masalah besar iaitu lanun dan terrorisme. Tapi sudah pasti perkara itu tidak akan terjadi semalaman, ia memerlukan kajian demi kajian di pihak IMO (International Maritime Organization) yang menjadi badan bertindak di atas segala urusan perkapalan seluruh dunia.

No comments: