LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 December 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430




Masuknya waktu maghrib sebentar tadi maka bermulalah satu lagi lembaran baru tahun Hijrah yang mengikut perkiraan sistem kalendar Islam. Bermula dengan amalan Doa Akhir Tahun dan disambung pula Doa Awal Tahun memohon ampun dan memohon perlindungan dari Allah.


Seiring dengan itu saya ingin berkongsi satu program yang mungkin bermanfaat dan boleh digunakan oleh kita semua. Program ini ditulis dalam format Excel oleh pengarangnya saudara Taufan dan hanya sebesar 44.5 kB. Anda boleh masukkan tarikh kelahiran anda (kalendar Masihi) dan tekan "OK". Sejurus kemudian anda akan tahu pada hari apakah anda dilahirkan dan tarikh kelahiran anda dalam bulan Islam. Selain hari lahir anda, anda juga boleh menyemak tarikh-tarikh lain seperti hari pemergian seseorang, mahupun tarikh istimewa lain bagi anda. Dibawah saya sertakan sekali screenshoot untuk rujukan anda. Selamat Mencuba.


Untuk download sila klik disini. Semoga kita semua mendapat rahmat.

No comments: