LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

25 October 2009

Masa untuk berubah...


Dare to change? Atau berani untuk berubah? Berubah untuk apa? Untuk kehidupan yang lebih baik. Tapi bagaimana? Sememangnya langkah permulaan untuk berubah itu amat payah. Terutama sekiranya kita sudah terbiasa dengan gaya amalan hidup yang lama. Perubahan memerlukan bukan sedikit pengorbanan. Untuk berubah secara tak langsung kita kena bekorban, dari segi mental, fizikal mahupun wang ringgit. Perubahan itu boleh dianggap begini. Katakan anda sedang memandu dari selatan ke utara, selalunya anda mengunakan lebuhraya Utara-Selatan yang lebih selesa dan selamat. Anda telah terbiasa dengan keadaan itu setelah beberapa tahun memandu mengunakan jalan yang sama. Ya anda selesa dengan pilihan anda. Tiba-tiba lebuhraya yang anda lalui ditutup di hadapan kerana ada kecelakaan jalan raya. Di sini anda diberi dua pilihan, pertama keluar dari lebuhraya dan guna jalan alternatif  dan kedua anda rela menunggu lebih lama sehingga lebuhraya dibuka semula.

Pilihan Pertama:



Anda mamandu keluar dari lebuhraya, mengunakan jalan alternatif untuk sampai ke destinasi. Di tengah perjalanan anda akan tempuhi jalan yang tak begitu baik, kadankala berlubang sana-sini, ataupun mempunyai banyak selekoh berbahaya. Anda teruskan lagi perjalanan, melalui kawasan kampung, sawah padi dan ada beberapa gerai kecil ditepi jalan dan pemandangan ini menghiburkan anda. Menggunakan jalan alternatif boleh diibarat membuat perubahan dalam hidup. Anda tidak biasa dengan keadaan itu, mencemaskan, tapi anda dapat melihat banyak perkara baru, yang tak mungkin anda temui sekiranya mengunakan lebuhraya. Ada kemungkinan jalan alternatif itu lebih jauh atau lebih dekat berbanding lebuhraya yang anda terbiasa menggunakannya.

Pilihan Kedua:



Menunggu sehingga empat jam didalam kenderaan sehingga sisa-sisa nahas dialih ke tepi. Anda meneruskan perjalanan ke utara, pemandangannya biasa saja, jalan yang lurus kelihatan dihadapan sambil kadangkala kenderaan anda dipintas laju oleh kenderaan lain. Terdapat hentian R&R yang biasa anda singgah, dan situasinya amat biasa. Tiada yang menarik sehingga anda sampai ke destinasi di Utara.

Pernah mengalami situasi begini? Manusia sering berhadapan dengan pilihan. Memilih untuk berubah itu bukanlah suatu yang senang. Ramai yang sesat diantara jalan yang mereka pilih. Tetapi pada siapa yang bersabar dan rajin bertanya pasti akan berjaya. Amalan terbaik sekiranya mahu berubah ialah bersabar dan rajin bertanya. Anda kena bersabar dengan apa saja rintangan di hadapan, dan selalu bertanya kepada yang arif mengenai sesuatu yang baru. Secara tak langsung dengan perubahan itu anda dapat mempelajari sesuatu yang baru dan percayalah ia akan menjadikan anda insan yang lebih berjaya.

Rasulullah SAW juga melakukan suatu perubahan yang besar. Sekiranya Baginda  tidak berhijrah pasti kita tidak akan mengenali ketamadunan Islam yang pertama yang terletak di Yathrib atau Madinah masa sekarang. Tanpa Hijrah (perubahan) belum tentu kita dapat mengecapi kemanisan agama Islam itu sendiri. Lakukan kan perubahan sekiranya anda merasakan ianya adalah baik untuk anda, keluarga, negara dan agama yang dicintai. Semoga anda dan saya berjaya dalam perubahan ini, InsyAllah. Amin.

10 September 2009

Malam tujuh likur

Masa kecik-kecik dulu memang seronok masa malam bulan puasa ni. Seingat saya masa tu saya tinggal di Perkampungan Dato' Indera Syahbandar ataupun dikenali dengan famousnya oleh orang Pekan sebagai "rumah banjir". Biasanya saya mula memasang pelita ketika sepuluh malam terakhir Ramadhan. Petang-petang lagi saya telah melakukan pelbagai persedian untuk memasang pelita. Dengan membawa tong plastik, saya ke kedai " Sheikh Seman/Salim" (maaf saya tak berapa ingat) untuk membeli minyak tanah dengan mengayuh basikal BMX kesayangan saya.....hehe. Balik dari kedai semua pelita akan dikumpul, diisi dengan minyak tanah dan diperiksa sumbunya. Kalau sumbunya terlalu panjang alamatnya apinya terlalu besar dan mengeluarkan asap berkepul-kepul. Terlalu pendek....senang pulak padam pelitanya apabila ditiup angin. Senang cerita panjang sumbu tu kena pandai adjust ler. Masa tu kat kampung semuanya rumah kayu, berbanding sekarang banyak rumah batu berceracak berdiri mengantikan rumah kayu.

Biasanya saya tak mengantungkan pelita di tepi pagar, kenapa? Ada sebabnya. Kalau saya gantung juga akan hilangler semua pelita-pelita tu. Ni disebabkan budak2 disitu nakal-nakal sikit dan yang nakal2 tu bukan termasuk dalam geng saya. Saya ada geng juga masa tu, tapi tak ramai sebab saya bersekolah agak jauh dari rumah, manakala rakan lain bersekolah di sekolah berdekatan saja. Saya akui agak nakal juga masa tu.....tapi takde lah sampai nak rembat pelita orang lain. Abah selalunya telah mencari ranting kayu yang agak tegap di paya untuk dijadikan tiang mengantung pelita. Selepas semua pelita siap diisi dengan minyak, saya akan mengantungkannya di tiang2 yang disediakan abah.

Lepas berbuka saja terus ke laman rumah dan bawa mancis, masa tu mana ada lighter bagai. Satu persatu pelita dipasang dan cahayanya menerangi keliling rumah dan jalan. Kebetulan rumah saya di tepi simpang untuk orang nak ke surau bagi mengerjakan solat terawih. Secara x langsung pelita saya tu ada juga manfaatnya, menyinari jalan untuk mereka ke surau yang ketika tu kawasan kampung tu mana ada lampu jalan macam sekarang. Lepas isyak adalah saat yang paling best......fun time. Ada pelita....of course lah ada mercun dan bunga api. Main mercun dan bunga api takde lah sampai bakar rumah and hilang jari semua. Setakat baju berlubang tu standardlah...... kalau baju melayu dah berlubang baik senyap2 jer, kalau tak kena piat telinga dengan mama.....hehehe. Tu belum masuk lagi kalau sepupu2 datang main sama, lagi gamatlah satu kampung dengan suara kami.....hai zaman budak-budak.

Sekarang ia hanya tinggal kenangan yang akan disemat kemas dalam kotak memori. Ia merupakan detik terindah semasa kecil yang tak akan berulang semula kerana telah begitu lama masa itu berlalu. Sekarang kita kena bangun dari memori semalam kerana ada tanggungjawab yang sudah tergalas di bahu sebagai seorang dewasa. Biarkan saja memori itu disitu tapi jangan dilupakan terus kerana anda pasti akan tersenyum atau menangis sendirian apabila mengenang masa lepas. Sekian.

25 August 2009

Demam ooo Demam

Salam satu Malaysia semua. Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa pada semua pembaca blog ini. Kali ini Ramadhan saya sambut dengan keluarga di Pekan, Pahang. Kesempatan cuti hujung minggu membenarkan saya pulang pada hari jumaat petang bersama adik saya untuk berpuasa pada keesokan harinya. Tiba di Pekan pada jam 11malam, nampaknya sure saya dah missed menunaikan terawih malam pertama. Setibanya di rumah, Mama seang sibuk memasak lauk untuk bersahur, iaitu masakan ayam masak tomato....uishh meleleh air liur. Jam dua pagi adik mengadu demam dan susah nak bernafas katanya. Atas desakan mama terpaksa lah saya membawa adik ke Hospital Pekan untuk melakukan pemeriksaan. Sampai di hospital, Medical Asst telah memeriksa adik dan mengambil keterangan lanjut. Syukur itu cuma demam dan batuk biasa saja.

Paginya saya mula menghidap selsema dan sakit tekak. Ni semua gara-gara adik lah nie, cepat betul penyakit nie merebak. Maybe sebab genetik dan sistem imune sama kot?? Akhirnya Ramadhan pertama, saya sambut dengan demam-demam. Last-last hanya Mama seorang yang bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka kami sekeluarga. Kebiasaanya kami jarang membeli kuih muih di Bazar Ramadhan kerana Mama lebih suka buat sendiri, selepas itu kami bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran berhampiran. So malam tu kami berbuka dengan sup daging fresh yang sedap bersama dengan goreng chempedak....uh uh uh.
Malam tu saya dan abah ke Surau Taman Mentiga Jaya untuk berterawih. Di surau nie mereka hanya buat 8 rakaat saja plus 3 solat sunat witir. Kalau di Masjid Taqwa terawih biasanya dilakukan penuh 20 rakaat plus 1 witir. Bila dah terawih okeylah sikit rasanya, bila badan yang kena demam mula start berpeluh.

Ramadhan ke- 2 diteruskan, walaupun saya masih demam. Pagi tu saya mendapat berita dari sahabat lama saya Nurul Khairani, yang menyatakan adiknya Nurul Ashikin telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran kawasan Maran. Al Fatihah, semoga roh Nurul Asshikin dirahmati Allah, dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah. Amin. Salam takziah untuk keluarga Nurul dan suami Nurul Ashikin.

Saya terpaksa juga pulang semula ke Kuala Lumpur kerana Isnin saya akan memulakan kerja di tempat baru. Setelah berbuka puasa dengan adik di MMU, Cyberjaya barulah saya balik ke rumah di Setiawangsa. Pada malamnya saya kena demam dengan teruk, apa yg saya lakukan saya hanya banyakkan minum air. Sepanjang malam tu saya tak dapat tidur. Keesokan harinya saya menghubungi tempat baru dan menyatakan tidak dapat hadir. Mereka mengesyorkan saya pergi ke klinil panel syarikat dan buat pemeriksaan segera. Menjelang tengahari baru demam saya kebah sikit. Saya pun terus ke klinik dan doktor bagi cuti dua hari.

Hehe panjang betul cerita nie kan? Apa tak nya report 3-4 hari combine dalam satu posting. Sekarang demam dah okey, hanya batuk dan sakit tekak saja yang tinggal. Esok InsyAllah saya akan memulakan tugas di tempat baru. Ok lah saya tamatkan cerita nie di sini. Akhir kata selamat berpuasa dan jangan lupa banyakkan amalan di bulan mulia ini.  

29 July 2009

Datang dan pergi

Salam dan Apa khabar semua? Harap kalian semua sihat sejahtera dan saya pun sentiasa berharap yang saya hidup didalam kesejahteraan dan perlindungan Allah swt. Perkara datang dan pergi. Begitu juga dengan masa, ia pergi dengan pantas tanpa kita sedari atau pun tidak. Dalam tempoh sebualan atau kurang kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Saya pun dah bermula melakukan puasa sunat sekarang, paling kurang tidaklah terkejut badan saya untuk berpuasa penuh di Ramadhan akan datang.

Selepas pulang dari Batam (bersama Fajar Samudera) saya memohon untuk bekerja di Bass Sdn. Bhd atas posisi Plan Maintenance Engineer. Alhamdulillah ianya berjaya dan sekarang sudah dua minggu saya berada dan bekerja di KL. Dalam masa "malap" sekarang saya sedar, saya tak boleh memilih kerja. Kerana ada tuntutan lain yang perlu diselesaikan setiap bulan seperti ansuran kereta dan rumah.

Dalam masa yang sama saya turut berkira-kira untuk menyambung pelajaran lagi untuk MBA in Shipping Management di Unisel secara part time. Tetapi sebelum meneruskan hasrat itu saya kenalah berbincang dulu dengan keluarga, tak bolehlah hentam sebarang je kan.....hehe. Bagaimana dengan pendapat anda? HARUS ke saya sambung belajar? Hehe...

Oklah saya rasa sampai sini saja updated untuk hari ini. Saya nak bersiap-siap ke tempat kerja sekarang. jumpa lagi di lain masa dan ketika....

12 July 2009

Selamat Pengantin Baru


Song: Love Story by Taylor Swift

Jumaat lepas saya ke Putrajaya menghadiri majlis pernikahan Rohaizad dan isterinya Shafara bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sebenarnya majlis ini adalah majlis di belah pegantin lelaki, manakala majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan lima hari sebelumnya di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Untuk memudahkan perjalanan ke Putrajaya saya membawa bersama adik saya yang sememangnya belajar di Cyberjaya yang lebih maklum akan selok belok di situ. Saya bertolak ke Putrajaya selepas solat Jumaat dan tiba di sana petang sebelum singgah ke rumah En. Rizal sebagai perhentian untuk mandi dan menukar pakaian.
Majlis bermula pada waktu malam, saya dan adik ditempatkan di meja bulat bersama-sama rakan-rakan satu batch di ALAM, Melaka dulu. Turut hadir bersama ialah Haris Hamdan, Iyadzree dan isteri, Johan dan isteri dan beberapa senior kami di ALAM dulu.

Rohaizad segak mengenakan blues hitam kapal beserta peak cap manakala isterinya mengenakan persalinan moden warna putih. Selepas sesi bergambar bersama pasangan pegantin kami pun meninggalkan dewan dengan doa agar pasangan Rohaizad dan Shafara kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Gambar di majlis akad nikah. Ihsan: fatiniz.com

05 July 2009

Teka-teki dari Einstein. Apa macam ada berani?


Can you solve Einstein's riddle?

Einstein wrote this riddle early during the 19th century. He said 98% of the world could not solve it. Its not hard, you just need to pay attention and be patient.
There are 5 houses in 5 different colors. In each house lives a person with a different nationality. The 5 owners drink a certain type of beverage, smoke a certain brand of cigar, and keep a certain pet. No owners have the same pet, smoke the same brand of cigar, or drink the same beverage.

The question is: Who owns the fish?

Hints:

* The Brit lives in the red house.

* The Swede keeps dogs as pets.

* The Dane drinks tea.

* The green house is on the immediate left of the white house

* The green homeowner drinks coffee.

* The person who smokes Pall Mall rears birds.

* The owner of the yellow house smokes Dunhill.

* The man living in the center house drinks milk.

* The Norwegian lives in the first house.

* The man who smokes Blend lives next to the one who keeps cats.

* The man who keeps the horse lives next to the man who smokes Dunhill.

* The owner who smokes Bluemaster drinks beer.

* The German smokes prince.

* The Norwegian lives next to the blue house.

* The man who smokes Blend has a neighbor who drinks water.

Nak jawab teka-teki Einstein ni, saya syorkan korang buat satu table, dan susun maklumat (hints) ikut tempat. Selamat Berjaya.....

P/S katanya hanya 2% jer penduduk dunia yang boleh jawab soalan nie. Adakah anda termasuk dalam golongan ni? hehe......Cuba jangan tak cuba.

03 July 2009

Tujuh Jutawan Terkemuka Dunia 2009

Memandangkan keadaan ekonomi dunia yang tak begitu menentu ini, beberapa orang yang dikenali sebagai orang terkaya di dunia turut merasa tempiasnya. Kebanyakannya secara purata hasil kekayaan mereka ini jatuh 23% dalam masa 12 bulan. Buat masa ini jumlah jutawan yang masih berada dalam tahta kekayaan adalah seramai 793 orang berbanding 1,125 orang tahun lepas. Bagaimana pun Amerika Syarikat masih mendominasi tahta kekayaan dunia sebanyak 44% dari sumber pendapatan dunia. Mari kita lihat dengan jelas profil mereka yang terkaya di dunia.

Nombor 1: (William Gates III).









Jumlah Harta: USD 40 Bilion.
Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: Microsoft.
Umur: 53
Asal: Amerika Syarikat.
Kediaman: Medina, Washington.
Industri: Software.
Pendidikan: Harvard (gugur).
Perkahwinan: Berkahwin, 3 orang anak.

Software visionary regains title as the world's richest man despite losing $18 billion in the past 12 months. Stepped down from day-to-day duties at Microsoft last summer to devote his talents and riches to the Bill & Melinda Gates Foundation. Organization's assets were $30 billion in January; annual letter lauds endowment manager Michael Larson for limiting last year's losses to 20%. Gates decided to increase donations in 2009 to $3.8 billion, up 15% from 2008. Dedicated to fighting hunger in developing countries, improving education in America's high schools and developing vaccines against malaria, tuberculosis and AIDS. Appointed Microsoft Office veteran Jeffrey Raikes chief exec of Gates Foundation in September. Gates remains Microsoft chairman. Sells shares each quarter, redeploys proceeds via investment vehicle Cascade; more than half of fortune invested outside Microsoft. Stock down 45% in past 12 months. "Creative capitalist" wants companies to match profitmaking with doing good.

Nombor 2: (Warren Buffett).











Jumlah Harta: USD 37 Bilion.

Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: Berkshire Hathaway.
Umur: 78
Asal: Amerika Syarikat.
Kediaman: Omaha, Nebraska.
Industri: Pelaburan.
Pendidikan: University of Nebraska Lincoln, Bachelor of Arts / Science, Columbia University, Master of Science
Perkahwinan: Duda, Berkahwin semula, 3 orang anak.

Last year America's most beloved investor was the world's richest man. This year he has to settle for second place after losing $25 billion in 12 months. Shares of Berkshire Hathaway down 45% since last March. Injected billions of dollars into Goldman Sachs, GE in exchange for preferred stock last fall; propped up insurance firm Swiss Re in February with $2.6 billion infusion. Admits he made some "dumb" investment mistakes in 2008. Upbeat about America's future: "Our economic system has worked extraordinarily well over time. It has unleashed human potential as no other system has, and it will continue to do so." Scoffs at Wall Street's over-reliance on "history-based" models: "If merely looking up past financial data would tell you what the future holds, the Forbes 400 would consist of librarians." Son of Nebraska politician delivered newspapers as a boy. Filed first tax return at age 13, claiming $35 deduction for bicycle. Studied under value investing guru Benjamin Graham at Columbia. Took over textile firm Berkshire Hathaway 1965. Today holding company invested in insurance (Geico, General Re), jewelry (Borsheim's), utilities (MidAmerican Energy), food (Dairy Queen, See's Candies). Also has noncontrolling stakes in Anheuser-Busch, Coca-Cola, Wells Fargo.

Nombor 3: (Carlos Slim Helu & keluarga).









Jumlah Harta: USD 35 Bilion.

Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: Telekomunikasi.
Umur: 69
Asal: Mexico.
Kediaman: Mexico City.
Industri: Telekomunikasi.
Pendidikan: Tidak dicatat.
Perkahwinan: Duda, 6 orang anak.

Economic downturn and plunging peso shaved $25 billion from the fortune of Latin America's richest man. Global recession testing his ability to live up to the principles he sets for his employees: "Maintain austerity in times of fat cows." Son of a Lebanese immigrant bought fixed line operator Telefonos de Mexico (Telmex) in 1990; now controls 90% of Mexico's telephone landlines. Would be a billionaire based on his dividends alone. Biggest holding: $16 billion stake in America Movil, Latin America's largest mobile phone company with 173 million customers. America Movil and Telmex reportedly planning to jointly invest $4 billion to bolster telecom infrastructure in Latin America. Buying up cheap media, energy and retail assets. Last year took stakes in New York Times Co., former billionaire Anthony O'Reilly's Independent News & Media and Bronco Drilling; also increased position in Saks. Baseball statistics aficionado, art collector.

Nombor 4: (Lawrence Ellison).









Jumlah Harta: USD 22.5 Bilion.

Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: Oracle.
Umur: 64.
Asal: Amerika Syarikat.
Kediaman: Redwood City, California.
Industri: Software.
Pendidikan: university of Illinois (gugur).
Perkahwinan: Berkahwin, 2 orang anak.

Database titan continues to engulf the competition; Oracle has racked up 49 acquisitions in the past 4 years. Bought BEA Systems for $8.5 billion last year. Still sitting on $7 billion in cash. Revenues up 11% to $10.9 billion in the six months ended November 30; profits also up 11% to $2.4 billion. Stock down 25% in past 12 months. Invested $125 million in Web software outfit Netsuite; took public in 2007, stock has fallen 80% since. His shares still worth $300 million. Chicago native studied physics at U. of Chicago, didn't graduate. Started Oracle in 1977. Public 1986, a day before Microsoft. Owns 453-foot Rising Sun; built a smaller leisure boat because superyacht is hard to park. Squabbling in court with Swiss boating billionaire Ernesto Bertarelli over terms of next America's Cup. Recently unveiled hulking 90-foot trimaran he intends to use to win it.
Nombor 5: (Ingvar Kamprad & keluarga)









Jumlah Harta: USD 22 Bilion.

Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: IKEA.
Umur: 83.
Asal: Sweden.
Kediaman: Lausanne.
Industri: Pengedar.
Pendidikan: Tidak dicatat .
Perkahwinan: Berkahwin, 4 orang anak.

Peddled matches, fish, pens, Christmas cards and other items by bicycle as a teenager. Started selling furniture in 1947. Opened first Ikea store 50 years ago; stores's name is a combination of initials of his first and last name, his family farm and the nearest village. Retired in 1986; company's "senior adviser" still reportedly works tirelessly on his brand. Discount retailer now sells 9,500 items in 36 countries; prints catalog in 27 languages. Revenues up 7% to $27.4 billion in fiscal year 2008. Opened tenth store in China this February; planning to open first in Dominican Republic later this year. Three sons all work at the company. Thrifty entrepreneur flies economy class, frequents cheap restaurants and furnishes his home mostly with Ikea products.
Nombor 6: (Karl Albrecht)









Jumlah Harta: USD 21.5 Bilion.

Kekayaan: Hasil usaha sendiri.
Sumber: Aldi.
Umur: 89.
Asal: German.
Kediaman: Mulheim an der Ruhr.
Industri: Pengedar.
Pendidikan: Tidak dicatat .
Perkahwinan: Berkahwin, 2 orang anak.
 
Germany's richest person owns discount supermarket giant Aldi Sud. Retailer faring well amid economic downturn; analysts expect its 2008 sales to be up 9.4% to $33.7 billion. Sales in the U.S. up estimated 20% last year to $7 billion. Plans to open 75 U.S. stores in 2009, including first in New York City. With younger brother, Theo, transformed their mother's corner grocery store into Aldi after World War II. Brothers split ownership in 1961; Karl took the stores in southern Germany, plus the rights to the brand in the U.K., Australia and the U.S. Theo got northern Germany and the rest of Europe. Retired from daily operations. Fiercely private: little known about him other than that he apparently raises orchids and plays golf.

Nombor 7: (Mukesh Ambani)









Jumlah Harta: USD 19.5 Bilion.

Kekayaan: Diwarisi.
Sumber: Petrochemical.
Umur: 51.
Asal: India.
Kediaman: Mumbai.
Industri: Pembuatan.
Pendidikan: University of Bombay, Bachelor of Arts / Science, Stanford University (gugur).
Perkahwinan: Berkahwin, 3 orang anak.

Oversees Reliance Industries, India's most valuable company by market cap despite stock falling 40% in past year. Merging his Reliance Petroleum with flagship Reliance Industries. As part of deal, will exercise right to buy back Chevron's 5% stake in Reliance Petroleum at $1.20 per share—the same price at which he sold it 3 years ago. Today the stock trades for $1.80 a share. Increased stake in Reliance Industries in October; paid $3.4 billion to convert 120 million preferential warrants into shares. Reliance Petroleum refinery on India's western coast began operating in December despite falling global demand and declining margins. Late father Dhirubhai founded Reliance and built it into a massive conglomerate. After he died Mukesh and his brother, Anil, ran the family business together for a brief time. But siblings feuded over control; mother eventually brokered split of assets. Brothers may be looking to bury hatchet; played joint hosts at mother's recent 75th-birthday bash. Has yet to move into his 27-story home that he's building at a reported cost of $1 billion. Ardent fan of Bollywood films. Wife, Nita, oversees school named after his father.
P/S Bukan harta mereka yang ingin saya tonjolkan tapi keperibadian mereka yang ingin saya paparkan. Sesetengah dari mereka tercicir dari pendidikan tapi dengan semangat dan keberanian, mereka mampu bangun malah menjadi lebih baik dari orang lain.
Source: Thanks to Forbes.com . Sila layari laman tersebut untuk lebih mengetahui kesemua profil 20 Billionaires.

28 April 2009

Disebalik kemeriahan "Pesta" minggu lalu....

Keamanan bandar kecil Lumut kembali semula. Aktiviti masyarakat dan juga aku berjalan semula dengan lancar. Sudah boleh keluar lewat sikit ke tempat kerja. Kalau tak jam 6.30 aku dah bertolak untuk masuk ke tempat kerja. Ini semua gara-gara hanya satu laluan saja yang dibuka untuk ke tempat kerja. Bayangkan apabila anggota TLDM, Boustead dan beberapa lagi jabatan kecil di dalam base nie menyerang pintu gate yang satu-satunya.....Ahhh tension betul aku. Dah lah kena bertukar-tukat pas dan tinggalkan I/C di main gate, traffik jammed lagi. Boleh jadi gila dan sasau dibuatnya. Mulut tak berhenti2 mengomel kalah mak nenek.... Nie semua Nik punya pasal....kalau tak aku tak lah seteruk ni!!! (hehe sori Nik!!) Ampun x10.

Hari Sabtu lepas, kena ikut sea trial untuk PV3, balik lewat malam....dari jauh dah nampak kemeriahan " Jom Heboh" di dalam naval base. Kesemua kapal-kapal bermandikan cahaya lampu neon. Lampu kelip2 menghiasi keseluruhan base. Aku dan mereka ahli pelayaran hanya melihat dari jauh. malang bagi kami terperangkap dalam base yang jalannya dilencong kesana kemari atas tujuan untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Sejam berada dan bersesak-sesak dengan kenderaan akhirnya kami dapat juga keluar dari Pintu Utama Harimau 1.

Sebenarnya malam tu aku tumpang kereta Nik... tension gak dia memandu dalam kesesakan jalan raya yang sememangnya dirancang. Beberapa lawak bodoh terpaksa ku keluarkan untuk meredakan sikit ketegangan dan stress semasa memandu. Kenapa lah dalam fikiran ku Navy buat Jom Heboh sekali dengan Navy Day....bagus memang bagus....at least para2 pembayar cukai diluar sana dapat lihat apa yang kerajaan buat dengan duit yang dibayar oleh mereka. Tapi hakikatnya ia memang teruk apabila dibuat di dalam suatu kawasan yang terkepung seperti di dalam base. Kalau selama ini anda dilarang bawa kamera dan ambil gambar sesuka hati....ni lah masanya anda bergambar sakan dalam base! How about rahsia2 ketenteraan yang selama ini dikawal ketat? Wallhua'lam.... dalam fikiranku "mereka" sendiri pasti ada jawapannya dan pastinya mereka lebih arif berbanding diriku bukan?

Malang bagi rakan-rakan ku yang mengikuti pelayaran hari Ahad tersebut. Aku tak dapat bekerja hari Ahad tu kerana sakit kepala. Pada petangnya ada juga rakan yang mengajak aku untuk ke konsert tapi aku keberatan dan rimas dengan manusia yang berhimpit-himpit. Yang kesiannya dengan anak-anak kecil berjalan jauh dan ada juga yang telah tertidur sambil dibawa oleh ibu-bapa mereka. Keluarga moden fikirku.... anak kecil sudah digalak berpesta? Maafkan aku atas keceluparan ku!! Patut lah ramai betul adik-adik kita diluar sana suka berpesta ya!!. Harus diingatkan Aku bukan Anti Sosial yaaaa!!!

Rakan ku Rohaizad dan Nik terkandas selama dua jam di dalam base sebelum dapat keluar. Padahal bukannya jauh sangat pun dari Boustead nak ke main gate (Harimau 1). Dek kerana kebanjiran kereta2 untuk ke konsert memenuhi jalan-jalan di dalam base. Bertuah juga untuk mereka yang mengunakan motosikal, boleh dan senang mencelah-celah meredak kesesakan. Bukan tiada bas transit yang disediakan pihak penganjur, tapi sudah resam masyarakat kita suka memandu sendiri....(termasuk lah aku...hehe).

Akhir kata sambutan hari tentera laut sudah berakhir, dengan gilang-gemilang dan tersohor seluruh negara. Sekiranya ada lagi sambutan di masa lain, lalu lintas adalah perkara penting yang perlu dikaji. Mungkin ini bukan masalah untuk orang yang ada kedudukan kerana mereka sentiasa di 'escort' oleh polis pengiring. Masalahnya pada kami....rakyat2 yang kerdil ini....Wallhualam.


P/S : Selamat Ulangtahun ke-75 untuk warga TLDM. Teruskan usaha menjaga kedaulatan negara tercinta. Semoga dirahmati Allah selalu.

19 April 2009

Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim

Sempena dengan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Perak ke-81 tahun, Lumut akan diistiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh pekan kecil ini. Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Tentera Laut Lumut, merupakan pusat operasi terbesar negara dan bolehlah dianggap base TLDM ini sebagai penempatan kecil yang dimana di dalamnya terdapat pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, pejabat pos, bank, pasar dan sebagainya. Manakala di pekan Lumut pula menjadi pusat kemasukan pelancong ke Pulau Pangkor, dimana terbina sebuah jeti untuk bot servis yang membawa pelancong ke pulau terkenal tersebut. Lumut juga menjadi pusat perkhidmatan maritim dengan wujudnya Pelabuhan Lumut dan beberapa dockyard yang membina dan membaiki kapal.

Secara peribadi saya tertarik dengan keindahan dan kedamaian Lumut ni, walaupun cuaca panas terik sentiasa membakar perit kulit saya yang sawo matang nie....hehehe. Bentuk geografi Lumut yang berbukit-bukit dan berpantai amat unik sekali bagi saya. Tambahan pula saya sekarang menetap di apartment yang berada di sebuah bukit dimana dengan senangnya saya menikmati keindahan waktu pagi dan senja di Lumut ini. SubhanAllah, indah betul bumi ciptaan tuhan.  Oh yaa hampir saya terlupa dalam waktu yang sama juga TLDM akan meraikan Jubli Intan (sambutan 75 tahun) penubuhannya. Sejajar dengan itu pelbagai program telah dirancang seperti konsert Jom Heboh TV3 yang akan diadakan pada minggu depan. Dibawah adalah antara beberapa program yang dirancang bagi memenuhi hari sambutan TLDM ke-75.
PERTUNJUKAN :
  • Demontrasi menyelamatkan kapal dari rampasan di MV Setia Cekal yang bersauh di dalam Basin.
  • Pertunjukan bot laju (CB90 & RHIB).
  • Pertunjukan penerjunan bebas oleh Persatuan Payung Terjun TLDM.
  • Perarakan Seperbike dan demontrasi Motosikal SIC.
  • Pertunjukan Bunga Api pada setiap malam.
  • Demonstrasi PASKAL SPECIAL Tuanku Sultan Selangor.
  • Pertunjukan Mass Assault oleh Markas UDARA.
  • Pertunjukan Precision Drill oleh PROTELA.
PERTANDINGAN :
  • Pertandingan Mewarna.
  • Pertandingan Memancing.
  • Sukaneka kanak-kanak (Telematch).
  • Hoki Geladak Sukan Air.
  • Polo Air.
  • Perahu Panjang dan kenu.
  • Tangkap itik.
  • Renang selat.
  • Pukul bantal Gladiator.
  • Tiang licin.
  • Pertandingan Jet Ski Open di Sungai Dinding.
PAMERAN :

  • Pameran Kerjaya TLDM.
  • Pameran Pelbagai Kenderaan.
  • Lawatan Ke Kapal-kapal TLDM.
  • APMM dan MISC.
HIBURAN DAN RIADAH :

  • Konsert Gelombang Biru di tapak Jom Heboh TV3.
  • Senamrobik.
  • Konsert TV9.
  • Konsert Jom Heboh TV3.
  • Jemputan artis & personaliti dari Media Prima Sdn Bhd.
  • Boat Ride.
  • Kereta api kanak-kanak.
  • Cabutan bertuah dan teka kacang.
  • Kugiran di beberapa kapal besar.
  • Human Balloon.

29 March 2009

Earth Hour cara kami sendiri!

Korang semua nak tahu? Saya balik agak lewat ke rumah hampir jam 12 tgh malam. Lepas tu baru saya log on balik internet dan baca posting blog2 yang saya sempat lawati yang menceritakan serba sedikit sambutan Earth Hour mereka semua. Alamak baru saya teringat rupanya saya dah ketinggalan untuk turut berkempen demi Bumi yang saya cintai. So apa yang saya nak report sekarang bukanlah mengenai kejadian bergelap yang tak sempat saya laksanakan, tapi usaha lain yang saya dan housemate saya lakukan demi menyokong kempen ini secara tidak sengaja (tanpa sedar).
Berikut merupakan aktiviti yang dijalan semasa kempen Earth Hour oleh kami serumah...hehe
1930 hrs- Solat maghrib.
1950 hrs - Keluar dari rumah dan menuju ke Sitiawan Cineplex.
2015 hrs - Sampai kat Cineplex beli tiket untuk movie Dragon Ball Evo.
2030 hrs - Sampai di pasar malam berhampiran Giant Manjung.
2120 hrs - Movie start....
0000 hrs - Tiba balik di rumah selepas makan di Lumut Ikan Bakar.
Langkah yang diambil demi menyokong kempen Earth Hour dan kesan2 nya seperti berikut:

  1. Mematikan semua lampu kat rumah dan switch off air cond unit kat dalam bilik tidur. (Kesan: Jimat tenaga).

  2. Matikan engine kereta tepat jam 8.30 malam dan merayau-rayau di pasar malam! (Kesan: Mengurangkan perlepasan gas ekzos kereta di jalan).

  3. Bergelap dalam cineplex setelah tayangan bermula....hehe (Kesan: Boleh pakai ke point nie?).
Apa-apa pun korang kena tahu lah kan dengan jimatnya pengunaan elektrik ia mampu untuk mengembalikan kesejahteraan bumi yang dicintai. Lagi pun untuk pengetahuan korang daerah Manjung ni, mengunakan arang batu untuk generate electrical power (sama macam kat Kapar, Kelang tu.) Kurang bebanan kuasa maka secara otomatiknya kuranglah bahan bakar.
Seharusnya kempen ni tidak tamat untuk tempoh ini sahaja. Ia harus diteruskan demi kesejahteraan kita semua penduduk Bumi. Didiklah generasi muda terutama anak2 anda mengenai kepentingan menjaga bumi. Bak kata pepatah mat saleh
We not enherit this world from our encestor, but We borrowed it from our children.

09 March 2009

Gambar bercerita!


Ni gambar Izad tengah pegang tripod nak ambil gambar...
 Izad tengah tangkap gambar, Nik pula tersengih di belakang...
Gambar bot di Marina Wing Lumut, Perak
Lagi gambar bot di Marina Lumut, Perak

p/s: Semua gambar diambil mengunakan camera phone Samsung Innov8 (8 Megapixel) dan diedit semula mengunakan perisian percuma PhotoScape

28 February 2009

Apa sudah jadi pada kita?

Semalam saya selesai bekerja jam 6.30 pagi, setelah masuk pada 6.00 petang hari berikutnya. Singgah sekejap beli surat khabar dan roti sebagai sarapan. Dalam perjalanan pulang teringin pula nak makan nasi lemak, jadi saya singgah bersarapan di Restoran Era di hadapan stesyen bas Lumut. Sampai rumah jam 7.15 pagi dan selepas membersih diri saya membaca akhbar "The Star". Tak banyak yang menarik melainkan laporan kekalutan politik negara yang tak menentu. Belek punya belek saya terjumpa satu artikel mengenai "Herald allowed to use word "Allah".

Apa yang dimaksudkan oleh pengarang The Star ini iaitu Lourdes Charles dan Loong Meng Yee adalah majalah Catholic Herald yang diketuai oleh editornya Father Lawrence Andrew, boleh mengunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan pihaknya bermula bulan ini!. Kebenaran telah pun digazetkan dibawah akta ISA (internal security acts), yang ditandatangani oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri pada 16 Februari lepas!.

Walaubagaimana pun beberapa perkataan seperti Kaabah, solat dan Baitullah dilarang sama sekali. Pengunaan kata "Allah" oleh penerbitan Catholic Herald akan diwajibkan supaya memaparkan " For Christian Only" di atas artikel. Maka mereka akan sewenang-wenangnya mengantikan perkataan "God" kepada "Allah" dalam majalah penerbitan mereka! Dengan kata lain kalau sebelum ini mereka mengunakan slogan "In God we thrust" selepas ini mereka boleh pula menggantikan perkataan God kepada Allah dan menjadi In "Allah" we thrust. 

Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam yang cetek pendidikan agamanya. Saya sedar ini isu sensitif tapi merasa sudah tanggujawab saya untuk mengingatkan perkara ini sesama kita. Ini baru satu perkataan "Allah" ditukar bagaimana pula selepas ini kitab-kitab agama mereka diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti di Indonesia? Percaya lah saya begitu memahami situasi keagamaan di negara jiran itu setelah bergaul dengan ramai rakyatnya yang sama-sama berkhidmat di atas kapal. 

Fikir-fikirkanlah kemana arah dan bagaimana kita berfikir untuk menghadapi masalah ini. Bagaimana pula dengan golongan muda-mudi Islam di luar sana? Mampukah mereka menghadapi dan hidup dalam situasi yang serba mencabar ini? Apakah yang kita mampu sumbangkan demi memelihara agama tercinta? Janganlah tanggujawab besar ini diletakkan  dibahu para Mufti, ulama, ustaz, ustazah dan cerdik pandai agama saja. Kita semua yang sayangkan Islam perlu memelihara kesucian Islam itu sendiri. 

p/s Tepuk dada tanya Iman?

26 February 2009

Ulek Mayang

Banyak betul paparan kisah dan cerita seram disiarkan di televisyen percuma mahupun berbayar di negara kita sekarang. Ini merupakan trend-trend semasa yang melanda dunia perfileman bukan saja di Malaysia malahan Asia Tenggara. Tapi trend ini mungkin tak lama sama seperti zaman kegilaan filem Bollywood yang pernah melanda negara, pasti anda semua paham bukan??

Kali ni bukan niat saya nak menulis mengenai industri perfileman semua tu, tapi nak berkongsi cerita pelik+aneh dengan anda semua, pembaca istimewa blog Catatan Pelaut ni. Kisah ini telah berlaku sudah hampir dua tahun ketika berada di atas kapal M.V Bunga Pelangi. Kisah misteri di atas kapal mungkin jarang didengar, malahan tak pernah pun difilemkan....melainkan industri perfileman Hollywood.

Hari Ahad di atas kapal, biasanya akan dipenuhi dengan beberapa aktiviti di waktu pagi. Jam sepuluh pagi anak kapal diwajibkan menonton tayangan safety video, dalam waktu yang sama Kapten (Master) akan menjalankan ship & cabin inspection. Safety video hanya akan tamat sebelum jam dua belas tengah hari selepas itu kami akan terus lunch. Lunch pada hari Ahad biasanya agak istimewa dengan hidangan western food.

Petang Ahad selepas solat Zohor seperti biasa saya akan merayau-rayau dan melawat bilik-bilik rakan lain. Ataupun saya akan usung portable HDD dan copy lagu mp3 ataupun movie2 yang belum saya ada. Pada hari itu saya ke bilik 3rd Officer Faizal (kini 2nd Officer di M.V Bunga Delima) dan menyedut sebahagian koleksi lagu-lagu MP3 beliau. Setelah habis menyedut saya kembali ke bilik dan mula mendengar semula lagu-lagu MP3 tersebut. Aplikasi Winamp player dibuka, pilih folder lagu dan speaker Altec Lansing dikuatkan volumenya. Pelbagai lagu silih berganti sehinggalah tiba kepada lagu "Ulek Mayang" mula kedengaran. Saya pun melayan lagu ulek mayang....rasa terbuai-buai fikiran saya sehinggakan tiga! kali saya mendengarnya.

Tok...tokk dinding cabin saya diketuk oleh 5th Engineer Hanafi sambil menjerit " woii Third...jangan main lagu tu!!" sambil merujuk kepada lagu "Ulek Mayang". Saya masih tak endah akan amaran Hanafi tu, kerana saya hampir2 terpesona dengan lirik dan irama lagu rakyat Terengganu tu...

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat.......

Ku tahu asal usul mu

Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala...
Setelah berkali kali mendengar lagu Ulek Mayang ni, saya berasa amat mengantuk lalu terus tertidur. Dalam tidur tiada perkara aneh yang menganggu tidur saya. Saya hanya tersedar apabila jam hampir enam petang....itupun setelah saya merasa badan saya sakit-sakit seluruhnya dan terasa sukar untuk bernafas. Walau bagaimana pun saya tetap gagahkan untuk bangun dan membuat keputusan untuk makan malam dulu. Nasi beriani yang dikunyah, hilang rasa enaknya. Kepala saya pening, badan pula sakit-sakit, saya rasa terawang-awang...sampai rakan lain tegur pun saya tak ambil peduli. Masa makan, saya masih lagi sukar untuk bernafas, terpaksa menarik nafas panjang-panjang....penat betul... Otak turut terfikir kenapa dengan saya ni? Tak pernah saya mengalami keadaan aneh ni...Ahh pening..

Saya ambil keputusan untuk kembali ke cabin dan bersolat Asar ketika waktunya masih bersisa. Selepas itu saya terasa hendak tidur semula dan sebelum tidur saya pasang mp3 bacaan Al- Quran. Sedar-sedar setelah sejam tidur saya terjaga. Terjaganya saya dari tidur terasa seperti sangat segar (macam tidur berbelas jam gayanya). Sakit-sakit badan dah hilang, kepala tak pening dan bernafas dengan lancar. Alhamdulillah.....getus saya.

Peristiwa aneh ini saya tidak ceritakan pada sesiapa sehingga suatu hari (di atas kapal juga) kami berborak mengenai kisah misteri yang berlaku atas kapal-kapal. Akhirnya terkeluar juga dari mulut saya mengenai peristiwa Ulek Mayang tu. Terus je 5th Engineer Hanafi kata " Haah kan saya dah warn 3rd jangan dengar lagu tu kat laut". "tengok jerlah lagu dia punya lirik....yang laut balik ke laut....yang darat balik ke darat... Tu puja semangat laut tau!" jelas Hanafi. Barulah aku terfikir akan logiknya...lagipun saya pun tak ambil kisah pasal benda2 halus macam tu. Lagipun pegangan saya " saya tak kacau "dia" dan "dia" tak patut kacau saya". Itulah saja cerekarama minggu ini. Saya tak kerja pagi ni, tetapi kena masuk malam untuk kerja dengan HVAC sistem hari ini di PV3 (KD Perak).

P/s: jangan biarkan hidup anda diselibungi misteri.....

22 February 2009

Seminggu di Lumut

Sudah seminggu saya berada di Lumut, dan menimba sedikit demi sedikit ilmu-ilmu baru di Boustead Naval Dockyard. Ia adalah situasi yang sangat berbeza dengan alam pekerjaan saya sebelum ini iaitu sebagai jurutera marin di atas kapal dagang. Jika sebelum ini, diatas kapal kami hanyalah operator yang mengoperasi dan menjalankan kerja-kerja membaik-pulih sesuatu mesin (machinery) tetapi di sini ia sebaliknya. Ia adalah pengalaman baru dimana anda diberikan tugasan untuk memulakan sesuatu sistem di atas kapal. Di Lumut ini, saya diserapkan ke bahagian ITT (Inspection, Test And Trial) dimana bahagian ini mempunyai tangungjawab untuk menguji setiap sistem atau mesin (machinery)  sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kapal.

Namun begitu kerja kami tidak dapat dijalankan dengan lancar sekiranya sesuatu sistem atau mesin masih belum dipasang atau disiapkan. Semuanya memerlukan kerjasama dari setiap bahagian (department) yang berlainan disini. Tanpa semangat kerja berpasukan, koordinasi dan komunikasi yang berkesan, sesuatu kerja pasti akan gagal. Tambahan pula disini memerlukan anda berkomunikasi antara rakan dari department yang berlainan ataupun para kontraktor dan pekerjanya yang menjalankan tugas. Nyata sekali keadaan ini amat baru bagi saya dan ia mula membuka mata saya mengenai bidang pembuatan kapal yang tidak saya fahami akan kerumitan dan masalahnya sebelum ini.    

Buat masa ini kami sedang sibuk menyiapkan sebuah kapal, PV3 yang akan dinamakan sebagai KD Perak oleh pemiliknya RMN (Royal Malaysia Navy). Ia merupakan projek pertama kapal yang dibuat di Malaysia dalam kelasnya dan sudah lama terbengkalai semenjak tahun 2001-2002 lagi. Kerja-kerja hanya giat dilakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, dan dijangkakan kami akan menyiapkan dan menyerahkannya secara rasmi pada bulan hadapan. Kapal yang dijana oleh dua set enjin Caterpillar, dimana setiap set mengandungi 16 unit dan setiap set main engine akan menjana satu unit Controlable Pitch Propeller (CPP). Sesuai dengan fungsinya kapal ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan senjata dari Italy. Ia juga dilengkapi sistem yang canggih dan tidak akan didapati di atas kapal dagang (merchant ship). Apa-apa pun kami berdoa agar dateline untuk menyerahkan kapal akan dipenuhi. Masih ada beberapa minggu lagi untuk menyiapkan segala kerja yang belum selesai sebelum kapal di bawa keluar ke laut untuk sea trial. Fullstop

p/s: Sorry lama tak update blog, sibuk skit kat Lumut ni, plus terkena demam selsema 4 hari lepas.

09 February 2009

Penternakan Lintah amat menguntungkan?

Saya masih berfikir-fikir sekarang....patut ke saya mencuba dalam bidang ternak menternak ni? Dah pula apa yang nak saya cuba ternak amat berlainan dengan orang lain. Bukannya menternak ayam yang berkaki dua atau kambing yang berkaki empat. Tapi menternak lintah yang tidak berkaki dan suka menghisap darah. Bukanlah saya dihasut oleh Yusran tapi setelah mengikut beliau ke ladang penternakan lintah di Bukit Putus, berhampiran Seremban, Sabtu lepas....ia membuka mata saya.

Mahekhamay Agrotech Farms (MKAF), adalah satu syarikat  Agrotech yang menawarkan peluang menternak lintah kepada orang ramai. Tiada syarat yang ketat diperlukan selain dari modal sebanyak RM 5230 untuk satu tangki poli yang turut dibekalkan bersama dengan dua ribu benih lintah di dalamnya. Percaya atau tidak selepas enam bulan menternak lintah anda akan mendapat hasil sehingga RM 15,000 untuk satu tangki poli yang anda miliki!

Penjagaan makhluk "halus" ini tidak begitu rumit. Ia hanya diberi makan sekali setiap bulan dengan ikan keli atau belut segar. Perbelanjaan membeli makanan hanya sekitar RM 180 untuk tempoh enam bulan! Anda tak perlu menukar air di dalam tangki poli. Apabila sudah cukup tempoh matang, MKAF sendiri akan datang mengambil lintah tersebut di mana anda berada!. Mudah bukan? Hehe.... dipercayai sehingga 18 bulan pendapatan anda akan meningkat pada ratusan ribu ringgit! 

Bagaimana? Menarik bukan? Saya sendiri sedang berkira-kira untuk turut serta dalam projek ini. At least tiada komitmen yang besar diperlukan. Setelah saya penat belayar di atas kapal selama 4-6 bulan, saya boleh menuai hasil. Sesiapa yang ingin mencuba datanglah sendiri di MKAF yang terletak di antara jalan Kuala Pilah-Seremban. Sekiranya anda datang dari Kuala Pilah, ladang ini terletak selepas Bukit Putus berhadapan stesyen minyak BHP 'stesyen oren anda'.

p/s...tepuk dada tanya selera

02 February 2009

Hujung minggu yang membosankan

Suasana tidak berapa panas hari minggu ni. Selepas mama dan abah bertolak keluar dari rumah, pintu rumah kukunci rapat dan terus ke bilik air untuk membasuh baju-baju yang kupakai dua-tiga hari lepas. Bukan tiada mesin basuh, tapi mengenangkan takut baju-baju tu rosak, maka cucian tangan lebih molek. Ala bukan kotor sangat pun bajunya, bekas peluh aja kot... Bau minyak wangi Polo pun masih melekat kuat pada fabrik. Bukanlah sengaja untuk menyembur minyak wangi di baju tetapi mungkin kerana tempias semburan minyak wangi itu sendiri. Aku menyembur minyak wangi hanya di pergelangan tangan dan juga sekitar belakang kepala, lebih tepat lagi bawah telinga. Senang kata area nadi...agar senang wangian itu diserap dan disebar ke seluruh badan.

Saya memang suka akan minyak wangi, takde specific brand yang diminati. Asalkan baunya menyegarkan dan tak berapa menyengat hidung. Antara  yang pernah duke pakai ialah jenama Tommy Hilfiger, Kenzo, Polo, Ferrari pun ada....dll. Saya ada mengunakan satu wangian Ferrari Black yang pelik sikit, ketika dipakai baunya....saya begitu tak selesa, hinggakan hampir-hampir saya menyamainya dengan bau kambing jantan. Haha....tetapi selepas beberapa minit barulah haruman dari wangian Ferrari Black ini terserlah. Tapi menjadi kepantangan bagi saya iaitu cukup anti dengan orang yang berbau badan nie. Hoohhs....tolong jauhkan diri anda sekiranya badan anda mengeluarkan bau yang tidak enak. Walaupun saya nie tak sehensem Brad Pitt tapi pasal bau-bau tu saya cukup berkira..hoho

Jauh betul terkeluar dari tajuk kat atas, So kehidupan hari ini diteruskan dengan mengemaskini kandungan external hard disc yang hampir-hampir tak bernafas tu. Masih tak cukup rupanya 500GB tu pada saya, sebelum ni rasanya dah lebih dari cukup. Setelah diisi dengan berbagai movie Hollywood dan Korean serta anime Japan tak ketinggalan drama-drama melayu seperti Sinderela, Izora dan Kekasihku seru.....ternyata saya amat memerlukan kapasiti storage hard disc yang lebih besar. Tunggulah nanti sekiranya ke LowYat saya nak usha harga2 external hard disc yang berkapasiti 1 TB atau lebih.

Adik balik semalam ke MMU cyberjaya, maka dengan rasminya hilanglah seorang "chef" di rumah. Lapar gak perut nie, malas betul nak memasak....entahlah bukan minat saya dalam bidang masak-memasak. Tapi sekiranya time darurat terpaksa juga saya memasak, tambahan lagi bila hantu malas dah merasuk diri supaya tidak keluar dari rumah. Adik rajin betul memasak selama dia bercuti hampir tiga minggu ni. Siap semua resepi yang dimasaknya turut dia taip di komputer dan di ambil gambarnya. Entah hantu apa yang merasuk minah seorang tu. Secara rasminya saya terpaksa menjadi tikus makmal untuk menjadi bahan uji semua resepi yang dimasaknya. Not bad lah, adakalanya boleh cecah lima bintang. Atleast bakat mama tak hilang tapi mengalir terus kepada adik.

Begitulah ceritanya pada hujung minggu ini. Saya rasa begitu bosan....sepi. Orang Penang pun makin senyap dan main sorok-sorok la nie. Marah betul dia pada saya. Dua enjin kadet saya iaitu Amir dan Rasyid juga telah on kapal Melati 3 di singapore, Jumaat lepas. Harapan saya agar mereka nie tak hanyut dek 'gelombang laut' especially bila Melati 3 akan terus ke drydock di China.  Sekian NOKTAH

20 January 2009

Senario PiIlihanraya kecil Kuala Terengganu

Sabtu (17 Jan 2009) lepas saya dan keluarga ke Terengganu bukan untuk mengundi tetapi kerana keesokan harinya ada peperiksaan yang perlu saya duduki di Jabatan Laut Wilayah Timur, Kuala Terengganu. Bertolak dari Pekan pada jam sebelas pagi dan kami sekeluarga memilih untuk mengikut jalan pantai atas alasan senang untuk sembahyang dan cari makan. Menyelusuri bandar Kuantan, terus ke Cherating, Kemaman dan singgah sebentar di Mesra Mall yang terletak di antara Kemaman dan Kertih dan lebih tepat lagi di Kemasik. Tapi sayang masih banyak lagi premis-premis perniagaan yang belum dibuka seperti Pasaraya Giant. Pelik juga bagi saya di kawasan yang seperti tiada orang tinggal ini, ada sebuah pasaraya besar dibina disitu. Mungkin masih baru dan tidak ramai lagi pengunjung yang datang.

Tiba di Kuala Terengganu pada jam empat petang, dari Marang lagi kelihatan sepanduk parti-parti bertanding berkibar disana-sini. Perang poster lah katakan, sambil kereta bergerak, saya pun sempat juga tangkap gambar mengunakan phone kamera Samsung Innov8 beresolusi 8megapiksel.....hehe. Abah saya biarkan memandu, manakala kami bertiga sibuk melihat bendera dan poster dibahu jalan. Ada bulan, ada dacing, ada gak keris.... macam2 warna, nasib baik takde roket dan mata kucing.

Mana boleh kan..... lagipun mereka tidak bertanding. Bendera semakin banyak apabila mula memasuki Kuala Terengganu, bermula dari Chendering hinggalah di tengah-tengah bandar. Petang itu memang jalan sesak, banyak jalan ditutup dan laluan terpaksa dilencungkan ke arah lain. Ketika jam lima petang, pihak bertugas sedang sibuk di hadapan Stadium Negeri yang digunakan sebagai tempat pengumpulan kertas undi. Pihak media massa pun seperti rtm pun sibuk pasang wayar berselirat bagai...

Ketika menuju di hotel, saya sempat mengambil gambar ini, iaitu kelibat golongan "makcik" yang bersatu hati menyokong dan melobi parti masing2 di hadapan S.K Paya Bunga di Jalan Tok Lam, berhampiran stesyen bas baru Kuala Terengganu. Tak hairan lah saya bagaimana parti yang diwakili oleh golongan ibu ini telah berjaya meraih undi sebahagian pengundi di Kuala Terengganu. Takde pun kelibat dari golongan Wanita dan Puteri berbuat demikian. Atau mungkin saya terlepas pandang, ya lah tak semua yang kita lihat itu betul kan? Tapi yang pasti saya memang kagum habis dengan semangat 'makcik' itu.

Hotel YT Midtown menjadi tempat tidur kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Hotel yang terletak di tengah bandar KT ini agak strategik kedudukannya, dan tak jauh dari beberapa tempat seperti Taman Syahbandar, Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) dan Pasar Payang yang terkenal dengan penjualan hasil batik, songket dan keropok lekornya. Kami sekeluarga menginap di sini kerana kebanyakan hotel yang "agak selesa" telah habis ditempah. Tapi sempat juga terjumpa kelibat pembaca berita NTV7 disini.

Sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan jalan-jalan disekitar hotel telah dipenuhi dengan ratusan buah kereta dan motor yang berarak meraikan kemenangan sebuah parti bertanding. Suasana bertukar menjadi riuh dan bising dengan hon2 kereta dan motorsikal yang berkali2 mengelilingi jalan di hadapan hotel ini. Saya yang sedang menelah pun amat terganggu dengan bunyi hiruk piruk kenderaan di bawah. Sedangkan pihak Polis pun tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang kebanjiran kenderaan yang berpusing pusing di sekitar jalan di situ sambil mengibarkan bendera parti yang menang bertanding. Tension-tension saya ke tingkap bilik dan merakam beberapa keping gambar buat diselit dalam blog ini. Perarakan di jalan hanya tamat seawal jam 1 pagi, itupun setelah banyak kereta polis melakukan rondaan di jalan-jalan berhampiran. Di atas kelihatan sebuah helikopter polis yang menyuluh-nyuluh kepada kumpulan perarak ini tadi. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidur dan bangun awal kerana ingin membuat persediaan terakhir untuk ujian lisan di Jabatan laut esok pagi.

15 January 2009

I can't sleep well.....Ohh dimana si dia?

Seawal empat pagi saya bangun semenjak tiga-empat hari ini. Ini semua gara-gara si dia. Si dia begitu bermakna untuk saya. Saya sudah menyesal kerana kegagalan saya mendapatkan si dia setahun lepas. Mungkin bagi anda si dia tidak begitu penting, tetapi bagi saya sebaliknya. Dia begitu penting bagi saya untuk perjalanan hidup seterusnya. Tanpa dia saya boleh lagi bernafas tapi tidaklah semegah sekiranya saya berjaya mendapatkan si dia. InsyAllah saya akan mendapatkan si dia kali ini. Saya bermohon pada Allah supaya hajat saya kali ini akan tercapai. Saya juga ada berniat untuk bernazar, sekiranya saya berjaya memdapatkan si dia. Hampir-hampir saya demam, bertarung masa dan tenaga untuk dia. Dalam doa selepas solat pun, saya tetap memohon pada Allah agar memudahkan urusan dan perjalanan saya untuk mendapatkan si dia. Hehe....jangan marah ya!!! Si Dia yang dimaksudkan di sini adalah ujian lisan 2nd Class saya. Beberapa hari lagi saya akan ke Kuala Terengganu untuk menduduki ujian tersebut di Jabatan Laut Kuala Terengganu. Perjalanan seorang marine engineer tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan kerjaya ke tahap tertinggi iaitu 2nd Class Marine Engineer dan seterusnya 1st Class Marine Engineer. Dan sekarang saya berada beberapa langkah  untuk ke tahap itu. Bukanlah bagi saya tiada 1st/2nd Class tidak boleh hidup....tapi tak lengkap lah. Ia merupakan tiket besar yang boleh digunakan sebelum saya berhenti dari bekerja di laut biru nanti. Bak kata orang moden ada full package lah. Ada ilmu, ada pengalaman dan ada tiket.....bukankah itu suatu kelebihan? Tetapi adanya semua itu tidaklah menjamin hidup sekiranya malas berusaha bukan?


Perjalanan seorang marine engineer bermula dari tamatnya pengajian dan lulus ujian lisan Kelas 4 (4th Class Marine Engineer). Sebagaimana Pegawai Deck dan Enjin, kami perlu lulus kedua-dua ujian, sama ada bertulis mahupun lisan. Tanpanya kami tidak akan layak mendapat sebarang tiket kelas tersebut. Dengan Jurutera Kelas 4 (4th Class) anda boleh bermula dengan Junior Engineer (5th Eng), 4th Engineer dan seterusnya 3rd Engineer. Untuk menjadi Jurutera Kedua (2nd Engineer) dan Ketua Jurutera (Chief Engineer) anda perlu mendapatkan 2nd Class dan 1st Class tiket. Sebelum mendapatkan 2nd dan 1st Class anda perlu menyambung kembali pelajaran di akademi, kemudian mengambil ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga keperluan lain yang perlu anda ada iaitu sea time. Seperti juru terbang pesawat yang memiliki flying hours, kami yang berkerja di kapal dagang mempunyai sea time. Sea time boleh dirujuk sebagai jumlah masa servis bekerja di atas kapal, dan biasanya ia dikira mengikut bulan. Sekiranya anda berkhidmat selama enam bulan, maka enam bulanlah seatime anda. Ok lah rasanya disini saja saya boleh berceloteh, masa untuk "masuk kelas" dah bermula. Ada dua hari lagi untuk saya bersedia, hari Sabtu minggu ini saya akan bergerak ke Kuala Terengganu. Jumpa anda untuk laporan kemeriahan proses membuang undi kelak. Adios...........

11 January 2009

Lama tak makan J.Co Donuts

Huish meleleh air liur gue apabila gue diberitahu oleh adik gue bahawa dia membelikan gue satu dozen pelbagai perisa donut keluaran J.CO Donuts di Pavilion, Kuala Lumpur. Kenapa gue mengunakan bahasa Indonesia kerana J.CO ini sendiri pertama kali diasaskan di sana. Kenapa saya memilih J.CO berbanding pesaing terhebat pembuat donut-donut seperti Big Apple Donuts, Dunkin Donut dan sebagainya? Gue suka makan J.Co Donuts kerana rasa donutnya yang lembut meskipun sudah lebih satu hari dibiarkan. Selain kelembutan donut nya rasa nya yang kurang manis juga jadi pilihan saya. Favorite saya ialah Green Tea dan Tiramisu.
Malang bagi saya di Kuantan ini tidak terdapat sebarang francais J.Co Donuts disini. Yang ada cuma Big Apple Donut di East Coast Mall emm Dunkin Donuts....langsung tiada. So kalau nak makan J.CO nie adalah semasa saya berada di lembah kelang, sama ada di Pavilion ataupun Sunway.
Untuk pengetahuan anda hanya ada empat sahaja outlet J.CO Donuts di Malaysia ini, iaitu di Pavilion, Sunway Piramid, Giant Kota Damansara dan JB City Square. Mungkin satu kelebihan sekiranya saya berada di Singapura kerana ada dua outlet J.CO Donut yang saya amat familiar di sana iaitu di Raffles City dan Bugis Junction. Pada yang belum merasanya akan kelembutan donut J.CO cepatlah datang mengunjungi outlet mereka disini. Jangan lupa untuk melawat website mereka disini. Selamat Mencuba...

06 January 2009

Penghapusan bangsa Palestin

Sudah penat betul saya melihat paparan demi paparan kekejaman bangsa Yahudi ke atas rakyat Palestin di Tebing Gaza sana. Seingat saya dari mula saya mengenali televisyen hingga sekarang, kisah-kisah ini terus berlarutan tanpa henti. Naik muak telinga dan mata (maafkan saya) kerana saban hari dihidangkan dengan berita yang menyayat hati. Ribuan mangsa terkorban sepanjang enam dekad persengketaan Palestin-Israel, tidak mengira umur atau jantina, anak-anak kecil, kaum wanita dan warga tua turut menjadi mangsa. sepuluh hari telah berlalu dan rejim Zionis terus bermaharajalela dan berlaku biadap ke atas saudara seagama kita, rakyat Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB yang lebih berpaksi kepada Amerika Syarikat dan sekutunya sudah pasti tidak mampu menghalang kemaraan tentera Zionis. Lambakan persidangan terbuka mahupun tertutup tetap gagal  menyelesaikan masalah Palestin, ataupun mereka hanya mereka-reka cerita yang mereka telah bersidang tetapi  keputusan muktamad gagal dicapai. Sebanyak manapun rundingan dan genjatan senjata di buat selagi Amerika berkuasa dan negara Arab lain berpeluk tubuh ianya pasti sia-sia. Saya pelik (tak pelik sangat pun) dengan penglibatan negara Arab, terutama rakan-rakan di sempadan Palentin-Israel hanya mendiamkan diri. OIC (ohh I see) sesuai dengan namanya terang-terang gagal bertindak. Dimana mereka ketika ribuan rakyak Palestin memerlukan pertolongan dari segi perlindungan, makanan dan ubatan dan yang paling penting maruah Islam itu sendiri yang perlu dibela. Mana dia UAE dengan Dubai yang penuh dengan bangunan pencakar langit, pulau-pulau buatan, hotel berbintang-bintang dan kemegahan pusat membeli belah yang bersaiz mega? Apa gunanya kemajuan dan kekayaan sekiranya ia tidak dapat membantu saudara sendiri. Dah hilangkah rasa kasih sayang di antara kita umat Islam yang selaku umat akhir zaman yang menjunjung Rasulullah sebagai paksi kebenaran? Fikirkan semula....

Saya tertarik dengan ulasan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang ditemubual oleh Astro Awani semalam. Di dalam temubual itu Tun Mahathir menanyakan seorang rakannya yang merupakan seorang rakyat Amerika "Bagaimana sekiranya anda ambil Texas dan jadikan ia sebagai negara Israel?" Dan menurut Tun, rakannya hanya terdiam tanpa berkata apa-apa! Lihatlah kebodohan Amerika, bagaimana mereka mahu Palestin mengiktiraf pembinaan negara Israel (di atas bumi Palestin) sedangkan mereka sendiri pasti tidak mahu mengorbankan satu negeri mereka seperti Texas (contohnya). Berbalik kepada tajuk post di atas, bolehlah kiranya kekejaman yang berlaku di Palestin sekarang (setakat 10 hari ini) dilihat sebagai usaha pembersihan bangsa Palestin. Serangan yang dilaporkan untuk membedil pihak Hamas nyata sandiwara semata-mata. Buktinya ramai anak kecil, kaum wanita, lelaki mahupun warga tua palestin telah terkorban akibat kerakusan rejim Zionis yang memperjuangkan keadilan bagi negara Israel yang tidak wujud (their dreaming country of Israel). Negara impian Israel itu hanya diiktiraf oleh Amerika Syarikat yang takut mengorbankan sebahagian jajahannya kepada Israel atas alasan terhutang budi. Mereka yang terhutang budi, orang lain yang menjadi mangsa. Wajar ke??

Rakyat dunia hanya mampu meluahkan rasa marah mereka melalui protes dan perhimpunan jalanan di seluruh dunia. Sudah pasti ketika ini pemimpin dunia pening kepala dengan isu sejagat ini. Kesatuan Arab pula hanya berpeluk tubuh menyaksikan drama kekejaman Israel. Tidak kurang pula peranan yang dimainkan oleh Malaysia secara amnya. Cuma saya melihat pemimpin negara kita kurang bersemangat untuk membela nasib saudara seagama kita di Palestin sana buat masa ini, mungkin sibuk menyusun strategi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kelak. Apapun kerajaan telah menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestine melalui Mercy Malaysia.


Saya mengambil kesempatan mengajak semua pembaca agar dapat menyumbang ke dalam tabung kutipan  untuk mangsa perang Palestin-Israel ini. Anda boleh berbuat demikian di Aman Palestin mahupun Mercy Malaysia. Sumbanglah apa yang termampu bagi meringgankan bebanan dan penderitaan rakyat Palestine di sana. Saya tidak mendapat apa-apa dari sumbangan anda, sebaliknya andalah yang akan mendapat pahala dan rahmat dari Allah. Saya rasa terpanggil untuk menulis posting ini atas rasa kasihan keatas mangsa perang di Palestin. Pengalaman menjejakkan kaki di beberapa tempat seluruh dunia, membuat saya insaf dan sedar betapa untungnya kita menjadi rakyat Malaysia. Bumi berdaulat yang aku cintai, semoga engkau terus aman dan mendapat berkat dari Illahi. Kepada rakyat Palestin kami hanya mampu berdoa agar kamu mendapat kesejahteraan dan perlindungan dari Allah. Kita juga tidak mampu untuk mengelak peristiwa ini dari terjadi kerana ini adalah peristiwa besar akhir zaman. Wallahua'lam.