LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 February 2009

Apa sudah jadi pada kita?

Semalam saya selesai bekerja jam 6.30 pagi, setelah masuk pada 6.00 petang hari berikutnya. Singgah sekejap beli surat khabar dan roti sebagai sarapan. Dalam perjalanan pulang teringin pula nak makan nasi lemak, jadi saya singgah bersarapan di Restoran Era di hadapan stesyen bas Lumut. Sampai rumah jam 7.15 pagi dan selepas membersih diri saya membaca akhbar "The Star". Tak banyak yang menarik melainkan laporan kekalutan politik negara yang tak menentu. Belek punya belek saya terjumpa satu artikel mengenai "Herald allowed to use word "Allah".

Apa yang dimaksudkan oleh pengarang The Star ini iaitu Lourdes Charles dan Loong Meng Yee adalah majalah Catholic Herald yang diketuai oleh editornya Father Lawrence Andrew, boleh mengunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan pihaknya bermula bulan ini!. Kebenaran telah pun digazetkan dibawah akta ISA (internal security acts), yang ditandatangani oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri pada 16 Februari lepas!.

Walaubagaimana pun beberapa perkataan seperti Kaabah, solat dan Baitullah dilarang sama sekali. Pengunaan kata "Allah" oleh penerbitan Catholic Herald akan diwajibkan supaya memaparkan " For Christian Only" di atas artikel. Maka mereka akan sewenang-wenangnya mengantikan perkataan "God" kepada "Allah" dalam majalah penerbitan mereka! Dengan kata lain kalau sebelum ini mereka mengunakan slogan "In God we thrust" selepas ini mereka boleh pula menggantikan perkataan God kepada Allah dan menjadi In "Allah" we thrust. 

Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam yang cetek pendidikan agamanya. Saya sedar ini isu sensitif tapi merasa sudah tanggujawab saya untuk mengingatkan perkara ini sesama kita. Ini baru satu perkataan "Allah" ditukar bagaimana pula selepas ini kitab-kitab agama mereka diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti di Indonesia? Percaya lah saya begitu memahami situasi keagamaan di negara jiran itu setelah bergaul dengan ramai rakyatnya yang sama-sama berkhidmat di atas kapal. 

Fikir-fikirkanlah kemana arah dan bagaimana kita berfikir untuk menghadapi masalah ini. Bagaimana pula dengan golongan muda-mudi Islam di luar sana? Mampukah mereka menghadapi dan hidup dalam situasi yang serba mencabar ini? Apakah yang kita mampu sumbangkan demi memelihara agama tercinta? Janganlah tanggujawab besar ini diletakkan  dibahu para Mufti, ulama, ustaz, ustazah dan cerdik pandai agama saja. Kita semua yang sayangkan Islam perlu memelihara kesucian Islam itu sendiri. 

p/s Tepuk dada tanya Iman?

4 comments:

Anonymous said...

Pelik betul dengan golongan ini. Kenapalah mereka beria-ia sangat untuk gunakan kalimah Allah itu, sedangkan bukan ada tercatat pun dalam kitab mereka. Risau Abqori memikirkan masa depan anak-anak Abqori nanti yang terpaksa menghadapi semua ini nanti.

Apa-apa pun untuk rekod, dalam Bahasa Arab perkataan God sudah lama diterjemahkan dengan maksud Allah.

dukerobin said...

Salam Izudin,

Mereka nak gunakan kalimah Allah ni mesti ada sebab atau agenda tersendiri. Memang risau mengenai kesan semua ini pada golongan muda-mudi Islam akan datang. Wallahualam

dukerobin said...

Bantah guna perkataan ‘Allah’

Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

Baca lagi klik link: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

:: kay dora :: said...

Masya Allah.. saya risau memikirkan ttg semua ni. isu ni dah terbongkar, mmg org Yahudi tak jemu mengatur strategi utk memesongkan akidah umat Islam. namun realitinya, kebanyakan remaja Islam masa kini semakin terpesong akidah dan pegangan agama tidak lagi kuat. saya juga merasa ngeri bila hari2 dengar kes pelajar2 melayu di IPTA/S tempatan yang murtad, ditangkap khalwat dan mengandungkan anak di luar nikah. tanpa rasa segan silu, malah mereka bangga pulak tu bila perut semakin membesar! Astaghfirullahal'azim... moga2 dijauhkan perkara2 ini kpd anak2 dan cucu2 dan seluruh keturunan kita...