LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

26 February 2009

Ulek Mayang

Banyak betul paparan kisah dan cerita seram disiarkan di televisyen percuma mahupun berbayar di negara kita sekarang. Ini merupakan trend-trend semasa yang melanda dunia perfileman bukan saja di Malaysia malahan Asia Tenggara. Tapi trend ini mungkin tak lama sama seperti zaman kegilaan filem Bollywood yang pernah melanda negara, pasti anda semua paham bukan??

Kali ni bukan niat saya nak menulis mengenai industri perfileman semua tu, tapi nak berkongsi cerita pelik+aneh dengan anda semua, pembaca istimewa blog Catatan Pelaut ni. Kisah ini telah berlaku sudah hampir dua tahun ketika berada di atas kapal M.V Bunga Pelangi. Kisah misteri di atas kapal mungkin jarang didengar, malahan tak pernah pun difilemkan....melainkan industri perfileman Hollywood.

Hari Ahad di atas kapal, biasanya akan dipenuhi dengan beberapa aktiviti di waktu pagi. Jam sepuluh pagi anak kapal diwajibkan menonton tayangan safety video, dalam waktu yang sama Kapten (Master) akan menjalankan ship & cabin inspection. Safety video hanya akan tamat sebelum jam dua belas tengah hari selepas itu kami akan terus lunch. Lunch pada hari Ahad biasanya agak istimewa dengan hidangan western food.

Petang Ahad selepas solat Zohor seperti biasa saya akan merayau-rayau dan melawat bilik-bilik rakan lain. Ataupun saya akan usung portable HDD dan copy lagu mp3 ataupun movie2 yang belum saya ada. Pada hari itu saya ke bilik 3rd Officer Faizal (kini 2nd Officer di M.V Bunga Delima) dan menyedut sebahagian koleksi lagu-lagu MP3 beliau. Setelah habis menyedut saya kembali ke bilik dan mula mendengar semula lagu-lagu MP3 tersebut. Aplikasi Winamp player dibuka, pilih folder lagu dan speaker Altec Lansing dikuatkan volumenya. Pelbagai lagu silih berganti sehinggalah tiba kepada lagu "Ulek Mayang" mula kedengaran. Saya pun melayan lagu ulek mayang....rasa terbuai-buai fikiran saya sehinggakan tiga! kali saya mendengarnya.

Tok...tokk dinding cabin saya diketuk oleh 5th Engineer Hanafi sambil menjerit " woii Third...jangan main lagu tu!!" sambil merujuk kepada lagu "Ulek Mayang". Saya masih tak endah akan amaran Hanafi tu, kerana saya hampir2 terpesona dengan lirik dan irama lagu rakyat Terengganu tu...

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat.......

Ku tahu asal usul mu

Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala...
Setelah berkali kali mendengar lagu Ulek Mayang ni, saya berasa amat mengantuk lalu terus tertidur. Dalam tidur tiada perkara aneh yang menganggu tidur saya. Saya hanya tersedar apabila jam hampir enam petang....itupun setelah saya merasa badan saya sakit-sakit seluruhnya dan terasa sukar untuk bernafas. Walau bagaimana pun saya tetap gagahkan untuk bangun dan membuat keputusan untuk makan malam dulu. Nasi beriani yang dikunyah, hilang rasa enaknya. Kepala saya pening, badan pula sakit-sakit, saya rasa terawang-awang...sampai rakan lain tegur pun saya tak ambil peduli. Masa makan, saya masih lagi sukar untuk bernafas, terpaksa menarik nafas panjang-panjang....penat betul... Otak turut terfikir kenapa dengan saya ni? Tak pernah saya mengalami keadaan aneh ni...Ahh pening..

Saya ambil keputusan untuk kembali ke cabin dan bersolat Asar ketika waktunya masih bersisa. Selepas itu saya terasa hendak tidur semula dan sebelum tidur saya pasang mp3 bacaan Al- Quran. Sedar-sedar setelah sejam tidur saya terjaga. Terjaganya saya dari tidur terasa seperti sangat segar (macam tidur berbelas jam gayanya). Sakit-sakit badan dah hilang, kepala tak pening dan bernafas dengan lancar. Alhamdulillah.....getus saya.

Peristiwa aneh ini saya tidak ceritakan pada sesiapa sehingga suatu hari (di atas kapal juga) kami berborak mengenai kisah misteri yang berlaku atas kapal-kapal. Akhirnya terkeluar juga dari mulut saya mengenai peristiwa Ulek Mayang tu. Terus je 5th Engineer Hanafi kata " Haah kan saya dah warn 3rd jangan dengar lagu tu kat laut". "tengok jerlah lagu dia punya lirik....yang laut balik ke laut....yang darat balik ke darat... Tu puja semangat laut tau!" jelas Hanafi. Barulah aku terfikir akan logiknya...lagipun saya pun tak ambil kisah pasal benda2 halus macam tu. Lagipun pegangan saya " saya tak kacau "dia" dan "dia" tak patut kacau saya". Itulah saja cerekarama minggu ini. Saya tak kerja pagi ni, tetapi kena masuk malam untuk kerja dengan HVAC sistem hari ini di PV3 (KD Perak).

P/s: jangan biarkan hidup anda diselibungi misteri.....

2 comments:

Abqori Bro said...

Ish. Ish. Ish.

Berhantu jugalah lagu ni rupa-rupanya ya. Yang peliknya lagu yang ada unsur begini masih lagi sinonim dengan masyarakat kita. Bila Abqori baca liriknya baru perasan yang dia ada persembahkan pulut berwarna untuk ..... Entah siapalah agaknya.

Sumpah kalau Abqori ada anak, Abqori akan sound dia awal-awal daripada mendengar lagu ini. Alasannya mudah ; lagu ini mugkin ada pengaruh Hindu sebab ada unsur-unsur pemujaan.

dukerobin said...

Salam Izudin...

Berhantu ke tak lagu ni, saya tak pasti. Kalau dilihat elok-elok liriknya memang ada unsur-unsur pemujaan. Masyarakat kita nie dah sebati dengan amalan2 macam ni. Itu tak masuk lagi dengan perkara2 bidaah yang nampak jelas menyimpang dari syariat. Wallahualam