Seawal empat pagi saya bangun semenjak tiga-empat hari ini. Ini semua gara-gara si dia. Si dia begitu bermakna untuk saya. Saya sudah menyesal kerana kegagalan saya mendapatkan si dia setahun lepas. Mungkin bagi anda si dia tidak begitu penting, tetapi bagi saya sebaliknya. Dia begitu penting bagi saya untuk perjalanan hidup seterusnya. Tanpa dia saya boleh lagi bernafas tapi tidaklah semegah sekiranya saya berjaya mendapatkan si dia. InsyAllah saya akan mendapatkan si dia kali ini. Saya bermohon pada Allah supaya hajat saya kali ini akan tercapai. Saya juga ada berniat untuk bernazar, sekiranya saya berjaya memdapatkan si dia. Hampir-hampir saya demam, bertarung masa dan tenaga untuk dia. Dalam doa selepas solat pun, saya tetap memohon pada Allah agar memudahkan urusan dan perjalanan saya untuk mendapatkan si dia. Hehe....jangan marah ya!!! Si Dia yang dimaksudkan di sini adalah ujian lisan 2nd Class saya. Beberapa hari lagi saya akan ke Kuala Terengganu untuk menduduki ujian tersebut di Jabatan Laut Kuala Terengganu. Perjalanan seorang marine engineer tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan kerjaya ke tahap tertinggi iaitu 2nd Class Marine Engineer dan seterusnya 1st Class Marine Engineer. Dan sekarang saya berada beberapa langkah untuk ke tahap itu. Bukanlah bagi saya tiada 1st/2nd Class tidak boleh hidup....tapi tak lengkap lah. Ia merupakan tiket besar yang boleh digunakan sebelum saya berhenti dari bekerja di laut biru nanti. Bak kata orang moden ada full package lah. Ada ilmu, ada pengalaman dan ada tiket.....bukankah itu suatu kelebihan? Tetapi adanya semua itu tidaklah menjamin hidup sekiranya malas berusaha bukan?
Perjalanan seorang marine engineer bermula dari tamatnya pengajian dan lulus ujian lisan Kelas 4 (4th Class Marine Engineer). Sebagaimana Pegawai Deck dan Enjin, kami perlu lulus kedua-dua ujian, sama ada bertulis mahupun lisan. Tanpanya kami tidak akan layak mendapat sebarang tiket kelas tersebut. Dengan Jurutera Kelas 4 (4th Class) anda boleh bermula dengan Junior Engineer (5th Eng), 4th Engineer dan seterusnya 3rd Engineer. Untuk menjadi Jurutera Kedua (2nd Engineer) dan Ketua Jurutera (Chief Engineer) anda perlu mendapatkan 2nd Class dan 1st Class tiket. Sebelum mendapatkan 2nd dan 1st Class anda perlu menyambung kembali pelajaran di akademi, kemudian mengambil ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga keperluan lain yang perlu anda ada iaitu sea time. Seperti juru terbang pesawat yang memiliki flying hours, kami yang berkerja di kapal dagang mempunyai sea time. Sea time boleh dirujuk sebagai jumlah masa servis bekerja di atas kapal, dan biasanya ia dikira mengikut bulan. Sekiranya anda berkhidmat selama enam bulan, maka enam bulanlah seatime anda. Ok lah rasanya disini saja saya boleh berceloteh, masa untuk "masuk kelas" dah bermula. Ada dua hari lagi untuk saya bersedia, hari Sabtu minggu ini saya akan bergerak ke Kuala Terengganu. Jumpa anda untuk laporan kemeriahan proses membuang undi kelak. Adios...........
2 comments:
hahaha.. Si Dia tu bleh wat tiket kawen jugak kan.. hehehe.. tiket besar tu klu dapat Si Dia tu kenduri 8malam 7hari la.. hehehe..
owh.. byk tul naik2 nie.. Duke ko kat mane dalam gamba tu?
huhuhu.. pe2 pun apple wish good luck and selamat berjaya.. xpe la.. aku ucap tahniah awal2 dulu k.. sebab apple tahu Duke mesti bleh wat nyer..
p/s: nnt dah Dpt Si Dia.. jgan lupe jemput apple makan kenduri erk.. lapa2..
Hehe thank Apple, apa 8 hari 7 malam? Nie nak kalahkan mawi World?
Anyway saya masih lagi 3rd Engineer...huhu
Post a Comment