LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

20 January 2009

Senario PiIlihanraya kecil Kuala Terengganu

Sabtu (17 Jan 2009) lepas saya dan keluarga ke Terengganu bukan untuk mengundi tetapi kerana keesokan harinya ada peperiksaan yang perlu saya duduki di Jabatan Laut Wilayah Timur, Kuala Terengganu. Bertolak dari Pekan pada jam sebelas pagi dan kami sekeluarga memilih untuk mengikut jalan pantai atas alasan senang untuk sembahyang dan cari makan. Menyelusuri bandar Kuantan, terus ke Cherating, Kemaman dan singgah sebentar di Mesra Mall yang terletak di antara Kemaman dan Kertih dan lebih tepat lagi di Kemasik. Tapi sayang masih banyak lagi premis-premis perniagaan yang belum dibuka seperti Pasaraya Giant. Pelik juga bagi saya di kawasan yang seperti tiada orang tinggal ini, ada sebuah pasaraya besar dibina disitu. Mungkin masih baru dan tidak ramai lagi pengunjung yang datang.

Tiba di Kuala Terengganu pada jam empat petang, dari Marang lagi kelihatan sepanduk parti-parti bertanding berkibar disana-sini. Perang poster lah katakan, sambil kereta bergerak, saya pun sempat juga tangkap gambar mengunakan phone kamera Samsung Innov8 beresolusi 8megapiksel.....hehe. Abah saya biarkan memandu, manakala kami bertiga sibuk melihat bendera dan poster dibahu jalan. Ada bulan, ada dacing, ada gak keris.... macam2 warna, nasib baik takde roket dan mata kucing.

Mana boleh kan..... lagipun mereka tidak bertanding. Bendera semakin banyak apabila mula memasuki Kuala Terengganu, bermula dari Chendering hinggalah di tengah-tengah bandar. Petang itu memang jalan sesak, banyak jalan ditutup dan laluan terpaksa dilencungkan ke arah lain. Ketika jam lima petang, pihak bertugas sedang sibuk di hadapan Stadium Negeri yang digunakan sebagai tempat pengumpulan kertas undi. Pihak media massa pun seperti rtm pun sibuk pasang wayar berselirat bagai...

Ketika menuju di hotel, saya sempat mengambil gambar ini, iaitu kelibat golongan "makcik" yang bersatu hati menyokong dan melobi parti masing2 di hadapan S.K Paya Bunga di Jalan Tok Lam, berhampiran stesyen bas baru Kuala Terengganu. Tak hairan lah saya bagaimana parti yang diwakili oleh golongan ibu ini telah berjaya meraih undi sebahagian pengundi di Kuala Terengganu. Takde pun kelibat dari golongan Wanita dan Puteri berbuat demikian. Atau mungkin saya terlepas pandang, ya lah tak semua yang kita lihat itu betul kan? Tapi yang pasti saya memang kagum habis dengan semangat 'makcik' itu.

Hotel YT Midtown menjadi tempat tidur kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Hotel yang terletak di tengah bandar KT ini agak strategik kedudukannya, dan tak jauh dari beberapa tempat seperti Taman Syahbandar, Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) dan Pasar Payang yang terkenal dengan penjualan hasil batik, songket dan keropok lekornya. Kami sekeluarga menginap di sini kerana kebanyakan hotel yang "agak selesa" telah habis ditempah. Tapi sempat juga terjumpa kelibat pembaca berita NTV7 disini.

Sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan jalan-jalan disekitar hotel telah dipenuhi dengan ratusan buah kereta dan motor yang berarak meraikan kemenangan sebuah parti bertanding. Suasana bertukar menjadi riuh dan bising dengan hon2 kereta dan motorsikal yang berkali2 mengelilingi jalan di hadapan hotel ini. Saya yang sedang menelah pun amat terganggu dengan bunyi hiruk piruk kenderaan di bawah. Sedangkan pihak Polis pun tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang kebanjiran kenderaan yang berpusing pusing di sekitar jalan di situ sambil mengibarkan bendera parti yang menang bertanding. Tension-tension saya ke tingkap bilik dan merakam beberapa keping gambar buat diselit dalam blog ini. Perarakan di jalan hanya tamat seawal jam 1 pagi, itupun setelah banyak kereta polis melakukan rondaan di jalan-jalan berhampiran. Di atas kelihatan sebuah helikopter polis yang menyuluh-nyuluh kepada kumpulan perarak ini tadi. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidur dan bangun awal kerana ingin membuat persediaan terakhir untuk ujian lisan di Jabatan laut esok pagi.

2 comments:

Mohd Hazaruddin said...

Salam,

Ive been to KT pagi tuh ... really mmg ramai makcik-makcik yang bersemangat! Cayalah!

Well, congrats to them!

Hows ur oral?

-im new here-

salam

dukerobin said...

Ohh yaa ker Uddin? Dari pagi lagi yaa...nasib baik datang lambat skit. Mmg dah expect jalan akan jammed.

Oral saya, Alhamdulillah dah pass...boleh bernafas lega sikit.

Apa kamu buat di Alam? Combine?