/embed>/>/>>/>/>>/>>/>>/>/>>/>>/>>/>>/>>/>>/>>/>
Jumaat lepas saya ke Putrajaya menghadiri majlis pernikahan Rohaizad dan isterinya Shafara bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sebenarnya majlis ini adalah majlis di belah pegantin lelaki, manakala majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan lima hari sebelumnya di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Untuk memudahkan perjalanan ke Putrajaya saya membawa bersama adik saya yang sememangnya belajar di Cyberjaya yang lebih maklum akan selok belok di situ. Saya bertolak ke Putrajaya selepas solat Jumaat dan tiba di sana petang sebelum singgah ke rumah En. Rizal sebagai perhentian untuk mandi dan menukar pakaian.
Majlis bermula pada waktu malam, saya dan adik ditempatkan di meja bulat bersama-sama rakan-rakan satu batch di ALAM, Melaka dulu. Turut hadir bersama ialah Haris Hamdan, Iyadzree dan isteri, Johan dan isteri dan beberapa senior kami di ALAM dulu.
Rohaizad segak mengenakan blues hitam kapal beserta peak cap manakala isterinya mengenakan persalinan moden warna putih. Selepas sesi bergambar bersama pasangan pegantin kami pun meninggalkan dewan dengan doa agar pasangan Rohaizad dan Shafara kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Gambar di majlis akad nikah. Ihsan: fatiniz.com
2 comments:
Semoga Pengantin baru hidup aman dan bahagia hingga ke syurga :)
Salam kenal..
tahniah...
semoga kekal ke anakCucu...
cheers!!
Post a Comment