Salam dan Apa khabar semua? Harap kalian semua sihat sejahtera dan saya pun sentiasa berharap yang saya hidup didalam kesejahteraan dan perlindungan Allah swt. Perkara datang dan pergi. Begitu juga dengan masa, ia pergi dengan pantas tanpa kita sedari atau pun tidak. Dalam tempoh sebualan atau kurang kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Saya pun dah bermula melakukan puasa sunat sekarang, paling kurang tidaklah terkejut badan saya untuk berpuasa penuh di Ramadhan akan datang.
Selepas pulang dari Batam (bersama Fajar Samudera) saya memohon untuk bekerja di Bass Sdn. Bhd atas posisi Plan Maintenance Engineer. Alhamdulillah ianya berjaya dan sekarang sudah dua minggu saya berada dan bekerja di KL. Dalam masa "malap" sekarang saya sedar, saya tak boleh memilih kerja. Kerana ada tuntutan lain yang perlu diselesaikan setiap bulan seperti ansuran kereta dan rumah.
Dalam masa yang sama saya turut berkira-kira untuk menyambung pelajaran lagi untuk MBA in Shipping Management di Unisel secara part time. Tetapi sebelum meneruskan hasrat itu saya kenalah berbincang dulu dengan keluarga, tak bolehlah hentam sebarang je kan.....hehe. Bagaimana dengan pendapat anda? HARUS ke saya sambung belajar? Hehe...
Oklah saya rasa sampai sini saja updated untuk hari ini. Saya nak bersiap-siap ke tempat kerja sekarang. jumpa lagi di lain masa dan ketika....
9 comments:
salam is.
bagus jugak niat is utk sambung belajar. tambah ilmu pengetahuan. tambah lagi kelayakan. secara tak langsung tambah saham, utk dunia dan juga akhirat... ngehngeh... teruskan niat suci anda!!!!
abg is..
dah keja darat dah ke skrg??
dah tak naik kapal eyh??
bile mau ajak we all mkn nasik minyak?
:)
Wsalam Qayz...thanks 4 ur comment. Awat teruk sangat gelak sampai bunyi ngehngeh tu? Hehe
Salam Yat.
Skrg kita kerja lompat2 sana-sini. Ingat malas dah naik kapal, but ianya bergantung kepada keadaaan.
Tulah pasal rasanya blog title nie kena alter skit jadi " Catatan X pelaut". How the sound?
Selamat menjadi ibu x lama lagi. hehe
hai..Is
bagus juga klu ada niat nak sambung blajar..Ida support Is..Semoga tercapai cita2..
Thank Ida for your moral support. :)
...FUYOO DAH ADA IKLAN ISLAND RED CAFE TUH..BAGUS..BAGUS..SATU LAGI LANGKAH KEMAJUAN SELAIN DR KEMAHUAN MERERUSKAN PELAJARAN...TAK LAMA LAGI BLOG CATATAN SEORANG PELAUT AKAN MENJADI CATATAN SEORANG BEKAS PELAUT..DAN SETERUSNYA AKAN MENJADI CATATAN SEORANG JUTAWAN & BEKAS PELAUT..WAAKAKAKAKA..
p/s: teruskan usaha murni anda utk berjaya dlm pelajaran dan perniagaan IRC anda.. :)
wah ...bguslah dh dpt keja darat...
keja kapal bukan life best sgt pun...
Hidup utk dinikmati bukan utk mencari kesenangan...
all the best utk sambung bljr.. pelaut ke x pelaut ke, life has to goes on....
Post a Comment