LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

09 February 2009

Penternakan Lintah amat menguntungkan?

Saya masih berfikir-fikir sekarang....patut ke saya mencuba dalam bidang ternak menternak ni? Dah pula apa yang nak saya cuba ternak amat berlainan dengan orang lain. Bukannya menternak ayam yang berkaki dua atau kambing yang berkaki empat. Tapi menternak lintah yang tidak berkaki dan suka menghisap darah. Bukanlah saya dihasut oleh Yusran tapi setelah mengikut beliau ke ladang penternakan lintah di Bukit Putus, berhampiran Seremban, Sabtu lepas....ia membuka mata saya.

Mahekhamay Agrotech Farms (MKAF), adalah satu syarikat  Agrotech yang menawarkan peluang menternak lintah kepada orang ramai. Tiada syarat yang ketat diperlukan selain dari modal sebanyak RM 5230 untuk satu tangki poli yang turut dibekalkan bersama dengan dua ribu benih lintah di dalamnya. Percaya atau tidak selepas enam bulan menternak lintah anda akan mendapat hasil sehingga RM 15,000 untuk satu tangki poli yang anda miliki!

Penjagaan makhluk "halus" ini tidak begitu rumit. Ia hanya diberi makan sekali setiap bulan dengan ikan keli atau belut segar. Perbelanjaan membeli makanan hanya sekitar RM 180 untuk tempoh enam bulan! Anda tak perlu menukar air di dalam tangki poli. Apabila sudah cukup tempoh matang, MKAF sendiri akan datang mengambil lintah tersebut di mana anda berada!. Mudah bukan? Hehe.... dipercayai sehingga 18 bulan pendapatan anda akan meningkat pada ratusan ribu ringgit! 

Bagaimana? Menarik bukan? Saya sendiri sedang berkira-kira untuk turut serta dalam projek ini. At least tiada komitmen yang besar diperlukan. Setelah saya penat belayar di atas kapal selama 4-6 bulan, saya boleh menuai hasil. Sesiapa yang ingin mencuba datanglah sendiri di MKAF yang terletak di antara jalan Kuala Pilah-Seremban. Sekiranya anda datang dari Kuala Pilah, ladang ini terletak selepas Bukit Putus berhadapan stesyen minyak BHP 'stesyen oren anda'.

p/s...tepuk dada tanya selera

6 comments:

Anonymous said...

untuk org seremban jer ker

:: kay dora :: said...

duke.. i penah gak dgr pasal ternak lintah ni. pastu i juga dgr ttg ternak cacing lebih menguntungkan dari ternak lintah. cuba u find out sket leh tak?? i minat gak tapi masalahnya masa. kalau u yg ternak maybe i boleh join 1 lot. ngeee

dukerobin said...

Salam pada Saudara Kita...ia tak tertakluk pada orang seremban saja. Apa yang dipahamkan MKAF ada menghantar lintah sejauh Alor Setar, Kedah. Kawan saya si Yusran juga berhasrat untuk menternak di Kuantan, Pahang.

dukerobin said...

Kay Dora....Salam yaa sorry lambat replied saya ke rompin hari ni. Mengenai ternakan cacing tu ia memang perlukan komitmen iaitu "masa". Menariknya untuk lintah kita hanya kasi makan sekali dalam sebulan! Takpa nanti is jengok2 cari maklumat. MKAF juga ada buat ternakan lain seperti ikan keli, kambing dan serangga lain. But buat masa ni mereka lebih tumpukan pada lintah

Imran Yusuf said...

Tuan Dukerobin,

Rupa-rupanya lintah yang menghisap darah ini boleh mendatangkan hasil.

Saya pun tertarik untuk memulakan bisnes lintah ini.

dukerobin said...

Salam Encik Imran, saya dapat banyak feed back pasal perternakan lintah nie. Kebanyakkan nya tidak begitu sedap untuk didengar. Bagi saya kita kena bersabar dalam setiap apa yg kita usahakan. Tak boleh jugak harap rezeki datang segera....itu dah salah dari hukum syarakkan. Hehe