LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

25 October 2009

Masa untuk berubah...


Dare to change? Atau berani untuk berubah? Berubah untuk apa? Untuk kehidupan yang lebih baik. Tapi bagaimana? Sememangnya langkah permulaan untuk berubah itu amat payah. Terutama sekiranya kita sudah terbiasa dengan gaya amalan hidup yang lama. Perubahan memerlukan bukan sedikit pengorbanan. Untuk berubah secara tak langsung kita kena bekorban, dari segi mental, fizikal mahupun wang ringgit. Perubahan itu boleh dianggap begini. Katakan anda sedang memandu dari selatan ke utara, selalunya anda mengunakan lebuhraya Utara-Selatan yang lebih selesa dan selamat. Anda telah terbiasa dengan keadaan itu setelah beberapa tahun memandu mengunakan jalan yang sama. Ya anda selesa dengan pilihan anda. Tiba-tiba lebuhraya yang anda lalui ditutup di hadapan kerana ada kecelakaan jalan raya. Di sini anda diberi dua pilihan, pertama keluar dari lebuhraya dan guna jalan alternatif  dan kedua anda rela menunggu lebih lama sehingga lebuhraya dibuka semula.

Pilihan Pertama:



Anda mamandu keluar dari lebuhraya, mengunakan jalan alternatif untuk sampai ke destinasi. Di tengah perjalanan anda akan tempuhi jalan yang tak begitu baik, kadankala berlubang sana-sini, ataupun mempunyai banyak selekoh berbahaya. Anda teruskan lagi perjalanan, melalui kawasan kampung, sawah padi dan ada beberapa gerai kecil ditepi jalan dan pemandangan ini menghiburkan anda. Menggunakan jalan alternatif boleh diibarat membuat perubahan dalam hidup. Anda tidak biasa dengan keadaan itu, mencemaskan, tapi anda dapat melihat banyak perkara baru, yang tak mungkin anda temui sekiranya mengunakan lebuhraya. Ada kemungkinan jalan alternatif itu lebih jauh atau lebih dekat berbanding lebuhraya yang anda terbiasa menggunakannya.

Pilihan Kedua:



Menunggu sehingga empat jam didalam kenderaan sehingga sisa-sisa nahas dialih ke tepi. Anda meneruskan perjalanan ke utara, pemandangannya biasa saja, jalan yang lurus kelihatan dihadapan sambil kadangkala kenderaan anda dipintas laju oleh kenderaan lain. Terdapat hentian R&R yang biasa anda singgah, dan situasinya amat biasa. Tiada yang menarik sehingga anda sampai ke destinasi di Utara.

Pernah mengalami situasi begini? Manusia sering berhadapan dengan pilihan. Memilih untuk berubah itu bukanlah suatu yang senang. Ramai yang sesat diantara jalan yang mereka pilih. Tetapi pada siapa yang bersabar dan rajin bertanya pasti akan berjaya. Amalan terbaik sekiranya mahu berubah ialah bersabar dan rajin bertanya. Anda kena bersabar dengan apa saja rintangan di hadapan, dan selalu bertanya kepada yang arif mengenai sesuatu yang baru. Secara tak langsung dengan perubahan itu anda dapat mempelajari sesuatu yang baru dan percayalah ia akan menjadikan anda insan yang lebih berjaya.

Rasulullah SAW juga melakukan suatu perubahan yang besar. Sekiranya Baginda  tidak berhijrah pasti kita tidak akan mengenali ketamadunan Islam yang pertama yang terletak di Yathrib atau Madinah masa sekarang. Tanpa Hijrah (perubahan) belum tentu kita dapat mengecapi kemanisan agama Islam itu sendiri. Lakukan kan perubahan sekiranya anda merasakan ianya adalah baik untuk anda, keluarga, negara dan agama yang dicintai. Semoga anda dan saya berjaya dalam perubahan ini, InsyAllah. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

That aside, I think that a multiple-contributor blog would give you support and provide some other perspectives. You could combine this with your ideas on coaching/ghostwriting and work with 'intern' contributors to hone their skills, see their work supplying your site, and give them the tools they need to take your philosophies and understanding out on their own tangents. It might give you a regular supply of fresh, new writers and keep things going while allowing you to step back a little. (If you did go with the intern idea, drop me a line, will you? *g*)