LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

14 August 2009

Darurat kecil masa sekarang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pada kalian semua. Lama sudah saya tak mengisi blog ini dengan cerita-cerita baru, bukan apa sebelum nie saya sedikit tertekan bukan kerana kerja di Bassnet tetapi tertekan untuk memilih hala tuju kerjaya saya pada masa depan. Semua orang mahu yang terbaik dalam pekerjaan. Tapi yang terbaik itu sangat subjektif, ada yang kata gaji yang tinggi mampu memberi kepuasan pada pekerjaan mereka. Ada pula kata situasi tempat kerja membuat mereka memilih untuk meneruskan pekerjaan mereka di situ, mereka selesa dengan suasana tempat kerja, rakan sepejabat dan kebaikan hati pihak atasan (dalam kata mudah...Boss baiklah). Ada pula kata mereka tak pandang gaji yang ditawarkan, kerana pada mereka setiap ringgit yang dibayar "lebih" akan menyebabkan masa terluang mereka akan berkurangan. Tak paham? Senang saja.... katakan anda dibayar sekitar 4k sebulan dengan jawatan pegawai (executive), kemudian setelah beberapa lama bekerja, syarikat telah menaikkan pangkat anda kepada Asst. manager dan for sure kamu akan dibayar lebih dari position lama. Sudah pasti juga pada peringkat Asst. Manager kamu sudah mula sibuk dan masa terluang makin berkurangan.Kesimpulannya apa yang terbaik dalam dunia pekerjaan itu subjektif dan terpulang kepada cara setiap individu berfikir.

Setelah hampir sebulan di KL ni, macam-macam perkara terjadi. Sekarang pula musim selsema babi, makin bertambah-tambah risau kita semua di buatnya. Maka apa yang terjadi di office nie adalah menforward kan pelbagai petua bagaimana untuk mengelakkan diri dari jangkitan selsema babi (H1N1) tersebut. Ada yang cadangkan pengambilan vitamin C, sebagai menambah daya tahan badan dari jangkitan. tak kurang pula ada yang mencadangkan minum air kelapa, air epal hijau, air suam yang dimasak dengan jintan hitam dan sebagainya. Nyata semua itu adalah saranan bagaimana untuk mengelak dari epidermik yang hampir-hampir mencetus darurat kecil bukan saja di Malaysia malahan satu dunia. Saya pun risau juga, apatah lagi sekarang saya menjadi penguna LRT Putra untuk ke tempat kerja. Time pagi nak ke tempat kerja tidak lah terlalu ramai manusia (almaklum lah ofis hour saya jam 10 pagi). Tapi waktu petang, siap sediakan diri anda untuk jadi ikan sardin dalam LRT. Sampai rumah jer terus mandi......bersihkan diri.

Saya ada seminggu lagi di Bassnet, selepas ini saya akan berhijrah pula ke tempat baru. Ke tempat baru bukan gaji yang saya kejar-kejarkan tapi peluang dan juga belajar dalam selok-belok pengurusan syarikat perkapalan. Wish me luck, Okey. Kita jumpa lagi (kalau saya ada idea apa yg nak ditaipkan) Noktah

2 comments:

Imran Yusuf said...

Saudara sudah tidak bekerja dengan MISC lagi?

Apapun, tahniah kerana membuat perubahan dan sentiasa memikirkan masa depan.

Ada rakan yang telah berjaya dalam bisnes, dia sering pesan kepada orang muda-muda, katanya: "Kita perlu belajar dari ramai mentor, dan kemudian kita perlu ada protege supaya ilmu kita diturunkan kepada orang baru.

"Kesinambungan ilmu penting kerana cara itu ilmu kita akan sentiasa bertambah dan kita akan mendapat pahala kerana mentee/protege kita akan mengamalkan ilmu yang kita turunkan pada dia."

Antara bisnes yang dia ceburi sebelum bergiat dalam bisnes sekarang ialah bidang training. Dalam bisnes training dia mengumpul wang yang banyak untuk membayar segala hutang dan juga sebagai modal bisnes yang lebih besar.

dukerobin said...

Nampaknya begitulah En. Imran, walaupun saya masih sayang akan profession lama dengan MISC, tapi sampai bila? Umur semakin bertambah. Saya rasa perlu buat rombakan dalam hidup untuk masa depan. Tapi saya tidak lari jauh dari bidang maritime nie, cuma perspektif saja yang ditukar iaitu dalam ship operation.

Satu lagi saya ingin memperkembangkan kemahiran. Selama 10 tahun ini saya hanya tertumpu pada bidang teknikal. Kini saya mahu menjurus ke bidang management pula. Apapun terima kasih atas nasihat yg diberikan.