LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

25 August 2009

Demam ooo Demam

Salam satu Malaysia semua. Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa pada semua pembaca blog ini. Kali ini Ramadhan saya sambut dengan keluarga di Pekan, Pahang. Kesempatan cuti hujung minggu membenarkan saya pulang pada hari jumaat petang bersama adik saya untuk berpuasa pada keesokan harinya. Tiba di Pekan pada jam 11malam, nampaknya sure saya dah missed menunaikan terawih malam pertama. Setibanya di rumah, Mama seang sibuk memasak lauk untuk bersahur, iaitu masakan ayam masak tomato....uishh meleleh air liur. Jam dua pagi adik mengadu demam dan susah nak bernafas katanya. Atas desakan mama terpaksa lah saya membawa adik ke Hospital Pekan untuk melakukan pemeriksaan. Sampai di hospital, Medical Asst telah memeriksa adik dan mengambil keterangan lanjut. Syukur itu cuma demam dan batuk biasa saja.

Paginya saya mula menghidap selsema dan sakit tekak. Ni semua gara-gara adik lah nie, cepat betul penyakit nie merebak. Maybe sebab genetik dan sistem imune sama kot?? Akhirnya Ramadhan pertama, saya sambut dengan demam-demam. Last-last hanya Mama seorang yang bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka kami sekeluarga. Kebiasaanya kami jarang membeli kuih muih di Bazar Ramadhan kerana Mama lebih suka buat sendiri, selepas itu kami bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran berhampiran. So malam tu kami berbuka dengan sup daging fresh yang sedap bersama dengan goreng chempedak....uh uh uh.
Malam tu saya dan abah ke Surau Taman Mentiga Jaya untuk berterawih. Di surau nie mereka hanya buat 8 rakaat saja plus 3 solat sunat witir. Kalau di Masjid Taqwa terawih biasanya dilakukan penuh 20 rakaat plus 1 witir. Bila dah terawih okeylah sikit rasanya, bila badan yang kena demam mula start berpeluh.

Ramadhan ke- 2 diteruskan, walaupun saya masih demam. Pagi tu saya mendapat berita dari sahabat lama saya Nurul Khairani, yang menyatakan adiknya Nurul Ashikin telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran kawasan Maran. Al Fatihah, semoga roh Nurul Asshikin dirahmati Allah, dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah. Amin. Salam takziah untuk keluarga Nurul dan suami Nurul Ashikin.

Saya terpaksa juga pulang semula ke Kuala Lumpur kerana Isnin saya akan memulakan kerja di tempat baru. Setelah berbuka puasa dengan adik di MMU, Cyberjaya barulah saya balik ke rumah di Setiawangsa. Pada malamnya saya kena demam dengan teruk, apa yg saya lakukan saya hanya banyakkan minum air. Sepanjang malam tu saya tak dapat tidur. Keesokan harinya saya menghubungi tempat baru dan menyatakan tidak dapat hadir. Mereka mengesyorkan saya pergi ke klinil panel syarikat dan buat pemeriksaan segera. Menjelang tengahari baru demam saya kebah sikit. Saya pun terus ke klinik dan doktor bagi cuti dua hari.

Hehe panjang betul cerita nie kan? Apa tak nya report 3-4 hari combine dalam satu posting. Sekarang demam dah okey, hanya batuk dan sakit tekak saja yang tinggal. Esok InsyAllah saya akan memulakan tugas di tempat baru. Ok lah saya tamatkan cerita nie di sini. Akhir kata selamat berpuasa dan jangan lupa banyakkan amalan di bulan mulia ini.  

2 comments:

myQza said...

salam ramadhan!

dukerobin said...

Salam Ramadhan juga untuk kamu dan semua pembaca. Kita mungkin bertuah dengan menemui ramadhan kali ini, untuk masa depan kita belum pasti dapat menemuinya atau tidak.... wallAllahualam