LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 April 2009

Disebalik kemeriahan "Pesta" minggu lalu....

Keamanan bandar kecil Lumut kembali semula. Aktiviti masyarakat dan juga aku berjalan semula dengan lancar. Sudah boleh keluar lewat sikit ke tempat kerja. Kalau tak jam 6.30 aku dah bertolak untuk masuk ke tempat kerja. Ini semua gara-gara hanya satu laluan saja yang dibuka untuk ke tempat kerja. Bayangkan apabila anggota TLDM, Boustead dan beberapa lagi jabatan kecil di dalam base nie menyerang pintu gate yang satu-satunya.....Ahhh tension betul aku. Dah lah kena bertukar-tukat pas dan tinggalkan I/C di main gate, traffik jammed lagi. Boleh jadi gila dan sasau dibuatnya. Mulut tak berhenti2 mengomel kalah mak nenek.... Nie semua Nik punya pasal....kalau tak aku tak lah seteruk ni!!! (hehe sori Nik!!) Ampun x10.

Hari Sabtu lepas, kena ikut sea trial untuk PV3, balik lewat malam....dari jauh dah nampak kemeriahan " Jom Heboh" di dalam naval base. Kesemua kapal-kapal bermandikan cahaya lampu neon. Lampu kelip2 menghiasi keseluruhan base. Aku dan mereka ahli pelayaran hanya melihat dari jauh. malang bagi kami terperangkap dalam base yang jalannya dilencong kesana kemari atas tujuan untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Sejam berada dan bersesak-sesak dengan kenderaan akhirnya kami dapat juga keluar dari Pintu Utama Harimau 1.

Sebenarnya malam tu aku tumpang kereta Nik... tension gak dia memandu dalam kesesakan jalan raya yang sememangnya dirancang. Beberapa lawak bodoh terpaksa ku keluarkan untuk meredakan sikit ketegangan dan stress semasa memandu. Kenapa lah dalam fikiran ku Navy buat Jom Heboh sekali dengan Navy Day....bagus memang bagus....at least para2 pembayar cukai diluar sana dapat lihat apa yang kerajaan buat dengan duit yang dibayar oleh mereka. Tapi hakikatnya ia memang teruk apabila dibuat di dalam suatu kawasan yang terkepung seperti di dalam base. Kalau selama ini anda dilarang bawa kamera dan ambil gambar sesuka hati....ni lah masanya anda bergambar sakan dalam base! How about rahsia2 ketenteraan yang selama ini dikawal ketat? Wallhua'lam.... dalam fikiranku "mereka" sendiri pasti ada jawapannya dan pastinya mereka lebih arif berbanding diriku bukan?

Malang bagi rakan-rakan ku yang mengikuti pelayaran hari Ahad tersebut. Aku tak dapat bekerja hari Ahad tu kerana sakit kepala. Pada petangnya ada juga rakan yang mengajak aku untuk ke konsert tapi aku keberatan dan rimas dengan manusia yang berhimpit-himpit. Yang kesiannya dengan anak-anak kecil berjalan jauh dan ada juga yang telah tertidur sambil dibawa oleh ibu-bapa mereka. Keluarga moden fikirku.... anak kecil sudah digalak berpesta? Maafkan aku atas keceluparan ku!! Patut lah ramai betul adik-adik kita diluar sana suka berpesta ya!!. Harus diingatkan Aku bukan Anti Sosial yaaaa!!!

Rakan ku Rohaizad dan Nik terkandas selama dua jam di dalam base sebelum dapat keluar. Padahal bukannya jauh sangat pun dari Boustead nak ke main gate (Harimau 1). Dek kerana kebanjiran kereta2 untuk ke konsert memenuhi jalan-jalan di dalam base. Bertuah juga untuk mereka yang mengunakan motosikal, boleh dan senang mencelah-celah meredak kesesakan. Bukan tiada bas transit yang disediakan pihak penganjur, tapi sudah resam masyarakat kita suka memandu sendiri....(termasuk lah aku...hehe).

Akhir kata sambutan hari tentera laut sudah berakhir, dengan gilang-gemilang dan tersohor seluruh negara. Sekiranya ada lagi sambutan di masa lain, lalu lintas adalah perkara penting yang perlu dikaji. Mungkin ini bukan masalah untuk orang yang ada kedudukan kerana mereka sentiasa di 'escort' oleh polis pengiring. Masalahnya pada kami....rakyat2 yang kerdil ini....Wallhualam.


P/S : Selamat Ulangtahun ke-75 untuk warga TLDM. Teruskan usaha menjaga kedaulatan negara tercinta. Semoga dirahmati Allah selalu.

2 comments:

:: kay dora :: said...

ahah... saya boleh bayangkan anda sewaktu sedang membebel macam mak nenek tuh... ahaksss

dukerobin said...

Haaa ya lah tu!! membebel sambil makan sireh.....eh nenek sekarang mana ada makan sireh lagi. Nenek sekarang dah boleh pakai skirt....hehe.