LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 March 2009

Hidup yang complicated?

Sebelum ini ada beberapa pihak telah bising-bising kerana laman saya ni, dibiarkan bersawang dan berhabuk tanpa dikemaskini dengan posting-posting. Bukan lah niat saya untuk berdiam diri tetapi oleh kerana geram dalam dua cubaan untuk updated posting yang gagal terlaksana dek kerana masalah sambungan 3G Celcom (yang saya sayangi, di Lumut ini). Hampir-hampir saja mahu tukar saja papan tanda laman ini daripada Catatan Seorang Pelaut kepada Catatan Seorang Ex- Pelaut. Macam mana menarik tak? Tapi boleh ker saya survive dengan pekerjaan di darat ni? Hanya orang yang pernah berlayar saja yang boleh jawab soalan ini! Anda nak tahu apa cabaran yang terpaksa saya hadapi semasa bekerja di darat??

  • Kena bertolak awal dari rumah, masa tu matahari pun masih segan-segan nak keluar dan pulang ke rumah bila matahari dah jatuh!. Lambat datang, alamatnya terpaksa lah meredah jalan "jammed" di depan gate.
  • Nak pikir nak pakai baju apa esok? Nasib baik masa ni saya hanya menyarungkan coverall, tapi walaupun memakai coverall kena lah pakai yang bersih (tak boleh lah pakai yang kotor macam di kapal)….hehe.
  • Pas kerja….takde pas tak boleh masuk gate. Kena lah sentiasa beringat untuk letak pas siap-siap sebelum bertolak ke tempat kerja. (kat kapal mana ada pas atau punch card nie)…
  • Nak cari tempat parking kereta! Tulah salah satu sebab kena datang awal, senang nak cari parking yang redup….sejuk lah sikit kereta, kalau tak boleh terbakar punggung…..opppss!
  • Makan kena bayar sendiri lah kawan. Kat kapal semua free, ada orang masak dan hidangkan. Kat darat kenalah keluar duit sendiri untuk breakfast, lunch…bla..bla..(tapi yang best nya boleh makan cendol time cuaca panas).
  • Kupon parking kat luar kena bayar. Macam di Lumut ni, kenderaan kena charge 7 hari seminggu!! (termasuk cuti umum) seawal 8.00 pagi sampai 6.00 petang.

Walaubagaimana pun duduk dan bekerja di darat ini ada juga kelebihannya kepada kaum yang seangkatan dengan saya. Nak tahu apa kelebihannya?

  • Dapat bergaul dengan ramai orang. Pergaulan tak sesempit seperti di kapal yang hanya ada 30-40 anak kapal. Ramai kawan, ramai contact maka bertambah lah lubang pekerjaan.
  • Boleh marah orang sesuka hati di jalanraya sekiranya dia memandu macam style monyet… (ala macam lah saya nie memandu betul sangat. Apa-apa pun sahut seruan kerajaan "Bersopan-santun di jalan raya".
  • Boleh jalan-jalan, cuci-cuci cermin mata tengok permandangan dan orang….hehe.
  • Signal telefon sentiasa ada 24 hour, 7 day a week. Takde lah macam kat kapal time masuk selat Melaka jer semua jadi monyet bergayut sana-sini cari signal telefon…hehe.
  • Boleh dapat siaran TV 24 hour (sama mcm kes telefon tadi). Takdelah terlepas siri-siri puaka nyang rapek ….eh tu dah lama punya! (siri baru keliwon!!).
  • Boleh makan apa saja, asal ada pulus mania. Tak lah macam kat kapal nak makan kena lah request dengan Chief Cook/Chief Steward suruh buatkan…huhu.
  • Apa-apa pun "Home Sweet Home" ada siapa tak setuju dengan point ini? Angkat tangan!!!

Sekiranya anda ada lagi point yang rasa nak tokok tambah, rajin2kan diri anda mengisi ruangan komen. Adios

5 comments:

miss aida said...

nice..story

:: kay dora :: said...

haha.. selamat pulang ke kampung halaman. lihatlah di blog saya, apa yg saya dah tag utk anda! huhuuu...

dukerobin said...

Terima kasih miss Aida. Ada apa yang nak tambah? atau point2 mana yang salah atau kurang sesuai?...hehe

dukerobin said...

alamak Qayz....tag, menge 'tag' yang kawan malas nie....hehe

:: kay dora :: said...

haih takde2... jgn nak ngelat pulok... awak kena buat jugak.. ngeeee