

Saya tertarik dengan ulasan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang ditemubual oleh Astro Awani semalam. Di dalam temubual itu Tun Mahathir menanyakan seorang rakannya yang merupakan seorang rakyat Amerika "Bagaimana sekiranya anda ambil Texas dan jadikan ia sebagai negara Israel?" Dan menurut Tun, rakannya hanya terdiam tanpa berkata apa-apa! Lihatlah kebodohan Amerika, bagaimana mereka mahu Palestin mengiktiraf pembinaan negara Israel (di atas bumi Palestin) sedangkan mereka sendiri pasti tidak mahu mengorbankan satu negeri mereka seperti Texas (contohnya). Berbalik kepada tajuk post di atas, bolehlah kiranya kekejaman yang berlaku di Palestin sekarang (setakat 10 hari ini) dilihat sebagai usaha pembersihan bangsa Palestin. Serangan yang dilaporkan untuk membedil pihak Hamas nyata sandiwara semata-mata. Buktinya ramai anak kecil, kaum wanita, lelaki mahupun warga tua palestin telah terkorban akibat kerakusan rejim Zionis yang memperjuangkan keadilan bagi negara Israel yang tidak wujud (their dreaming country of Israel). Negara impian Israel itu hanya diiktiraf oleh Amerika Syarikat yang takut mengorbankan sebahagian jajahannya kepada Israel atas alasan terhutang budi. Mereka yang terhutang budi, orang lain yang menjadi mangsa. Wajar ke??
Rakyat dunia hanya mampu meluahkan rasa marah mereka melalui protes dan perhimpunan jalanan di seluruh dunia. Sudah pasti ketika ini pemimpin dunia pening kepala dengan isu sejagat ini. Kesatuan Arab pula hanya berpeluk tubuh menyaksikan drama kekejaman Israel. Tidak kurang pula peranan yang dimainkan oleh Malaysia secara amnya. Cuma saya melihat pemimpin negara kita kurang bersemangat untuk membela nasib saudara seagama kita di Palestin sana buat masa ini, mungkin sibuk menyusun strategi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kelak. Apapun kerajaan telah menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestine melalui Mercy Malaysia.

Saya mengambil kesempatan mengajak semua pembaca agar dapat menyumbang ke dalam tabung kutipan untuk mangsa perang Palestin-Israel ini. Anda boleh berbuat demikian di Aman Palestin mahupun Mercy Malaysia. Sumbanglah apa yang termampu bagi meringgankan bebanan dan penderitaan rakyat Palestine di sana. Saya tidak mendapat apa-apa dari sumbangan anda, sebaliknya andalah yang akan mendapat pahala dan rahmat dari Allah. Saya rasa terpanggil untuk menulis posting ini atas rasa kasihan keatas mangsa perang di Palestin. Pengalaman menjejakkan kaki di beberapa tempat seluruh dunia, membuat saya insaf dan sedar betapa untungnya kita menjadi rakyat Malaysia. Bumi berdaulat yang aku cintai, semoga engkau terus aman dan mendapat berkat dari Illahi. Kepada rakyat Palestin kami hanya mampu berdoa agar kamu mendapat kesejahteraan dan perlindungan dari Allah. Kita juga tidak mampu untuk mengelak peristiwa ini dari terjadi kerana ini adalah peristiwa besar akhir zaman. Wallahua'lam.
9 comments:
entahla bro.. apple pun x pasti nk kate pe lagi.. sume tu dugaan bagi kita.. selagi pokok tu tegar rating nyer gagah.. walaupun daun nyer gugur.. islam ttp kukuh.. pastikan kita kuat kan berdoa dan nescaya agama islam kita ttp dijunjung.. walapun tanah arab itu suci bagi kita.. tapi mekah tu ttp rukun islam kita.. bagi rakyat palestin kami disini sentiasa berdoa agar.. roh2 kamu berada didalam syurga.. Amin... berjihad la kamu palestin selagi kamu adalah islam..
kepada rakyat malaysia.. selagi pak imam negara x kate jihad selagi tu la kita berdoa.. selagi pak imam x dpt wahyu dari Allah Maha Esa.. selagi tu la kita bersembahyang... percayala xde sape mahukan palestin seperti itu..
Ya memang betul kata Apple Sweet tu. Selagi kita berpegang pada asas agama, InsyAllah Islam itu tetap berkembang mekar.
I thought Obama will bring a hope but clearly it is just a dreams.
no la bro.. obama tu mulut ckp lain.. hati ckp lain.. mmg mulut kate ok.. tapi hati kate k.o.. tgk muke pun dah tahu.. xleh dipercayai sgt.. obama tu ok.. tapi bile dah jadi camnie.. adeh.. jatuh tanga pun nk kena org papah.. camne nk bgunkan palestin klu asyik dgr ckp org je..
Bush tetap setia sokong Zionis
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kelmarin masih mempertahankan tindakan ganas Israel yang menyerang Genting Gaza dan menyebabkan beratus-ratus penduduk Palestin terbunuh.
Bush berkata, pejuang-pejuang Hamas mesti dipastikan tidak lagi mampu melancarkan roket ke wilayah Israel selepas gencatan senjata dilaksanakan.
“Saya faham niat Israel adalah untuk mempertahankan diri dan situasi di Gaza adalah dicetuskan oleh Hamas,” katanya. – AFP
sumber:kosmo
Penyumbang misteri AS$6.7j untuk Gaza
RIYADH – Seorang ahli perniagaan Arab Saudi mendermakan sebanyak AS$6.7 juta (RM23.51 juta) bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang kini menjadi mangsa serangan ganas tentera Israel.
Ahli perniagaan itu yang enggan dikenali mendermakan wang tersebut kepada satu tabung Gaza selepas satu kutipan derma diadakan di seluruh Arab Saudi.
Kempen kutipan derma itu berjaya meraih hampir AS$32 juta (RM112.3 juta) termasuk sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dan adik baginda, Putera Mahkota Sultan. – AFP
sumber:kosmo
Seperti yang kita tahu.. memang sejak dari zaman nabi lagi.. pertelingkahan antara Israel dan Palestine tak pernah putus sehingga lah sekarang.. sampai bila perkara ini akan berhenti? kalau semua pihak asyik "OIC" jer...
Hai Fizz kalau nak ikut semua ni adalah janji Allah mengenai peristiwa akhir zaman. Wallahua'lam. Yang pasal OIC tu semua orang suka sebut sebab senang sangat nak menyebutnya....oic.
Salam ziarah... kita kena buat apa saja yang kita termampu untuk bantu saudara kita di Palestin waima boikot sekalipun!! soal berjaya atau tak itu blakang cerita... yang penting usaha...
Jom boikot!! Kita gerak dalam satu nada!!! Satu Gerakan!!!
Hancur Hancur!!! Hancur Zionis!!!
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei keluarkan fatwa haramkan pembelian produk Israel.
Negara-negara Arab berbalah berhubung mengadakan sidang kemuncak mengenai Palestin.
Kurang 10 hari maka cukuplah sebulan Israel menganas di bumi Gaza, korban makin meningkat dari sehari ke sehari hingga la nie hampir 2000 orang terbunuh tak termasuk yang tercedera.
Post a Comment