Semalam saya selesai bekerja jam 6.30 pagi, setelah masuk pada 6.00 petang hari berikutnya. Singgah sekejap beli surat khabar dan roti sebagai sarapan. Dalam perjalanan pulang teringin pula nak makan nasi lemak, jadi saya singgah bersarapan di Restoran Era di hadapan stesyen bas Lumut. Sampai rumah jam 7.15 pagi dan selepas membersih diri saya membaca akhbar "The Star". Tak banyak yang menarik melainkan laporan kekalutan politik negara yang tak menentu. Belek punya belek saya terjumpa satu artikel mengenai "Herald allowed to use word "Allah".
Apa yang dimaksudkan oleh pengarang The Star ini iaitu Lourdes Charles dan Loong Meng Yee adalah majalah Catholic Herald yang diketuai oleh editornya Father Lawrence Andrew, boleh mengunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan pihaknya bermula bulan ini!. Kebenaran telah pun digazetkan dibawah akta ISA (internal security acts), yang ditandatangani oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri pada 16 Februari lepas!.
Walaubagaimana pun beberapa perkataan seperti Kaabah, solat dan Baitullah dilarang sama sekali. Pengunaan kata "Allah" oleh penerbitan Catholic Herald akan diwajibkan supaya memaparkan " For Christian Only" di atas artikel. Maka mereka akan sewenang-wenangnya mengantikan perkataan "God" kepada "Allah" dalam majalah penerbitan mereka! Dengan kata lain kalau sebelum ini mereka mengunakan slogan "In God we thrust" selepas ini mereka boleh pula menggantikan perkataan God kepada Allah dan menjadi In "Allah" we thrust.
Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam yang cetek pendidikan agamanya. Saya sedar ini isu sensitif tapi merasa sudah tanggujawab saya untuk mengingatkan perkara ini sesama kita. Ini baru satu perkataan "Allah" ditukar bagaimana pula selepas ini kitab-kitab agama mereka diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti di Indonesia? Percaya lah saya begitu memahami situasi keagamaan di negara jiran itu setelah bergaul dengan ramai rakyatnya yang sama-sama berkhidmat di atas kapal.
Fikir-fikirkanlah kemana arah dan bagaimana kita berfikir untuk menghadapi masalah ini. Bagaimana pula dengan golongan muda-mudi Islam di luar sana? Mampukah mereka menghadapi dan hidup dalam situasi yang serba mencabar ini? Apakah yang kita mampu sumbangkan demi memelihara agama tercinta? Janganlah tanggujawab besar ini diletakkan dibahu para Mufti, ulama, ustaz, ustazah dan cerdik pandai agama saja. Kita semua yang sayangkan Islam perlu memelihara kesucian Islam itu sendiri.
p/s Tepuk dada tanya Iman?