LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 January 2009

Beware of this fraud e-mail from ''maybank2u"

Sebentar tadi saya ada menerima satu e-mail mengenai akaun maybank2u yang bermasalah. Bagi saya perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang hampir tujuh tahun saya aktif mengunakan perkhidmatan maybank2u ini. Maka saya mengambil langkah dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Jawapannya pihak maybank tidak pernah menghantar sebarang e-mail untuk meminta pelanggannya memasukkan sebarang no pin peribadi, password ataupun klik kepada sesuatu link, seperti kes ini saya diminta untuk klik kepada satu link bagi mengaktifkan akaun saya yang kononnya bermasalah.

So ingatan kepada semua penguna maybank2u, sila abaikan sebarang e-mail yang meminta anda mengaktifkan semula akaun maybank2u anda. Beringat sebelum kena, dan tolong sebarkan berita ini kepada semua.

27 January 2009

Travel to Melaka

Bunyi kompang kedengaran dari jauh lagi, saya terpaksa mencari tempat yang jauh sedikit untuk parking kereta. Kalau nak diikut, mana ada tempat nak parking kereta yang berhampiran dengan rumah pengantin, tambahan pula peak hour kerana pengantin baru saja datang bertandang. Dapat tempat parking nun jauh, kenalah berjalan sikit, Amir pun dah bising "Jauh betul 3rd!" dalam hati saya " kau ingat nie motor ke boleh parking sebarang?" hehe....jangan marah Amir. Dalam hati risau gak parking kereta bawah pokok kelapa, buatnya jatuh sebiji dua buah kelapa, tak ker melayang duit dalam poket. Amir adalah engine cadet saya di atas kapal Bunga Pelangi 2. Kami on kapal sama2 dan untungnya saya, balik awal dan sempat beraya Aidiladha di rumah. Manakala Amir terkontang kanting bersama 'kembarnya' di kapal iaitu Rashid.

Saya memandu seawal 6.30 pagi dari Pekan, dan mengikut jalan ke Muadzam Shah, Bahau, Kuala Pilah dan terus ke Seremban mengambil Amir. Sampai di Seremban, Amir ajak singgah rumah, katanya ayah dia ajak makan2 di rumah. Rezeki jangan ditolak Beb, tengok badan lah.... Amir yang guide ikut jalan luar. Jalan memang sibuk gila arr, sampai satu masa terpaksa emergency break.....Fuhh.....Alhamdulillah, selamat. nasib baik tak sondol belakang kereta orang. Aku gak yang salah, sapa suruh follow rapat2. Sorry lah Amir, member dah cuak....hehe.


Harfizal (pengantin lelaki) adalah sahabat saya di atas kapal, kebetulan sudah berjanji hendak menghadirkan diri ke majlisnya, terpaksa juga lah dikotakan janji tu. Tak baiklah mungkin janjikan... lagipun Harfizal nie memang best memasak mee goreng mamak di atas kapal, Chief Steward lah katakan. Kalau sesiapa yang tak tahu apa itu Chief Steward boleh tengok susur galur organisasi kapal di sini. Chief Steward berfungsi sebagai Head of Catering Department. Beliau juga membantu Captain dalam kerja-kerja Administration. Boleh kata boleh 'pening' jugalah Captain kalau Chief Steward ni tiada. Hehe

Tidak ketinggalan Abbas Salimi berserta isteri dan baby girlnya turut hadir ke rumah Chief Steward Harfizal. Comel sungguh baby girl Abbas ni, dan tak banyak kerenah....happy jer. Jauh juga baby nie dibawa berjalan dari Pulau Langkawi sana. "Cuti-cuti Malaysia" kata Abbas Salimi.

Saya bergerak meninggalkan majlis hampir jam tiga petang. Amir dan saya terus menuju ke Bandar Hilir, Melaka atas tujuan ronda-ronda Kota Melaka. Sekali lagi kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya tahap "Dewa".  Sikit lagi nampaknya Melaka nak menyamai Kuala Lumpur dalam kategori 'sesaknya' lalu lintas. Mana taknya ada yang nak ke Eye On Malaysia, tak kurang juga nak ke rotating observation deck di menara Tamingsari. Itu belum kira yang nak bershopping saat akhir sempena Tahun Baru Cina. Malam menjelma.... kami pun mencari tempat untuk merehatkan diri setelah seharian dalam perjalanan... Full stop.

23 January 2009

Emergency drill on board ship

Emergency drill atau latihan kecemasan yang dijalankan di atas kapal sangat penting dalam menyiapkan diri anak kapal bagi menghadapi situasi kecemasan di laut. Seperti yang anda maklum situasi kecemasan di atas kapal sangat berbeza, tiada talian kecemasan 999 untuk menghubungi pihak polis, bomba mahupun pasukan perubatan. Di atas kapal kami hanya bergantung kepada kemahiran dan latihan yang dijalankan selama ini bagi menghadapi saat-saat genting begini.

Oleh yang demikian setiap majikan akan merangka pelan kecemasan seperti yang diwajibkan oleh ISM (International Safety Management) dibawah kod 8, Persediaan menghadapi kecemasan (Code8: Emergency Preparedness). Di sinilah fungsi HSE (Health, Safety & Environment) menyediakan senarai semak (checklist) dan prosedur2 tertentu dalam menghadapi sesuatu kecemasan.

Master (Kapten) iaitu selaku ketua pentadbiran tertinggi di atas kapal, akan merangka dan memastikan setiap latihan kecemasan akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Seperti yang diamalkan di atas setiap kapal MISC Bhd, anak-anak kapal akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang pastinya mempunyai tanggungjawab tersendiri ketika berlaku sesuatu kecemasan.

Struktur pasukan kecemasan biasanya terdiri dari empat kumpulan utama iaitu Control Party, Support Party, Attack Party dan Support Party. Control party akan diketuai oleh Master (nakhoda) dan dibantu oleh 2nd Officer dan beberapa orang dek krew. Mereka akan berada di anjungan kapal (bridge) untuk mengawal setiap langkah, dan dalam masa yang sama akan mewujudkan komunikasi dengan pihak lain sama ada kapal, agensi penyelamat atau syarikat. Setiap kejadian dan operasi keselamatan akan dicatit sebagai bukti.

Technical Party pula diketuai oleh Chief Engineer dan dibantu oleh 3rd Engineer, Jurutera Elektrik (electrician) dan seorang engine crew. Biasanya kumpulan ini akan berkumpul di dalam engine room dan bersedia memberikan perkhidmatan teknikal sewaktu kecemasan.
Attack Party pula diketuai oleh Chief Officer dan 2nd Engineer. Kenapa sampai dua ketua? Sebenarnya sekiranya kecemasan berlaku di engine room, maka 2nd Engineer akan mengetuai kumpulan ini kerana beliau dianggap lebih paham selok-belok dan keadaan di engine room. Attack party dianggap penting kerana kumpulan inilah yang mula-muka bertindak, sesuai benar dengan namanya Attack Party.


Manakala Support party pula diketuai oleh 3rd Officer. Tugas pasukan ini ialah sebagai pembantu atau back up team kepada Attack Party. Support Party juga mempunyai Strecher Party yang dianggotai oleh Catering Department. Kekerapan latihan kecemasan selalunya 3-4 kali sebulan dan hanya diadakan sekiranya kapal berada di tengah laut. Setiap minggu Master akan merangka satu latihan yang berbeza sesui dengan kehendak syarikat. Latihan kecemasan ini juga terbahagi kepada beberapa jenis seperti: 
Maka setiap minggu ketiga-tiga jenis latihan ini akan diadakan dan minggu demi minggu corak dan situasi kecemasan berbeza akan disusun oleh Master. Fire fighting melatih anak kapal bagaimana untuk melawan atau mengawal kebakaran mengikut kelas api  (fire class) itu sendiri. Life Boat pula melatih anak kapal bagaimana untuk meninggalkan kapal engan mengunakan bot penyelamat. Security Drill pula melibatkan aspek keselamatan terutama ancaman pengganas dan yang sewaktu dengannya.

Master selalunya akan menjalankan latihan keselamatan pada hari sabtu pada sebelah petang. Sudah menjadi kemestian bagi kami juga untuk memeriksa setiap alatan keselamatan seperti alat pemadam kebakaran, bot penyelamat, jaket keselamatan diperiksa pada hari yang sama. Ianya bertujuan supaya alatan ini senantiasa berada di dalam keadaan baik setiap masa. Pada hari minggu (ahad) pula sesi menonton video keselamatan pula akan dijalankan dan semua anak kapal adalah wajib untuk menghadirinya. Bak kata aspek keselamatan senantiasa diingatkan dari masa ke masa. Ya lah kerja di kapal ini berbahaya dan berisiko terutama mereka yang berkerja di atas kapal tangki dan gas. Tapi bagi kami yang belayar di atas kapal kontena ini, kami tidak pernah lupa akan perihal keselamatan. Seperti pepatah mat saleh "sign on one piece and sign off also one piece" maksudnya naik kapal dalam keadaan elok, turun kapal pun mesti elok tubuh badan, takde lah hilang satu jari dan sebagainya. Wallahua'lam.

20 January 2009

Senario PiIlihanraya kecil Kuala Terengganu

Sabtu (17 Jan 2009) lepas saya dan keluarga ke Terengganu bukan untuk mengundi tetapi kerana keesokan harinya ada peperiksaan yang perlu saya duduki di Jabatan Laut Wilayah Timur, Kuala Terengganu. Bertolak dari Pekan pada jam sebelas pagi dan kami sekeluarga memilih untuk mengikut jalan pantai atas alasan senang untuk sembahyang dan cari makan. Menyelusuri bandar Kuantan, terus ke Cherating, Kemaman dan singgah sebentar di Mesra Mall yang terletak di antara Kemaman dan Kertih dan lebih tepat lagi di Kemasik. Tapi sayang masih banyak lagi premis-premis perniagaan yang belum dibuka seperti Pasaraya Giant. Pelik juga bagi saya di kawasan yang seperti tiada orang tinggal ini, ada sebuah pasaraya besar dibina disitu. Mungkin masih baru dan tidak ramai lagi pengunjung yang datang.

Tiba di Kuala Terengganu pada jam empat petang, dari Marang lagi kelihatan sepanduk parti-parti bertanding berkibar disana-sini. Perang poster lah katakan, sambil kereta bergerak, saya pun sempat juga tangkap gambar mengunakan phone kamera Samsung Innov8 beresolusi 8megapiksel.....hehe. Abah saya biarkan memandu, manakala kami bertiga sibuk melihat bendera dan poster dibahu jalan. Ada bulan, ada dacing, ada gak keris.... macam2 warna, nasib baik takde roket dan mata kucing.

Mana boleh kan..... lagipun mereka tidak bertanding. Bendera semakin banyak apabila mula memasuki Kuala Terengganu, bermula dari Chendering hinggalah di tengah-tengah bandar. Petang itu memang jalan sesak, banyak jalan ditutup dan laluan terpaksa dilencungkan ke arah lain. Ketika jam lima petang, pihak bertugas sedang sibuk di hadapan Stadium Negeri yang digunakan sebagai tempat pengumpulan kertas undi. Pihak media massa pun seperti rtm pun sibuk pasang wayar berselirat bagai...

Ketika menuju di hotel, saya sempat mengambil gambar ini, iaitu kelibat golongan "makcik" yang bersatu hati menyokong dan melobi parti masing2 di hadapan S.K Paya Bunga di Jalan Tok Lam, berhampiran stesyen bas baru Kuala Terengganu. Tak hairan lah saya bagaimana parti yang diwakili oleh golongan ibu ini telah berjaya meraih undi sebahagian pengundi di Kuala Terengganu. Takde pun kelibat dari golongan Wanita dan Puteri berbuat demikian. Atau mungkin saya terlepas pandang, ya lah tak semua yang kita lihat itu betul kan? Tapi yang pasti saya memang kagum habis dengan semangat 'makcik' itu.

Hotel YT Midtown menjadi tempat tidur kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Hotel yang terletak di tengah bandar KT ini agak strategik kedudukannya, dan tak jauh dari beberapa tempat seperti Taman Syahbandar, Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) dan Pasar Payang yang terkenal dengan penjualan hasil batik, songket dan keropok lekornya. Kami sekeluarga menginap di sini kerana kebanyakan hotel yang "agak selesa" telah habis ditempah. Tapi sempat juga terjumpa kelibat pembaca berita NTV7 disini.

Sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan jalan-jalan disekitar hotel telah dipenuhi dengan ratusan buah kereta dan motor yang berarak meraikan kemenangan sebuah parti bertanding. Suasana bertukar menjadi riuh dan bising dengan hon2 kereta dan motorsikal yang berkali2 mengelilingi jalan di hadapan hotel ini. Saya yang sedang menelah pun amat terganggu dengan bunyi hiruk piruk kenderaan di bawah. Sedangkan pihak Polis pun tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang kebanjiran kenderaan yang berpusing pusing di sekitar jalan di situ sambil mengibarkan bendera parti yang menang bertanding. Tension-tension saya ke tingkap bilik dan merakam beberapa keping gambar buat diselit dalam blog ini. Perarakan di jalan hanya tamat seawal jam 1 pagi, itupun setelah banyak kereta polis melakukan rondaan di jalan-jalan berhampiran. Di atas kelihatan sebuah helikopter polis yang menyuluh-nyuluh kepada kumpulan perarak ini tadi. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidur dan bangun awal kerana ingin membuat persediaan terakhir untuk ujian lisan di Jabatan laut esok pagi.

15 January 2009

I can't sleep well.....Ohh dimana si dia?

Seawal empat pagi saya bangun semenjak tiga-empat hari ini. Ini semua gara-gara si dia. Si dia begitu bermakna untuk saya. Saya sudah menyesal kerana kegagalan saya mendapatkan si dia setahun lepas. Mungkin bagi anda si dia tidak begitu penting, tetapi bagi saya sebaliknya. Dia begitu penting bagi saya untuk perjalanan hidup seterusnya. Tanpa dia saya boleh lagi bernafas tapi tidaklah semegah sekiranya saya berjaya mendapatkan si dia. InsyAllah saya akan mendapatkan si dia kali ini. Saya bermohon pada Allah supaya hajat saya kali ini akan tercapai. Saya juga ada berniat untuk bernazar, sekiranya saya berjaya memdapatkan si dia. Hampir-hampir saya demam, bertarung masa dan tenaga untuk dia. Dalam doa selepas solat pun, saya tetap memohon pada Allah agar memudahkan urusan dan perjalanan saya untuk mendapatkan si dia. Hehe....jangan marah ya!!! Si Dia yang dimaksudkan di sini adalah ujian lisan 2nd Class saya. Beberapa hari lagi saya akan ke Kuala Terengganu untuk menduduki ujian tersebut di Jabatan Laut Kuala Terengganu. Perjalanan seorang marine engineer tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan kerjaya ke tahap tertinggi iaitu 2nd Class Marine Engineer dan seterusnya 1st Class Marine Engineer. Dan sekarang saya berada beberapa langkah  untuk ke tahap itu. Bukanlah bagi saya tiada 1st/2nd Class tidak boleh hidup....tapi tak lengkap lah. Ia merupakan tiket besar yang boleh digunakan sebelum saya berhenti dari bekerja di laut biru nanti. Bak kata orang moden ada full package lah. Ada ilmu, ada pengalaman dan ada tiket.....bukankah itu suatu kelebihan? Tetapi adanya semua itu tidaklah menjamin hidup sekiranya malas berusaha bukan?


Perjalanan seorang marine engineer bermula dari tamatnya pengajian dan lulus ujian lisan Kelas 4 (4th Class Marine Engineer). Sebagaimana Pegawai Deck dan Enjin, kami perlu lulus kedua-dua ujian, sama ada bertulis mahupun lisan. Tanpanya kami tidak akan layak mendapat sebarang tiket kelas tersebut. Dengan Jurutera Kelas 4 (4th Class) anda boleh bermula dengan Junior Engineer (5th Eng), 4th Engineer dan seterusnya 3rd Engineer. Untuk menjadi Jurutera Kedua (2nd Engineer) dan Ketua Jurutera (Chief Engineer) anda perlu mendapatkan 2nd Class dan 1st Class tiket. Sebelum mendapatkan 2nd dan 1st Class anda perlu menyambung kembali pelajaran di akademi, kemudian mengambil ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga keperluan lain yang perlu anda ada iaitu sea time. Seperti juru terbang pesawat yang memiliki flying hours, kami yang berkerja di kapal dagang mempunyai sea time. Sea time boleh dirujuk sebagai jumlah masa servis bekerja di atas kapal, dan biasanya ia dikira mengikut bulan. Sekiranya anda berkhidmat selama enam bulan, maka enam bulanlah seatime anda. Ok lah rasanya disini saja saya boleh berceloteh, masa untuk "masuk kelas" dah bermula. Ada dua hari lagi untuk saya bersedia, hari Sabtu minggu ini saya akan bergerak ke Kuala Terengganu. Jumpa anda untuk laporan kemeriahan proses membuang undi kelak. Adios...........