LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

30 June 2009

Perkapalan peringkat awal.

Sudah beratus tahun lamanya, manusia telah mula menghantar barang keperluan dengan mengunakan kapal dan menyeberangi lautan, dari satu tempat ke tempat yang lain. Itu tidak termasuk kerja-kerj penjelajahan mahupun penaklukan yang dilakukan bangsa-bangsa seperti Portugis, China, Sepanyol yang dimana mereka berlayar mengelilingi dunia dengan satu tujuan mencari sumber-sumber bahan mentah dan bahan ini akan dihantar semula ke negara asal mereka melalui jalan laut.


Tetapi pada masa itu proses memungah dan mengangkut barang tidak semudah yang disangka. Barangan biasanya akan dipungah dan ditempatkan di dalam kotak-kotak kayu, karungan guni mahupun tong-tong kayu (barrel). Sehingga awal abad ke-20 kaedah yang sama masih dipraktikkan walaupun pada masa itu barangan telah pun mula dibawa oleh kapal-kapal pengangkut (general cargo ship) yang lebih moden.


Kerja-kerja memasuk dan memungah keluar barangan suatu masa dulu biasanya melibatkan pengunaan tenaga buruh (stevedore) yang ramai. Kekurangan teknologi seperti kren (crane) yang banyak digunakan sekarang menyebabkan kerja memungah barang dari pelabuhan ke kapal atau sebaliknya memakan masa yang agak panjang. Ia bukan sahaja memakan masa tetapi risiko berlaku kemalangan dan kerugian amat tinggi. Pengunaan sistem keretapi yang digunakan di pelabuhan seawal abad ke-18 semakin memberi tekanan kepada mereka yang terlibat dalam bidang perkapalan bahawa proses pemungahan kargo mereka kurang efisyen, kurang cekap dan lambat. Ini memaksa mereka untuk memikirkan penyelesaian bagi masalah kelembapan sistem pemungahan kargo ke kapal. Sekiranya tiada penyelesaian dalam masalah ini, mereka pasti tidak dapat bersaing dan industri perkapalan tidak akan maju seperti apa yang ada sekarang.

26 June 2009

Batam dan Fajar Samudera

Isnin lepas (22 Jun) saya baru saja pulang dari Batam Indonesia. Saya kesana bukanlah untuk tujuan melancong, melencong atau sebagainya tetapi atas tujuan bekerja dan cari pengalaman. Hampir 17 hari saya kesana atas tujuan untuk membantu anak kapal M.V Fajar Samudera yang sedang dalam proses pembaik-pulihan kapal di sana. Pada awalnya kapal Fajar Samudera dijadualkan hanya 2 minggu di sana. Tetapi atas sebab tertentu ianya melarat sehingga sebulan lebih.

Banyak kerja-kerja dijalankan di atas kapal, saya sendiri terlibat dengan kerja-kerja menukar crankpin bearing untuk engine no. 2 (port engine). Untuk pengetahuan kapal ini memiliki 2 set engine (starboard engine dan port engine). Fajar Samudera juga merupakan sebuah kapal latihan yang disewa khas oleh pihak TLDM dari syarikat PSSB (Pelangi Shipping Sdn. Bhd). Selain engine bahagian dek juga turut dibaik pulih dengan pemasangan marmar baru mengantikan lantai-lantai yang telah usang di makan usia.

Gambar di atas bukanlah Fajar Samudera tetapi gambar pelantar minyak yang duduk berhampiran dengan kami. Buat masa ini Fajar Samudera hanya berlabuh di luar kawasan limbungan (drydock) sementara menyiapkan diri untuk Class Survey yang akan dijalankan oleh SCM (Ship Classification Malaysia).

Batam pula bagi saya agak menarik tempatnya. Terletak hanya 20km dari Singapura dan 25km dari Johor, Malaysia. Batam merupakan Speacial Economic Zone dimana ia berperanan menjadi tempat di mana Indonesia boleh melakukan polisi dan idea baru mengenai pembangunan ekonomi. Batam juga menjadi hub kepada industri elektronik, pusat penyelengaraan kapal dan pusat servis industri petroleum.

Nak ke Batam ada dua pilihan sama ada melalui jalan udara ataupun jalan laut. Saya pergi dengan pesawat Firefly pada mulanya pada kos RM 180 sehala dan berlepas dari Terminal 3, Subang. Perjalan mengambil masa 1 jam 10  minit dimana anda akan mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam. Dari HAng Nadim Airport anda boleh menukar wang sekiranya anda belum lagi menukar wang ringgit ke Rupiah Indonesia. Setakat yang saya tahu exchange rate untuk RM 1= 3000 rupiah, ianya bergantung kepada tempat yang and tukar samada kadarnya lebih tinggi atau rendah. Saya nasihatkan anda mengambil teksi airport dari mengambil kaki-kaki yang banyak menunggu di luar airport. Teksi airport harganya adalah fixed dan anda boleh lihat sendiri kadar yang dichargekan ke atas anda mengikut destinasi yang anda ingin tuju.

Banyak tempat menarik di Batam contohnya Nagoya Hill yang dipenuhi dengan pusat membeli belah yang sentiasa jadi tumpuan pelancong Singapura khususnya pada hari cuti. Seluruh tempat di kepulauan itu dilengkapi dengan pusat membeli belah. Kemudahan jalanrayanya juga agak baik kerana kebanyakan tempat memiliki 4 lorong (2 pergi, 2 balik). Banyak juga hotel, pusat spa, lapangan golf tersedia di sini....malangnya saya tak merasa semua ini kerana saya menginap di kapal saja....hehe.

Ketika pulang saya memilih jalan laut dengan menaiki feri Batam-Stulang Laut, J.B. Tiketnya hanya kira-kira RM 80 sehala. Feri diambil di Batam Center dimana ia merupakan pelabuhan feri-feri yang menuju ke luar (international). Batam Center turut dilengkapi dengan shopping Mallnya sendiri. Anda boleh makan J.C Donut, atau apa saja makanan disini tanpa ragu kerana ia benar bersih. Perjalanan dari Batam ke Stulang Laut mengambil masa 1 jam 30 minit dan mendarat di terminal feri Stulang Laut yang juga dikenali sebagai The Zone oleh orang J.B. 

Setiba di J.B saya yang pulang bertiga dijemput oleh rakan dan dihantar ke Terminal Bas Larkin untuk membeli tiket bas menuju ke Pahang. Fullstop

04 June 2009

Tutup buku Lumut

Salam semua, minggu lepas adalah minggu terakhir saya, Rohaizad dan Nik berada di Lumut. Isnin lepas juga pada 25 May merupakan hari terakhir kami mengikuti pelayaran PV03 yang juga dikenali sebagai K.D Perak. Sedar tak sedar hampir 3 bulan lebih saya dan kawan-kawan bekerja sebagai commission engineer bersama-sama team commisioning dari Boustead BNS.

Hari semalam juga 3 Jun 2009 kapal K.D Perak telah ditauliahkan oleh Yg Mulia Sultan Perak dan K.D Perak akan meneruskan operasi dari pengkalan TLDM Kuantan. Perasaan bangga dan gembira juga melihat upacara pentauliahan yang disiarkan oleh TV3 di dalam slot Buletin Utama. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kapal perang pertama buatan Malaysia!

Sepanjang berada di Lumut banyak pengalaman berharga dapat dikumpul buat panduan masa depan. Terus terang saya katakan pengalaman bekerja di Lumut amat berlainan dari bekerja di atas kapal. Mahu pulak kami bertindak sebagai commission team yang bertujuan untuk menguji sistem-sistem yang terdapat di atas kapal "perang" yang nyata amat berlainan dari sistem di atas kapal dagang. Sebelum sesuatu sistem hendak diuji, beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti FAT (Factory Acceptance Test), STW (Setting to work), QIR (Quality Inspection Result) dan HAT (Habour Acceptance Test). Setiap ujian ke atas sesuatu sistem perlu mendapat pengesahan dari Class Surveyor ( utk PV ship, ialah Germanischer Lloyds) dan client utama kami iaitu RMN (TLDM).

Mana-mana kritikal machinery dan sistem juga perlu lulus SAT (Sea Acceptance Test) yang dimana sistem itu memerlukan kapal berada di tengah laut. Agak lama juga tempoh sea trial utuk K.D Perak ini, mengambil masa selama sebulan untuk memenuhi segala ujian termasuk sistem persenjataan. Satu yang saya kesali ialah tahap workmanship pekerja tempatan (yang dibekalkan oleh kontraktor tempatan) amat menyedihkan. Sepatutnya K.D Perak boleh disiapkan mengikut jadual tetapi disebabkan oleh kekurangan pengalaman kontraktor dan beberapa masalah teknikal memburukkan lagi keadaan.

Segala pengalaman seharusnya dijadikan iktibar oleh BNS untuk meneruskan pembinaan, lagi tiga buah kapal P.V 04-06. Pemantauan yang berterusan perlu bagi memastikan hasil dan mutu kontraktor terpilih menepati kehendak. Akhir sekali ucapan tahniah buat ITT Team iaitu Mr. Gerry, En. Fairuzkhan, En Ismail, En. Rizal, En Rashid, Shahrizal, Suhazmi, Azas, Naim  dan beberapa junior exec seperti Mukmin dan Azhar. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua......full stop