LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

26 June 2009

Batam dan Fajar Samudera

Isnin lepas (22 Jun) saya baru saja pulang dari Batam Indonesia. Saya kesana bukanlah untuk tujuan melancong, melencong atau sebagainya tetapi atas tujuan bekerja dan cari pengalaman. Hampir 17 hari saya kesana atas tujuan untuk membantu anak kapal M.V Fajar Samudera yang sedang dalam proses pembaik-pulihan kapal di sana. Pada awalnya kapal Fajar Samudera dijadualkan hanya 2 minggu di sana. Tetapi atas sebab tertentu ianya melarat sehingga sebulan lebih.

Banyak kerja-kerja dijalankan di atas kapal, saya sendiri terlibat dengan kerja-kerja menukar crankpin bearing untuk engine no. 2 (port engine). Untuk pengetahuan kapal ini memiliki 2 set engine (starboard engine dan port engine). Fajar Samudera juga merupakan sebuah kapal latihan yang disewa khas oleh pihak TLDM dari syarikat PSSB (Pelangi Shipping Sdn. Bhd). Selain engine bahagian dek juga turut dibaik pulih dengan pemasangan marmar baru mengantikan lantai-lantai yang telah usang di makan usia.

Gambar di atas bukanlah Fajar Samudera tetapi gambar pelantar minyak yang duduk berhampiran dengan kami. Buat masa ini Fajar Samudera hanya berlabuh di luar kawasan limbungan (drydock) sementara menyiapkan diri untuk Class Survey yang akan dijalankan oleh SCM (Ship Classification Malaysia).

Batam pula bagi saya agak menarik tempatnya. Terletak hanya 20km dari Singapura dan 25km dari Johor, Malaysia. Batam merupakan Speacial Economic Zone dimana ia berperanan menjadi tempat di mana Indonesia boleh melakukan polisi dan idea baru mengenai pembangunan ekonomi. Batam juga menjadi hub kepada industri elektronik, pusat penyelengaraan kapal dan pusat servis industri petroleum.

Nak ke Batam ada dua pilihan sama ada melalui jalan udara ataupun jalan laut. Saya pergi dengan pesawat Firefly pada mulanya pada kos RM 180 sehala dan berlepas dari Terminal 3, Subang. Perjalan mengambil masa 1 jam 10  minit dimana anda akan mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam. Dari HAng Nadim Airport anda boleh menukar wang sekiranya anda belum lagi menukar wang ringgit ke Rupiah Indonesia. Setakat yang saya tahu exchange rate untuk RM 1= 3000 rupiah, ianya bergantung kepada tempat yang and tukar samada kadarnya lebih tinggi atau rendah. Saya nasihatkan anda mengambil teksi airport dari mengambil kaki-kaki yang banyak menunggu di luar airport. Teksi airport harganya adalah fixed dan anda boleh lihat sendiri kadar yang dichargekan ke atas anda mengikut destinasi yang anda ingin tuju.

Banyak tempat menarik di Batam contohnya Nagoya Hill yang dipenuhi dengan pusat membeli belah yang sentiasa jadi tumpuan pelancong Singapura khususnya pada hari cuti. Seluruh tempat di kepulauan itu dilengkapi dengan pusat membeli belah. Kemudahan jalanrayanya juga agak baik kerana kebanyakan tempat memiliki 4 lorong (2 pergi, 2 balik). Banyak juga hotel, pusat spa, lapangan golf tersedia di sini....malangnya saya tak merasa semua ini kerana saya menginap di kapal saja....hehe.

Ketika pulang saya memilih jalan laut dengan menaiki feri Batam-Stulang Laut, J.B. Tiketnya hanya kira-kira RM 80 sehala. Feri diambil di Batam Center dimana ia merupakan pelabuhan feri-feri yang menuju ke luar (international). Batam Center turut dilengkapi dengan shopping Mallnya sendiri. Anda boleh makan J.C Donut, atau apa saja makanan disini tanpa ragu kerana ia benar bersih. Perjalanan dari Batam ke Stulang Laut mengambil masa 1 jam 30 minit dan mendarat di terminal feri Stulang Laut yang juga dikenali sebagai The Zone oleh orang J.B. 

Setiba di J.B saya yang pulang bertiga dijemput oleh rakan dan dihantar ke Terminal Bas Larkin untuk membeli tiket bas menuju ke Pahang. Fullstop

No comments: