LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

30 June 2009

Perkapalan peringkat awal.

Sudah beratus tahun lamanya, manusia telah mula menghantar barang keperluan dengan mengunakan kapal dan menyeberangi lautan, dari satu tempat ke tempat yang lain. Itu tidak termasuk kerja-kerj penjelajahan mahupun penaklukan yang dilakukan bangsa-bangsa seperti Portugis, China, Sepanyol yang dimana mereka berlayar mengelilingi dunia dengan satu tujuan mencari sumber-sumber bahan mentah dan bahan ini akan dihantar semula ke negara asal mereka melalui jalan laut.


Tetapi pada masa itu proses memungah dan mengangkut barang tidak semudah yang disangka. Barangan biasanya akan dipungah dan ditempatkan di dalam kotak-kotak kayu, karungan guni mahupun tong-tong kayu (barrel). Sehingga awal abad ke-20 kaedah yang sama masih dipraktikkan walaupun pada masa itu barangan telah pun mula dibawa oleh kapal-kapal pengangkut (general cargo ship) yang lebih moden.


Kerja-kerja memasuk dan memungah keluar barangan suatu masa dulu biasanya melibatkan pengunaan tenaga buruh (stevedore) yang ramai. Kekurangan teknologi seperti kren (crane) yang banyak digunakan sekarang menyebabkan kerja memungah barang dari pelabuhan ke kapal atau sebaliknya memakan masa yang agak panjang. Ia bukan sahaja memakan masa tetapi risiko berlaku kemalangan dan kerugian amat tinggi. Pengunaan sistem keretapi yang digunakan di pelabuhan seawal abad ke-18 semakin memberi tekanan kepada mereka yang terlibat dalam bidang perkapalan bahawa proses pemungahan kargo mereka kurang efisyen, kurang cekap dan lambat. Ini memaksa mereka untuk memikirkan penyelesaian bagi masalah kelembapan sistem pemungahan kargo ke kapal. Sekiranya tiada penyelesaian dalam masalah ini, mereka pasti tidak dapat bersaing dan industri perkapalan tidak akan maju seperti apa yang ada sekarang.

5 comments:

mohdhazwan said...

ok. ada info bagus. saya minta izin nak amik info dlm post ni ya...nak buat penulisan skit...

mohdhazwan said...

ok. bagus post ni. saya ambil info dlm ni utk buat penulisan skit ya..thanks...

dukerobin said...

Yaa silakan-silakan. Actually post tu ada sambungan tapi saya dah terlupa nak sambung balik...Hehe

Anonymous said...

generasi pelaut kapal jenis ni tak banyak lagi kat malaysia.apal yang ideal untul latihan seamanship bagi kru dan pegawai dek

dukerobin said...

Yup mmg setuju dengan pendapat Mr Anonymomous...kapal lama banyak guna cara manual, so secara x langsung seamanship pun dipraktikan. Agak2 ada lagi ke mate yg guna sextant?? hehe.