LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

28 January 2009

Beware of this fraud e-mail from ''maybank2u"

Sebentar tadi saya ada menerima satu e-mail mengenai akaun maybank2u yang bermasalah. Bagi saya perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang hampir tujuh tahun saya aktif mengunakan perkhidmatan maybank2u ini. Maka saya mengambil langkah dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Jawapannya pihak maybank tidak pernah menghantar sebarang e-mail untuk meminta pelanggannya memasukkan sebarang no pin peribadi, password ataupun klik kepada sesuatu link, seperti kes ini saya diminta untuk klik kepada satu link bagi mengaktifkan akaun saya yang kononnya bermasalah.

So ingatan kepada semua penguna maybank2u, sila abaikan sebarang e-mail yang meminta anda mengaktifkan semula akaun maybank2u anda. Beringat sebelum kena, dan tolong sebarkan berita ini kepada semua.

27 January 2009

Travel to Melaka

Bunyi kompang kedengaran dari jauh lagi, saya terpaksa mencari tempat yang jauh sedikit untuk parking kereta. Kalau nak diikut, mana ada tempat nak parking kereta yang berhampiran dengan rumah pengantin, tambahan pula peak hour kerana pengantin baru saja datang bertandang. Dapat tempat parking nun jauh, kenalah berjalan sikit, Amir pun dah bising "Jauh betul 3rd!" dalam hati saya " kau ingat nie motor ke boleh parking sebarang?" hehe....jangan marah Amir. Dalam hati risau gak parking kereta bawah pokok kelapa, buatnya jatuh sebiji dua buah kelapa, tak ker melayang duit dalam poket. Amir adalah engine cadet saya di atas kapal Bunga Pelangi 2. Kami on kapal sama2 dan untungnya saya, balik awal dan sempat beraya Aidiladha di rumah. Manakala Amir terkontang kanting bersama 'kembarnya' di kapal iaitu Rashid.

Saya memandu seawal 6.30 pagi dari Pekan, dan mengikut jalan ke Muadzam Shah, Bahau, Kuala Pilah dan terus ke Seremban mengambil Amir. Sampai di Seremban, Amir ajak singgah rumah, katanya ayah dia ajak makan2 di rumah. Rezeki jangan ditolak Beb, tengok badan lah.... Amir yang guide ikut jalan luar. Jalan memang sibuk gila arr, sampai satu masa terpaksa emergency break.....Fuhh.....Alhamdulillah, selamat. nasib baik tak sondol belakang kereta orang. Aku gak yang salah, sapa suruh follow rapat2. Sorry lah Amir, member dah cuak....hehe.


Harfizal (pengantin lelaki) adalah sahabat saya di atas kapal, kebetulan sudah berjanji hendak menghadirkan diri ke majlisnya, terpaksa juga lah dikotakan janji tu. Tak baiklah mungkin janjikan... lagipun Harfizal nie memang best memasak mee goreng mamak di atas kapal, Chief Steward lah katakan. Kalau sesiapa yang tak tahu apa itu Chief Steward boleh tengok susur galur organisasi kapal di sini. Chief Steward berfungsi sebagai Head of Catering Department. Beliau juga membantu Captain dalam kerja-kerja Administration. Boleh kata boleh 'pening' jugalah Captain kalau Chief Steward ni tiada. Hehe

Tidak ketinggalan Abbas Salimi berserta isteri dan baby girlnya turut hadir ke rumah Chief Steward Harfizal. Comel sungguh baby girl Abbas ni, dan tak banyak kerenah....happy jer. Jauh juga baby nie dibawa berjalan dari Pulau Langkawi sana. "Cuti-cuti Malaysia" kata Abbas Salimi.

Saya bergerak meninggalkan majlis hampir jam tiga petang. Amir dan saya terus menuju ke Bandar Hilir, Melaka atas tujuan ronda-ronda Kota Melaka. Sekali lagi kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya tahap "Dewa".  Sikit lagi nampaknya Melaka nak menyamai Kuala Lumpur dalam kategori 'sesaknya' lalu lintas. Mana taknya ada yang nak ke Eye On Malaysia, tak kurang juga nak ke rotating observation deck di menara Tamingsari. Itu belum kira yang nak bershopping saat akhir sempena Tahun Baru Cina. Malam menjelma.... kami pun mencari tempat untuk merehatkan diri setelah seharian dalam perjalanan... Full stop.

23 January 2009

Emergency drill on board ship

Emergency drill atau latihan kecemasan yang dijalankan di atas kapal sangat penting dalam menyiapkan diri anak kapal bagi menghadapi situasi kecemasan di laut. Seperti yang anda maklum situasi kecemasan di atas kapal sangat berbeza, tiada talian kecemasan 999 untuk menghubungi pihak polis, bomba mahupun pasukan perubatan. Di atas kapal kami hanya bergantung kepada kemahiran dan latihan yang dijalankan selama ini bagi menghadapi saat-saat genting begini.

Oleh yang demikian setiap majikan akan merangka pelan kecemasan seperti yang diwajibkan oleh ISM (International Safety Management) dibawah kod 8, Persediaan menghadapi kecemasan (Code8: Emergency Preparedness). Di sinilah fungsi HSE (Health, Safety & Environment) menyediakan senarai semak (checklist) dan prosedur2 tertentu dalam menghadapi sesuatu kecemasan.

Master (Kapten) iaitu selaku ketua pentadbiran tertinggi di atas kapal, akan merangka dan memastikan setiap latihan kecemasan akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Seperti yang diamalkan di atas setiap kapal MISC Bhd, anak-anak kapal akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang pastinya mempunyai tanggungjawab tersendiri ketika berlaku sesuatu kecemasan.

Struktur pasukan kecemasan biasanya terdiri dari empat kumpulan utama iaitu Control Party, Support Party, Attack Party dan Support Party. Control party akan diketuai oleh Master (nakhoda) dan dibantu oleh 2nd Officer dan beberapa orang dek krew. Mereka akan berada di anjungan kapal (bridge) untuk mengawal setiap langkah, dan dalam masa yang sama akan mewujudkan komunikasi dengan pihak lain sama ada kapal, agensi penyelamat atau syarikat. Setiap kejadian dan operasi keselamatan akan dicatit sebagai bukti.

Technical Party pula diketuai oleh Chief Engineer dan dibantu oleh 3rd Engineer, Jurutera Elektrik (electrician) dan seorang engine crew. Biasanya kumpulan ini akan berkumpul di dalam engine room dan bersedia memberikan perkhidmatan teknikal sewaktu kecemasan.
Attack Party pula diketuai oleh Chief Officer dan 2nd Engineer. Kenapa sampai dua ketua? Sebenarnya sekiranya kecemasan berlaku di engine room, maka 2nd Engineer akan mengetuai kumpulan ini kerana beliau dianggap lebih paham selok-belok dan keadaan di engine room. Attack party dianggap penting kerana kumpulan inilah yang mula-muka bertindak, sesuai benar dengan namanya Attack Party.


Manakala Support party pula diketuai oleh 3rd Officer. Tugas pasukan ini ialah sebagai pembantu atau back up team kepada Attack Party. Support Party juga mempunyai Strecher Party yang dianggotai oleh Catering Department. Kekerapan latihan kecemasan selalunya 3-4 kali sebulan dan hanya diadakan sekiranya kapal berada di tengah laut. Setiap minggu Master akan merangka satu latihan yang berbeza sesui dengan kehendak syarikat. Latihan kecemasan ini juga terbahagi kepada beberapa jenis seperti: 
Maka setiap minggu ketiga-tiga jenis latihan ini akan diadakan dan minggu demi minggu corak dan situasi kecemasan berbeza akan disusun oleh Master. Fire fighting melatih anak kapal bagaimana untuk melawan atau mengawal kebakaran mengikut kelas api  (fire class) itu sendiri. Life Boat pula melatih anak kapal bagaimana untuk meninggalkan kapal engan mengunakan bot penyelamat. Security Drill pula melibatkan aspek keselamatan terutama ancaman pengganas dan yang sewaktu dengannya.

Master selalunya akan menjalankan latihan keselamatan pada hari sabtu pada sebelah petang. Sudah menjadi kemestian bagi kami juga untuk memeriksa setiap alatan keselamatan seperti alat pemadam kebakaran, bot penyelamat, jaket keselamatan diperiksa pada hari yang sama. Ianya bertujuan supaya alatan ini senantiasa berada di dalam keadaan baik setiap masa. Pada hari minggu (ahad) pula sesi menonton video keselamatan pula akan dijalankan dan semua anak kapal adalah wajib untuk menghadirinya. Bak kata aspek keselamatan senantiasa diingatkan dari masa ke masa. Ya lah kerja di kapal ini berbahaya dan berisiko terutama mereka yang berkerja di atas kapal tangki dan gas. Tapi bagi kami yang belayar di atas kapal kontena ini, kami tidak pernah lupa akan perihal keselamatan. Seperti pepatah mat saleh "sign on one piece and sign off also one piece" maksudnya naik kapal dalam keadaan elok, turun kapal pun mesti elok tubuh badan, takde lah hilang satu jari dan sebagainya. Wallahua'lam.

20 January 2009

Senario PiIlihanraya kecil Kuala Terengganu

Sabtu (17 Jan 2009) lepas saya dan keluarga ke Terengganu bukan untuk mengundi tetapi kerana keesokan harinya ada peperiksaan yang perlu saya duduki di Jabatan Laut Wilayah Timur, Kuala Terengganu. Bertolak dari Pekan pada jam sebelas pagi dan kami sekeluarga memilih untuk mengikut jalan pantai atas alasan senang untuk sembahyang dan cari makan. Menyelusuri bandar Kuantan, terus ke Cherating, Kemaman dan singgah sebentar di Mesra Mall yang terletak di antara Kemaman dan Kertih dan lebih tepat lagi di Kemasik. Tapi sayang masih banyak lagi premis-premis perniagaan yang belum dibuka seperti Pasaraya Giant. Pelik juga bagi saya di kawasan yang seperti tiada orang tinggal ini, ada sebuah pasaraya besar dibina disitu. Mungkin masih baru dan tidak ramai lagi pengunjung yang datang.

Tiba di Kuala Terengganu pada jam empat petang, dari Marang lagi kelihatan sepanduk parti-parti bertanding berkibar disana-sini. Perang poster lah katakan, sambil kereta bergerak, saya pun sempat juga tangkap gambar mengunakan phone kamera Samsung Innov8 beresolusi 8megapiksel.....hehe. Abah saya biarkan memandu, manakala kami bertiga sibuk melihat bendera dan poster dibahu jalan. Ada bulan, ada dacing, ada gak keris.... macam2 warna, nasib baik takde roket dan mata kucing.

Mana boleh kan..... lagipun mereka tidak bertanding. Bendera semakin banyak apabila mula memasuki Kuala Terengganu, bermula dari Chendering hinggalah di tengah-tengah bandar. Petang itu memang jalan sesak, banyak jalan ditutup dan laluan terpaksa dilencungkan ke arah lain. Ketika jam lima petang, pihak bertugas sedang sibuk di hadapan Stadium Negeri yang digunakan sebagai tempat pengumpulan kertas undi. Pihak media massa pun seperti rtm pun sibuk pasang wayar berselirat bagai...

Ketika menuju di hotel, saya sempat mengambil gambar ini, iaitu kelibat golongan "makcik" yang bersatu hati menyokong dan melobi parti masing2 di hadapan S.K Paya Bunga di Jalan Tok Lam, berhampiran stesyen bas baru Kuala Terengganu. Tak hairan lah saya bagaimana parti yang diwakili oleh golongan ibu ini telah berjaya meraih undi sebahagian pengundi di Kuala Terengganu. Takde pun kelibat dari golongan Wanita dan Puteri berbuat demikian. Atau mungkin saya terlepas pandang, ya lah tak semua yang kita lihat itu betul kan? Tapi yang pasti saya memang kagum habis dengan semangat 'makcik' itu.

Hotel YT Midtown menjadi tempat tidur kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Hotel yang terletak di tengah bandar KT ini agak strategik kedudukannya, dan tak jauh dari beberapa tempat seperti Taman Syahbandar, Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) dan Pasar Payang yang terkenal dengan penjualan hasil batik, songket dan keropok lekornya. Kami sekeluarga menginap di sini kerana kebanyakan hotel yang "agak selesa" telah habis ditempah. Tapi sempat juga terjumpa kelibat pembaca berita NTV7 disini.

Sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan jalan-jalan disekitar hotel telah dipenuhi dengan ratusan buah kereta dan motor yang berarak meraikan kemenangan sebuah parti bertanding. Suasana bertukar menjadi riuh dan bising dengan hon2 kereta dan motorsikal yang berkali2 mengelilingi jalan di hadapan hotel ini. Saya yang sedang menelah pun amat terganggu dengan bunyi hiruk piruk kenderaan di bawah. Sedangkan pihak Polis pun tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang kebanjiran kenderaan yang berpusing pusing di sekitar jalan di situ sambil mengibarkan bendera parti yang menang bertanding. Tension-tension saya ke tingkap bilik dan merakam beberapa keping gambar buat diselit dalam blog ini. Perarakan di jalan hanya tamat seawal jam 1 pagi, itupun setelah banyak kereta polis melakukan rondaan di jalan-jalan berhampiran. Di atas kelihatan sebuah helikopter polis yang menyuluh-nyuluh kepada kumpulan perarak ini tadi. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidur dan bangun awal kerana ingin membuat persediaan terakhir untuk ujian lisan di Jabatan laut esok pagi.

15 January 2009

I can't sleep well.....Ohh dimana si dia?

Seawal empat pagi saya bangun semenjak tiga-empat hari ini. Ini semua gara-gara si dia. Si dia begitu bermakna untuk saya. Saya sudah menyesal kerana kegagalan saya mendapatkan si dia setahun lepas. Mungkin bagi anda si dia tidak begitu penting, tetapi bagi saya sebaliknya. Dia begitu penting bagi saya untuk perjalanan hidup seterusnya. Tanpa dia saya boleh lagi bernafas tapi tidaklah semegah sekiranya saya berjaya mendapatkan si dia. InsyAllah saya akan mendapatkan si dia kali ini. Saya bermohon pada Allah supaya hajat saya kali ini akan tercapai. Saya juga ada berniat untuk bernazar, sekiranya saya berjaya memdapatkan si dia. Hampir-hampir saya demam, bertarung masa dan tenaga untuk dia. Dalam doa selepas solat pun, saya tetap memohon pada Allah agar memudahkan urusan dan perjalanan saya untuk mendapatkan si dia. Hehe....jangan marah ya!!! Si Dia yang dimaksudkan di sini adalah ujian lisan 2nd Class saya. Beberapa hari lagi saya akan ke Kuala Terengganu untuk menduduki ujian tersebut di Jabatan Laut Kuala Terengganu. Perjalanan seorang marine engineer tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan kerjaya ke tahap tertinggi iaitu 2nd Class Marine Engineer dan seterusnya 1st Class Marine Engineer. Dan sekarang saya berada beberapa langkah  untuk ke tahap itu. Bukanlah bagi saya tiada 1st/2nd Class tidak boleh hidup....tapi tak lengkap lah. Ia merupakan tiket besar yang boleh digunakan sebelum saya berhenti dari bekerja di laut biru nanti. Bak kata orang moden ada full package lah. Ada ilmu, ada pengalaman dan ada tiket.....bukankah itu suatu kelebihan? Tetapi adanya semua itu tidaklah menjamin hidup sekiranya malas berusaha bukan?


Perjalanan seorang marine engineer bermula dari tamatnya pengajian dan lulus ujian lisan Kelas 4 (4th Class Marine Engineer). Sebagaimana Pegawai Deck dan Enjin, kami perlu lulus kedua-dua ujian, sama ada bertulis mahupun lisan. Tanpanya kami tidak akan layak mendapat sebarang tiket kelas tersebut. Dengan Jurutera Kelas 4 (4th Class) anda boleh bermula dengan Junior Engineer (5th Eng), 4th Engineer dan seterusnya 3rd Engineer. Untuk menjadi Jurutera Kedua (2nd Engineer) dan Ketua Jurutera (Chief Engineer) anda perlu mendapatkan 2nd Class dan 1st Class tiket. Sebelum mendapatkan 2nd dan 1st Class anda perlu menyambung kembali pelajaran di akademi, kemudian mengambil ujian bertulis dan lisan. Terdapat juga keperluan lain yang perlu anda ada iaitu sea time. Seperti juru terbang pesawat yang memiliki flying hours, kami yang berkerja di kapal dagang mempunyai sea time. Sea time boleh dirujuk sebagai jumlah masa servis bekerja di atas kapal, dan biasanya ia dikira mengikut bulan. Sekiranya anda berkhidmat selama enam bulan, maka enam bulanlah seatime anda. Ok lah rasanya disini saja saya boleh berceloteh, masa untuk "masuk kelas" dah bermula. Ada dua hari lagi untuk saya bersedia, hari Sabtu minggu ini saya akan bergerak ke Kuala Terengganu. Jumpa anda untuk laporan kemeriahan proses membuang undi kelak. Adios...........

11 January 2009

Lama tak makan J.Co Donuts

Huish meleleh air liur gue apabila gue diberitahu oleh adik gue bahawa dia membelikan gue satu dozen pelbagai perisa donut keluaran J.CO Donuts di Pavilion, Kuala Lumpur. Kenapa gue mengunakan bahasa Indonesia kerana J.CO ini sendiri pertama kali diasaskan di sana. Kenapa saya memilih J.CO berbanding pesaing terhebat pembuat donut-donut seperti Big Apple Donuts, Dunkin Donut dan sebagainya? Gue suka makan J.Co Donuts kerana rasa donutnya yang lembut meskipun sudah lebih satu hari dibiarkan. Selain kelembutan donut nya rasa nya yang kurang manis juga jadi pilihan saya. Favorite saya ialah Green Tea dan Tiramisu.
Malang bagi saya di Kuantan ini tidak terdapat sebarang francais J.Co Donuts disini. Yang ada cuma Big Apple Donut di East Coast Mall emm Dunkin Donuts....langsung tiada. So kalau nak makan J.CO nie adalah semasa saya berada di lembah kelang, sama ada di Pavilion ataupun Sunway.
Untuk pengetahuan anda hanya ada empat sahaja outlet J.CO Donuts di Malaysia ini, iaitu di Pavilion, Sunway Piramid, Giant Kota Damansara dan JB City Square. Mungkin satu kelebihan sekiranya saya berada di Singapura kerana ada dua outlet J.CO Donut yang saya amat familiar di sana iaitu di Raffles City dan Bugis Junction. Pada yang belum merasanya akan kelembutan donut J.CO cepatlah datang mengunjungi outlet mereka disini. Jangan lupa untuk melawat website mereka disini. Selamat Mencuba...

09 January 2009

Peluang Kerja bersama Bumi Armada

Hai salam semua. Just nak berkongsi peluang kerja kosong dalam bidang perkapalan. Dapat e-mail nie semalam tapi sibuk sangat preparing untuk Oral Examination di Jabatan Laut, Kuala Terengganu yang dijadual 18hb Januari ini iaitu sehari lepas Pilihanraya Kawasan Kuala Terengganu. Iklan ini disiar oleh Bumi Armada. Sesiapa nak mencuba nasib dan berkelayakan boleh cuba, malah tahu anda sudah nak settle down dan bekerja di darat dan ini satu opsyennya.

BUMI ARMADA is the largest owner and operator of offshore and marine support vessels in Malaysia. We are an established and trusted service partner in the oil and gas industry with over decades of experience. We are now growing in FPSO and Brownfield Installation and currently serve clients in Malaysia, Brunei, Congo and Nigeria.

Crewing Officer(Terengganu - Kemaman)

Responsibilities:

  • Assist Crewing Manager on the day to day activities.
  • Support Crewing Manager in managing the crewing department and to provide administrative support to the crewing department especially in training, invoicing, filing, traveling, and other jobs.
  • Assist Crewing Manager for any crew traveling for signing on or signing off (to liaise with the travel agent in issuing the air warrants once the bookings are confirmed to assist with land transportation).
  • Dealing with all vessel crew for any issue involving crewing matters.
  • Assist crew who are required to attend offshore training, Rigging and Slinging, other related training courses for the crew as and when required by the Charterers and to liaise with the training provider on the possible dates and confirmation.

Requirements:

  • Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Engineering (Petroleum/Oil/Gas), Engineering (Marine) and Maritime Studies.
  • 5 years of working experience in Oil & Gas or Marine industry is required for this position.
  • Good communication skills.
  • Good negotiation skill with travel agent, crew and other department.
  • Able to complete urgent jobs quickly and on time.
  • Fast learner.
  • Able to work under pressure

Interested applicants should submit a detailed curriculum vitae, recent photo, current & expected salary and contact number by email size not more than 10MB to: -

E-mail: onshorerecruitment@bumiarmada.com


(Only short listed candidates will be contacted)


:puteh_27:

06 January 2009

Penghapusan bangsa Palestin

Sudah penat betul saya melihat paparan demi paparan kekejaman bangsa Yahudi ke atas rakyat Palestin di Tebing Gaza sana. Seingat saya dari mula saya mengenali televisyen hingga sekarang, kisah-kisah ini terus berlarutan tanpa henti. Naik muak telinga dan mata (maafkan saya) kerana saban hari dihidangkan dengan berita yang menyayat hati. Ribuan mangsa terkorban sepanjang enam dekad persengketaan Palestin-Israel, tidak mengira umur atau jantina, anak-anak kecil, kaum wanita dan warga tua turut menjadi mangsa. sepuluh hari telah berlalu dan rejim Zionis terus bermaharajalela dan berlaku biadap ke atas saudara seagama kita, rakyat Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB yang lebih berpaksi kepada Amerika Syarikat dan sekutunya sudah pasti tidak mampu menghalang kemaraan tentera Zionis. Lambakan persidangan terbuka mahupun tertutup tetap gagal  menyelesaikan masalah Palestin, ataupun mereka hanya mereka-reka cerita yang mereka telah bersidang tetapi  keputusan muktamad gagal dicapai. Sebanyak manapun rundingan dan genjatan senjata di buat selagi Amerika berkuasa dan negara Arab lain berpeluk tubuh ianya pasti sia-sia. Saya pelik (tak pelik sangat pun) dengan penglibatan negara Arab, terutama rakan-rakan di sempadan Palentin-Israel hanya mendiamkan diri. OIC (ohh I see) sesuai dengan namanya terang-terang gagal bertindak. Dimana mereka ketika ribuan rakyak Palestin memerlukan pertolongan dari segi perlindungan, makanan dan ubatan dan yang paling penting maruah Islam itu sendiri yang perlu dibela. Mana dia UAE dengan Dubai yang penuh dengan bangunan pencakar langit, pulau-pulau buatan, hotel berbintang-bintang dan kemegahan pusat membeli belah yang bersaiz mega? Apa gunanya kemajuan dan kekayaan sekiranya ia tidak dapat membantu saudara sendiri. Dah hilangkah rasa kasih sayang di antara kita umat Islam yang selaku umat akhir zaman yang menjunjung Rasulullah sebagai paksi kebenaran? Fikirkan semula....

Saya tertarik dengan ulasan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang ditemubual oleh Astro Awani semalam. Di dalam temubual itu Tun Mahathir menanyakan seorang rakannya yang merupakan seorang rakyat Amerika "Bagaimana sekiranya anda ambil Texas dan jadikan ia sebagai negara Israel?" Dan menurut Tun, rakannya hanya terdiam tanpa berkata apa-apa! Lihatlah kebodohan Amerika, bagaimana mereka mahu Palestin mengiktiraf pembinaan negara Israel (di atas bumi Palestin) sedangkan mereka sendiri pasti tidak mahu mengorbankan satu negeri mereka seperti Texas (contohnya). Berbalik kepada tajuk post di atas, bolehlah kiranya kekejaman yang berlaku di Palestin sekarang (setakat 10 hari ini) dilihat sebagai usaha pembersihan bangsa Palestin. Serangan yang dilaporkan untuk membedil pihak Hamas nyata sandiwara semata-mata. Buktinya ramai anak kecil, kaum wanita, lelaki mahupun warga tua palestin telah terkorban akibat kerakusan rejim Zionis yang memperjuangkan keadilan bagi negara Israel yang tidak wujud (their dreaming country of Israel). Negara impian Israel itu hanya diiktiraf oleh Amerika Syarikat yang takut mengorbankan sebahagian jajahannya kepada Israel atas alasan terhutang budi. Mereka yang terhutang budi, orang lain yang menjadi mangsa. Wajar ke??

Rakyat dunia hanya mampu meluahkan rasa marah mereka melalui protes dan perhimpunan jalanan di seluruh dunia. Sudah pasti ketika ini pemimpin dunia pening kepala dengan isu sejagat ini. Kesatuan Arab pula hanya berpeluk tubuh menyaksikan drama kekejaman Israel. Tidak kurang pula peranan yang dimainkan oleh Malaysia secara amnya. Cuma saya melihat pemimpin negara kita kurang bersemangat untuk membela nasib saudara seagama kita di Palestin sana buat masa ini, mungkin sibuk menyusun strategi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kelak. Apapun kerajaan telah menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestine melalui Mercy Malaysia.


Saya mengambil kesempatan mengajak semua pembaca agar dapat menyumbang ke dalam tabung kutipan  untuk mangsa perang Palestin-Israel ini. Anda boleh berbuat demikian di Aman Palestin mahupun Mercy Malaysia. Sumbanglah apa yang termampu bagi meringgankan bebanan dan penderitaan rakyat Palestine di sana. Saya tidak mendapat apa-apa dari sumbangan anda, sebaliknya andalah yang akan mendapat pahala dan rahmat dari Allah. Saya rasa terpanggil untuk menulis posting ini atas rasa kasihan keatas mangsa perang di Palestin. Pengalaman menjejakkan kaki di beberapa tempat seluruh dunia, membuat saya insaf dan sedar betapa untungnya kita menjadi rakyat Malaysia. Bumi berdaulat yang aku cintai, semoga engkau terus aman dan mendapat berkat dari Illahi. Kepada rakyat Palestin kami hanya mampu berdoa agar kamu mendapat kesejahteraan dan perlindungan dari Allah. Kita juga tidak mampu untuk mengelak peristiwa ini dari terjadi kerana ini adalah peristiwa besar akhir zaman. Wallahua'lam.

05 January 2009

Sekeping gambar lama

Sekeping gambar lama telah terjatuh keluar dari sebuah buku nota semasa menjadi kadet dulu. Ketika itu saya dan Azuwan, ditugaskan untuk menjalani latihan perkapalan sebagai kadet (engine cadet) selama enam bulan di atas kapal M.V Bunga Melati 5. Azuwan adalah schoolmate saya semasa di Shah Pekan (SPM Batch 97). Kami juga bersama berjaya menghabiskan pengajian di ALAM (kampus melaka) dan grad pada tahun 2001. Terus terang saya katakan di sekolah dulu kami tak berapa rapat. Mungkin kerana beberapa faktor seperti berlainan ideologi, berlainan kelas dan berlainan rumah sukan. Di Shah kami diasingkan mengikut rumah sukan iaitu Aminuddin, Rahman, Hamdan dan Murad. Asrama Putera ada dua blok dan setiap blok ada tiga aras (termasuk ground floor). Bilik warden, study room, bilik tv, dobi, bilik sakit dan bilik tamu ditempatkan di tingkat bawah. Manakala aras dua dan tiga dibahagikan kepada rumah sukan berlainan. Blok satu menempatkan pelajar dari Aminuddin (aras 1), Rahman(aras 2) dan blok 2 pula untuk Hamdan dan Murad. Setiap bilik akan memakai warna dari rumah sukan masing2 dan saya semasa tu adalah "budak Aminuddin" dan  warna "pink" lah menjadi warna tema kami, tuala pink, cadar pink, sampul bantal pink, langsir pun pink....hehe. Manakala Azuwan ni ialah "Muradian" dan beliau terpisah di sebelah blok dua di hujung sana. Kehidupan di Shah Pekan nie kadangkala lucu pula bila diingat. Mana tidaknya kami boleh bergaduh (gaduh budak sekolah) di antara rumah sukan. Semangat fanatik pada rumah sukan ini semakin teruk bila tiba musim temasya sukan sekolah. Perang mulut dan juga 'boo' menge 'boo' nie dah jadi adat. Hehe... best betul masa sekolah dulu.

Azuwan dan saya ditemukan semula di Alam. Kami dah melupakan segala cerita sewaktu sekolah dulu. Di Alam kami belajar bersama, dia duduk di sebelah aku. Rajin gak budak nie, nota dia selalu saya salin. Bukan apa? saya nie style tulis lambat dan saya suka dengar dulu apa yang lecture nak sampaikan dan kemudian, barulah saya buat note semula. Mana-mana note yang tertinggal saya akan salin dari Azuwan yang begitu cepat menulis. Terima kasih "Geng". Latihan industri juga kami buat bersama. Sewaktu itu latihan industri  kami dipecahkan pada dua bahagian. Bahagian pertama adalah latihan industri di limbungan perkapalan (selama 3 bulan) dan bahagian kedua ialah latihan di kapal (berlayar selama 6 bulan). Gambar di atas (menaiki unta) diambil ketika melawat Petra Jordan (saya akan ceritakan nanti). Hanya 133km dari Pelabuhan Aqaba, kami menghabiskan masa sehari di sana.
Petra (from "petra-πέτρα", rock in Greek; Arabic: البتراء, Al-Batrā) is an archaeological site in the Arabah, Ma'an Governorate, Jordan, lying on the slope of Mount Hor[1] in a basin among the mountains which form the eastern flank of Arabah (Wadi Araba), the large valley running from the Dead Sea to the Gulf of Aqaba. It is renowned for its rock-cut architecture. Petra is also one of the new wonders of the world. The site remained unknown to the Western world until 1812, when it was discovered by Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. It was famously described as "a rose-red city and UNESCO has described it as "one of the most precious cultural properties of man's cultural heritage."[2] In 1985, Petra was designated a World Heritage Site.

02 January 2009

Tahniah TLDM

TLDM gagalkan lanun
Publish at Scribd or explore others: African Politics Pirate




Semua sedia maklum akan tugas yang dijalankan oleh pasukan TLDM kita di perairan Teluk Aden, berhampiran Somalia semenjak kes penahanan dua buah kapal milik MISC Bhd iaitu M.T Bunga Melati 2 dan M.T Bunga Melati 5. (M.T is stand for Motor Tanker). Saya turut berpeluang berlayar bersama-sama pasukan Paskal (pasukan khas TLDM), yang biasanya diangotai seramai lapan orang ahli dari pelbagai pangkat.



Tidak ketinggalan ialah ada seorang sniper (penembak tepat) turut berlayar bersama-sama kami menyeberangi teluk Aden. Kebiasaanya beberapa buah kapal yang akan menyeberang Teluk Aden akan berkumpul dan kemudian barulah konvoi dijalankan, diketuai oleh kapal TLDM sendiri dan dibelakangnya ialah kapal-kapal dagang MISC Bhd.

Sepanjang perjalanan semua langkah keselmatan diambil seperti menyediakan pasukan kawalan atau (look out) yang biasanya dilakukan oleh krew kapal sendiri. Semua lampu yang tidak perlu akan dimatikan, termasuk lah langkah menutup semua bukaan tingkap (port hole) dan pintu (accomodation door) dengan kertas gelap bagi mengelak perhatian lanun ketika waktu malam. Hos- hos air (fire hose) juga turut dipasang dibeberapa kawasan strategik seperti belakang kapal (aft station) dan tangga masuk (accomodation ladder). Pasukan kawalan keselamatan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Captain, dengan giliran setiap empat jam.
Kami yang bertugas di atas kapal dagang tidak memiliki sebarang senjata untuk melindungi diri kami, mahupun kemahiran mengunakan senjata. Itulah salah satu kelemahan yang terpaksa kami akui. Semasa kadet dulu pun hanya belajar berkawat , hidup dalam disiplin ketenteraan tetapi tidak belajar memegang senjata. Mungkin satu pendekatan baru atau modul baru boleh digubal memandangkan industri perkapalan sekarang berdepan dengan masalah besar iaitu lanun dan terrorisme. Tapi sudah pasti perkara itu tidak akan terjadi semalaman, ia memerlukan kajian demi kajian di pihak IMO (International Maritime Organization) yang menjadi badan bertindak di atas segala urusan perkapalan seluruh dunia.