Hari ini adalah pengakhiran hari untuk tahun 2008 saya telah di Tag oleh apple Sweet dari post terbaru beliau Award+Tag. Terima kasih atas award dan tag tersebut, mungkin kerana blog saya nie ada colour pink, bab tu yang cute kot..hehe. Anyway award2 juga ada tag yang perlu dijawab.
10 fakta mengenai saya:
Lelaki, belum kawin lagi (belum ada jodoh).
Suka berjalan tempat orang (sebab tu kerja kapal).
Suka akan segala macam gadjet, termasuk lah kumpul majalah Stuff, HWM, FHM Singapore.
Suka tengok kartun Ninja Boy (himu himu himu) kat Astro Ceria tu.
Agak pemalu dan pendiam pada orang yang tak dikenali (org kata sombong, tapi bukan).
Suka mengusik dan kacau orang (pada orang yang dikenali).
Ada sikit2 kemahiran buat lawak bodo (tapi x nak lah masuk Raja Lawak)
Bersemangat untuk buat perkara baru tapi selalu tak habis....huhu. (ni lah kelemahan aku yang).
Suka muzik, apa pun boleh masuk, nasyid, rock, R&B dan semuanya ikut mood.
Suka akan senibina dan designer.
Pehh....berpeluk gak nak menjawab soalan nie, yalah apa lagi kalau melibatkan diri sendiri, hehe... Kalau orang lain punya fakta senang sikit, sampai 100 fakta pun boleh list down. Tapi bab diri sendiri ni, susah sikit kerana kurang kenal diri sendiri walaupun nak hampir tiga dekad tinggal bersama. Wallahua'lam.
Sekarang tibalah saat yang dinanti-nantikan, senarai pemenang Cute Blogger Award 2008 yang seterusnya. Mereka adalah:
Peraturan untuk menerima award ini ialah:
Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog Catatan Seorang Pelaut untuk mendapatkan award anda".